Monday, 17 November 2014

Sepetang di Nasi Kandar Makbul ~ Restoran NKandar Pilihan saya..

   Saya bukanlah gemar sangat akan nasi kandar. Tapi sekali sekala teringin jgk untuk pekenanya. Selalunya pilihan restoran kami ialah diNasi Kandar Makbul yang terdapat di Jalan Tengah ataupun satu lagi cawangannya di Batu Maung. Sekali sekala kami singgah juga ke Kayu Nasi Kandar, tapi disebabkan jaraknya yang agak jauh maka sangat jaranglah kami kesitu.Kayu Nasi Kandar merupakan satu-satunya restoran Nasi Kandar kegemaran bapa saya.
    di NKMakbul, selain rasa makanannya yang lazat, saya juga gemarkan suasana & susun atur didalam restoran tersebut. Contohnya, jika ke Batu Maung, kami boleh cuci mata melihat kanak-kanak bermain bola berdekatan dengan kejiranan mereka. Jika ke Jalan Tengah pula, kami gemar bersantai diruangan atas restoran sambil menikmati pemandangan dari tingkat atas.Suasana di bahagian atas juga lebih lengang dan sesuai untuk bersantai2 sambil menjamu selera. Ini alamat lengkapnya yang saya 'gugel' sebentar tadi.

Bukit Jambul outlet 
12-B-G Jalan Bukit Gambir, Bukit Jambul
11900 Bayan Lepas, Penang
Phone: 04 642 7139


  Jalan Tengah outlet 
66 Jalan Tengah
Taman Sri Tunas
11950 Bayan Baru, Penang
Phone: 04 646 5541

Batu Maung outlet 
3 & 5 Lintang Batu Maung 1
Taman Sri Indah
11960 Bayan Lepas, Penang
Phone: 04 626 6007


   Hujung minggu, sekitar bulan Julai '14, selepas menghadiri kenduri tahlil sahabat tempat saya bekerja, kami window shopping kejap dan petangnya menuju ke Nasi Kandar Makbul di Batu Maung. Saya memesan Mee Rebus yang sangat cun ( tak berbeza rhupe bentuknyer dengan gambar dlm buku menu..terbaeklah..!). Anak sulong saya pula memesan mee goreng mamak yang super duper lazat. Anak perempuan saya pulak memilih tandoori ayam yang dimakan bersama roti Naan yang lembut gebus.




Mee Rebus yang sangat cun..!

Anak sulong saya memesan mee goreng mamak

Saya tertarik dengan roti bakar bersama telur separuh masak..

Lekanya si Along dok tenung henset..

Ayam masak kicap..ini lauk feberet saya

Cucur Udang yang awesome..!

Saya..!!



Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

No comments:

Post a Comment