Sunday, 16 November 2014

Resepi Rendang ayam sama Lemang ~ Hidangan Hari Raya yang terlazat

   Saya suka makan rendang. Apa-apa saja lauk tak kiralah ayam, itik, daging atau kerang saya suka. Bercakap pasal rendang, saya teringat rendang itik serati yang dimasak oleh emak kawan saya semasa saya masih belajar dulu. Rendangnya sangat sedap..kesedapannya mungkin datang dari bahan-bahan yang dicampurkan atau itik itu sendiri yang serasi dimasak rendang..Wallahualam..Saya tidak pernah memasak itik rendang..Selalunya ayamlah yang menjadi pilihan saya.
   Emak saya suka memasak gulai daging untuk dicicah ketupat palas pada hari raya. Tapi saya lebih sukakan lauk rendang.Oleh sebab itu kami memperuntukkan seekor ayam atau lebih untuk dimasak rendang yang tukang masaknya adalah saya. Setiap kali hari raya juga, sepupu saya yang tinggal berdekatan rumah emak akan setia mencari rendang yang saya bikin itu.
    Entri ini dibuat ketika seminggu berakhirnya hari raya puasa 2014. Saya masih teringin menikmati lemang dan rendang dan kebetulan lemangnya masih dijual berdekatan kawasan perumahan saya.Jadi ketika pulang dari pejabat, saya membeli lemang, dan terus memasak rendangnya sekali.





Rendang ayam yang masih dikuali


lemang dikawasan kejiranan saya rasanya sangat sedap


Resepi rendang ayam

Bahan A:-
  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (disiat)
  • 2 keping asam gelugor 
  • 2 sudu besar gula melaka yg di racik 
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Dikisar):-
  • 3 labu bawang besar (saya guna 1 labu bawang besar + 10 bj bawang merah)
  • 5 ulas bawang putih
  • 7 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)-Saya guna serai dalam kuantiti yang banyak untuk menyedapkannya
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering- 
  • 15 biji cili api (saya tak guna)
  • 2 biji buah keras.
Cara Memasak:-
  1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
  3. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.
  4. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
  5. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.
Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

No comments:

Post a Comment