Sejak dari zaman sekolah menengah lagi saya sudah mula pandai membikin kek gula hangus AKA sarang lebah ini. Sepupu saya plk gemar meminta saya membuat kek ini untuk diposkan kepada tunangnya yang bekerja di KL. Sekarang mereka dahpun berkahwin dan punya 5 orang anak yang comel-comel belaka.
Setelah sekian lama tak membuatnya , kek itu sudah tak menjadi ditangan saya...Puas saya pikirkan kenapa tak jadi sama seperti yang saya buat masa zaman sekolah dulu. Bila dipikir dan dicongak-congak, rasanya tak ade bezapun dengan cara yang saya lakukan dulu tapi kenapa tk jadi???...
Walau macamanapun, saya tak putus asa mencuba & terus mencuba dan alhamdulilah..saya berjaya...! Yesssss...!! kek ini memang mempunyai sentimental value kepada saya...Inilah satu-satunya kek kegemaran arwah nenek saya. Dia boleh makan berkeping-keping jika diberikan kek ini, tapi tidak untuk butter kek atau ape-ape kek yang lain.
Tidak hairanlah setiap kali saya membuat kek ini, saya jadi teringat kepada beliau..
Berbalik kepada kek itu tadi, ade beberapa kesalahan yang menyebabkan kek tak jadi yang berjaya saya kesan:-
1) Tak perlu nak blend telur bagai nak rak..cukup hanya memukul telur menggunakan garfu sahaja.Ini menjadikan ira kek lebih menarik & menonjol
2) Setelah semua adunan/bancuhan siap, rehatkan selama 2 atau 3 jam insyaallah menjadi
3) Selepas siap semua bancuhan pukul sekali lagi dengan garfu kemudian baru dibakar.
Bahan-bahan
Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd
Tajuk Citer
Jalan-Jalan
(21)
Kek
(5)
Keluarga
(5)
Biskut
(3)
Kejadian pelik & aneh
(3)
Kuih Kelantan
(3)
Jeruk dan Asam
(2)
Majlis Hari Jadi
(2)
Majlis Kahwin (DIY)
(2)
Masakan Kelantan
(2)
Masakan Kuey Teow
(2)
Muffin
(2)
Roti
(2)
Sarapan Pagi
(2)
Western Food
(2)
lauk-pauk
(2)
Aiskrim
(1)
Banjir
(1)
Bihun
(1)
Bisnes online
(1)
Cerita Hari Raya
(1)
Kelebihan ayat Al quran
(1)
Masakan Penang
(1)
Masakan Terengganu
(1)
Motivasi
(1)
Musim Buah
(1)
Pizza
(1)
Puding
(1)
Resepi Nasi ayam Hainan
(1)
Spagheti
(1)
Tutorial buat Blog
(1)
Waffle
(1)
masakan mee
(1)
Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts
Tuesday, 11 November 2014
Thursday, 16 October 2014
Kek Coklat Moist Ganache yang Simple
~ 17 Oct 2014 ~
Kek Coklat Moist Ganache yang simple
Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan.
Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
3/4 cawan serbuk koko Hershey's
2 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder (opsyenal)
2 biji telur saiz A
1 sk garam
1 cawan buttermilk-saya bancuh 5 camca susu tepung bersama 1/2 cawan air suam.
1 cawan Mazola vege oil
1 1/2 sk vanilla extract
1 cawan air mendidih (atau 1 cawan air coffee/nescafe)
Cara Penyediaan :

Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan (slow baking).
Lenser loyang 9x13" dengan minyak dan tabur dengan sedikit tepung. Saya guna 10x10. Atau lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.
Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl. Putar pada kelajuan sederhana selama 1 minit, sebelum dimasukkan air panas atau air nescafe panas. Putar sehingga adunan sebati.
Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan.
![]() |
| Kek Coklat Moist Ganache |
![]() |
| Adunan kek bersedia masuk ke oven |
Bahan Coklat Ganache
300gm coklat masakan
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu susu pekat manis
1/2 cawan susu cair
2 sudu butter
Cara-caranya:-
Panaskan coklat dengan kaedah double boiler.Masukkan kesemua bahan.Kacau rata dan tuangkan keatas kek.
![]() |
| Sebelum di letakkan coklat Ganache |
![]() |
| Setelah diletakkan Toppingnya |
![]() |
| Potongan kek yang gebus.. |
Resepi Kek Coklat kukus yang Simple dan Sedap
~ 17 Oct 2014 ~
Masih dalam mood menge'kek' (boleh ke? teruk bebenor bunyiknya) .Kali ini saya teringin pulak makan kek coklat kukus. Walaupun bahan-bahannya simple, tapi rasanya sedap dan gebu. Tak cukup dengan satu potong pendek katanya..(Ceewah..puji masakan sendirik plk..) Kebetulan adik saya dan 3 heronya bertandang kerumah malam tu, jadi sempatlah mereka merasa kek kukus saya yang simple ni. Sedar-sedar licin tinggal acuannya sajer...
Kek Coklat kukus simple
Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus ( Menggunakan sukatan cawan )
Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd
Masih dalam mood menge'kek' (boleh ke? teruk bebenor bunyiknya) .Kali ini saya teringin pulak makan kek coklat kukus. Walaupun bahan-bahannya simple, tapi rasanya sedap dan gebu. Tak cukup dengan satu potong pendek katanya..(Ceewah..puji masakan sendirik plk..) Kebetulan adik saya dan 3 heronya bertandang kerumah malam tu, jadi sempatlah mereka merasa kek kukus saya yang simple ni. Sedar-sedar licin tinggal acuannya sajer...
![]() |
| Kek coklat kukus yang simple |
Kek Coklat kukus simple
Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus ( Menggunakan sukatan cawan )
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla
Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus
- Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
- Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
- Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.
- Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
- Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
- Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
- Kukus kek selama 1 jam.
![]() |
| kek yang sudah masak masih didalam bekas pengukus |
Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd
Wednesday, 15 October 2014
Resepi Kek Batik Simple yang Moist.
~ 16 Oct 2014 ~
Kek batik ini, walaupun nampak simple bahan & cara masakan tapi jika tak kena gaya memang takkan menjadi sempurna. Saya dah mencuba banyak resepi tapi semuanya hancusss...! Selalunya kuih/kek ini akan menjadi lembik dan bila bab memotongnya nescaya akan menjadi sememeh & tak menarik. Namun akhirnya berjaya juga saya menemui resepi terbaik dan hasilnya kali ini boleh tahanlah untuk orang yang taklah perfect dalam dunia masakan..Alhamdulillah..
Kerana pelbagai masalah yang timbul untuk urusan pembelian kereta baru, saya terpaksa keluar awal dari tempat kerja iaitu jam 3 ptg dan terus menuju ke Maybank di Jalan Jelutong untuk urusan full settlement kereta lama ayah. Selesailah sudah hutang lama...saya boleh lena tidur tanpa dibebani surat-surat tuntutan bayaran.Syukur...Walaupun robek poket tapi perasaan lega tetap ada.
Oleh kerana sampai dirumah pula agak awal dari biasa, saya mengintai stok-stok lama dalam peti sejuk dan tempat simpanan bahan-bahan kuih. Susu cair masih ada setengah tin dalam peti ais, serbuk koko masih ada, biskut merrie pula masih ada setengah plastik. Jadi otomatik otak saya mula terpikir untuk mengodek kek batik pulak untuk minum petang.
Kek Batik Simple yang Moist
Bahan-bahannya:-
Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd
![]() |
| Kek Batik Simple yang Moist |
Kek batik ini, walaupun nampak simple bahan & cara masakan tapi jika tak kena gaya memang takkan menjadi sempurna. Saya dah mencuba banyak resepi tapi semuanya hancusss...! Selalunya kuih/kek ini akan menjadi lembik dan bila bab memotongnya nescaya akan menjadi sememeh & tak menarik. Namun akhirnya berjaya juga saya menemui resepi terbaik dan hasilnya kali ini boleh tahanlah untuk orang yang taklah perfect dalam dunia masakan..Alhamdulillah..
Kerana pelbagai masalah yang timbul untuk urusan pembelian kereta baru, saya terpaksa keluar awal dari tempat kerja iaitu jam 3 ptg dan terus menuju ke Maybank di Jalan Jelutong untuk urusan full settlement kereta lama ayah. Selesailah sudah hutang lama...saya boleh lena tidur tanpa dibebani surat-surat tuntutan bayaran.Syukur...Walaupun robek poket tapi perasaan lega tetap ada.
Oleh kerana sampai dirumah pula agak awal dari biasa, saya mengintai stok-stok lama dalam peti sejuk dan tempat simpanan bahan-bahan kuih. Susu cair masih ada setengah tin dalam peti ais, serbuk koko masih ada, biskut merrie pula masih ada setengah plastik. Jadi otomatik otak saya mula terpikir untuk mengodek kek batik pulak untuk minum petang.
Kek Batik Simple yang Moist
Bahan-bahannya:-
✿ Biskut Marie (1/2 bungkus)
✿ 1/2 tin susu cair
✿ Milo (1 senduk)
✿ Marjerin (1/2 bekas)
✿ 1/2 cawan gula
✿ 1/2 senduk serbuk koko
✿ 2 biji telur (dipukul ringan didalam mangkuk yang lain)
Cara-Caranya:-
✿ patah-patahkan biskut Marie...
✿ Panaskan kuali *gunakan api perlahan
✿ Masukkan susu cair, Milo, gula & serbuk koko tadi dan kacau…
✿ Kemudian masukkan telur & marjerin
✿ Last sekali masukkan Biskut (yang telah dipatahkan) dan kacau
jangan lama sangat kacau tau…nanti biskut tu lembik pulak
✿ Masukkan kedalam loyang.
✿ Tekan-tekankan adunan tadi sampai semua mampat
✿ sejukkan dalam peti ais.. 1/2 ke 1 jam gitu dah boleh makan…
![]() |
| Campurkan susu cair, milo, serbuk koko dan gula dan panaskan dengan api perlahan |
![]() |
| Masukkan telur & mentega |
![]() |
| Masukkan kedalam acuan dan tekan cikit bagi padat |
![]() |
| Taraaaa...dah jadik dah |
![]() |
| Agak baik kejadiannya |
![]() |
| Sesuaaiii utk minum petang |
![]() |
| Jemput makan... |
Saturday, 11 October 2014
Kek Butter Oren yang Gebus
Anak sulung saya memang hobinya adalah makan. Jadi apabila saya suarakan nak buat kek butter oren, dia nampak seronok dan jadi tak sabar nak merasanya. Dalam keadaan yang sedikit tergesa-gesa kerana baru pulang dari tempat kerja, saya mengangkat segala bahan untuk membuat kek dan mula mengodeknya. Hasilnya boleh tahan, dengan harum kek oren memenuhi segenap ruang rumah membuatkan saya jadi tak sabar memotongnya.
![]() |
| Kek Butter Oren |
![]() |
| Enak dimakan ketika sejuk |
Bahan-bahannya:-
260 gm butter (pastikan butter pada suhu bilik)
1/2 tbsp Ovalett
1 cawan gula kastor ( asingkan 2 tbsp gula untuk dipukul bersama putih telur)
2 cawan self raising flour
4 biji telur grade A (asingkan putih dan kuning telur)
2 or 3 biji oren diparut kulitnya (hanya parut kulit yang kuning dan jangan sampai isi putih...nanti rasa pahit pula) dan hanya diperlukan jus perahan oren dari 2 biji oren sahaja
1 tsp orange paste/sunquick(optional)
sedikit serbuk koko (optional)
Cara membuatnya:-
1. Panaskan oven pada suhu 175*C. Lenserkan loyang 8x8x3" dengan butter.
2. Pada kelajuan tinggi mixer, pukul butter,ovalett dan gula hingga putih.
3. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul hingga gebu.
4. Masukkan pula parutan kulit oren, orange paste/sunquick serta pewarna oren dan pukul hingga sebati.
5. Kemudian, sambil pukul adunan, masukkan tepung diselang-selikan dengan jus oren sampai habis.
6. Dalam mangkuk yang lain, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan 2 tbsp gula yang diasingkan tadi, pukul lagi hingga putih telur menjadi kental (meringue).
8.Gaul putih telur kedalam adunan no 5 secara kaedah kaup balik hingga sebati.

9. Tuang adunan kedalam loyang atau acuan silicone.
10.Bancuh serbuk koko dengan air panas .Tuang dan lorekkan keatas kek.
11.Bakar selama 40-45 minit atau hingga masak.
Itu sahaja caranya...Mudahkan...SELAMAT MENCUBA.
Itu sahaja caranya...Mudahkan...SELAMAT MENCUBA.
Subscribe to:
Posts (Atom)