Wednesday, 5 November 2014

Selamat Tinggal Wajaku..Selamat datang Camry..!

    
Akhirnya....dapat jua ketangan kami..Alhamdulillah


Foto pertama kali 'bersua' dengannya

Masih dalam kondisi yang baik

    Akhirnya pada tanggal 7 Nov 2014 kereta Camry saya selamat berada ditangan saya. Walaupun ianya hanya sebuah kereta second hand saje, tp dengan harga mencecah 84.5K ianya agak besar jumlahnya bagi keluarga saya yang sederhana saje kewangannya.Sedikit berliku jalannya untuk memiliki kereta ini. Bermula dari perancangan setahun yang lepas, tp terpaksa ditunda untuk mendahulukan keperluan adik saya yang ingin berkahwin dan menampung kewangan bapa . Akhirnya setelah kereta lama kami kerap meragam , saya dan En.Somi bulatkan tekad...tukar aje..! Semetelah mengingat April 2015 nanti , GST pulak akan dilaksanakan yang merangkumi pembelian kereta baru dan jugak second hand.Ini yang saya dengar dari mulut jurujual kereta kami tempohari.
   Bukan mudah untuk mendapatkan kereta second hand  jenis ini dipasaran. Kalau ade pun harganya melampau tinggi..contohnya untuk kereta keluaran 2009, harganya adalah sekitar 98k...! Saya 'bertemu jodoh' dengan kereta ini kerana bantuan rakan sekerja. Terima kasih tak ternilai untuk beliau..!
Dia yang bersusah payah bertanya khabar kesana sini mencari kereta yang saya mahukan..Camry 2.0. Akhirnya tibalah hari untuk kami melihat pertama kali 'wajah kereta' tersebut.Mula-mula terpandang hati saya & En. Somi dah terpaut. Semetelah harganya tidaklah terlalu menekan sangat beza sekali dengan beberapa bijik kereta jenis ini dipasaran.
   Setelah seminggu membuat loan drpd Public bank, akhirnya kami mendapat maklumbalas  ade sedikit masalah dengan 2 jenis hutang lama yang dibuat atas nama En. Somi dan satu lagi atas nama saya. Kedua-dua benda itu adalah hak milik bapa saya tapi disebabkan ianya masih belum lunas maka bank tak dapat 'merelease'nya lagi. Kami terpaksa mengeluarkan hampir 3K lebih untuk menyelesaikan kesemuanya sebelum pihak bank meneruskan ke langkah seterusnya.
       Pada minggu ke 2 pula kami mendapat berita walaupun loan kami  telah lulus (100%) tapi ada masalah dengan guarantor (iaitu saya) dimana kami perlu mendapatkan 2nd guarantor untuk melengkapkan kehendak pihak bank. Setelah berbincang dan berkira-kira, akhirnya adik ipar saya bersetuju menjadi 2nd guarantornya.Pada hari ke 3, kami dimaklumkan yang loan kami telah berjaya lulus sepenuhnya dan kami boleh datang untuk sign agreement.Mengenangkan banyak masalah yang timbul diperingkat permulaannya, perasaan gembira apabila dimaklumkan yang loan kami telah lulus sepenuhnya tidak dapat dinafikan. 
   Kebetulan pula adik ipar saya turun kemari dari KL, jadi pada Ahad 2 Nov dengan rasminya dia telah menandatangani
agreement sbg 2nd guarantor.Saya dah boleh menarik nafas lega...
    Pagi 7 hb, hati terasa sikit sayu mengenangkan hari ini adalah hari terakhir saya bersama 'Waja' yang telah berkhidmat hampir 10 tahun.Sepanjang jalan menuju ke tempat kerja, 2, 3 keping gambar telah saya snap sebagai kenang-kenangan. Patutla bapa saya tak dapat tidur lena setelah kereta lamanya, yang berkhidmat hampir 20 tahun lebih dijual dan digantikan dengan kereta yang lain. Akhirnya saya memahami perasaan bapa saya itu...Walaupun ianya hanya sebuah kereta dan bukannya sesuatu benda hidup, tapi rasanya ia adalah sebahagian dari keluarga saya jugak.Susah-senang selama hampir 10 tahun bersamanya akan sentiasa kekal di hati kami...


'Sidia' yang telah banyak memberi jasa


Saya akan merinduinya...

'Sidia' telah tiada..tapi semangat 'waja'nya tetap bersama kami.

Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

No comments:

Post a Comment