Selepas menghadiri kenduri kawin pada tengaharinya, balik dari situ saya bersegera memasak roti ini. Petang itu, dalam hujan renyai saya berjaya menyiapkannya.Kami menikmatinya sambil menonton tv dan saya hidangkannya bersama kopi panas.
Slrruuupp....nikmatnya hidup..! Alhamdulillah...!
Kebetulan kami menerima kunjungan adik saya dan isterinya, jadi dapatla mereka sama-sama merasanya...
Taraaaa...roti sosej pintal saya sudah masak |
Cenggini rupe asasnyer... |
Bahan-Bahan
300 gm tepung roti (saya guna tepung gandum biasa)
80 gm tepung gandum
1 paket yis -saya guna mauripan
2 sudu besar gula
3 sudu besar tepung susu
1 sudu kecik Bread Improver
2 sudu besar water roux
2 sudu besar shortening
160ml air suam
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur(pukul dengan garfu)
Sosej(rebus dan toskan)
Cara membuat water roux
25gm tepung gandum
125ml air Masak dengan api perlahan sehingga pekat dan sejukkan.
Topping
Sos tomato
Sos cili
Sayur campuran
Mozarella parut
Mayonis
sosej yang telah dipotong
kuning telur (untuk disapu keatas roti sebelum dibakar)
Cara-caranya:-
Bagi yang ada BM, uli mengikut aturannya.
Cara menguli tangan:
Masukkan tepung, yis, dan bahan lain (kecuali sosej) Adunkan supaya menjadi doh yang kasar. Masukkan dlm plastik dan lenyekkan selama 5 minit. Keluarkan dan uli semula supaya menjadi doh yang bulat. Masukkan dlm bekas mangkuk besi dan tutup dengan plastik pembungkus makanan. Onkan ketuhar dengan suhu 200C dan letakkan adunan tadi DI ATAS ketuhar yang telah di letakkan redai besi.selama 20 minit. Apabila masa ketuhar tamat biarkan lagi selama ketuhar kita panas(20 minit) Adunan yang telah menyembang itu ditumbuk bagi mengeluarkan anginnya. Uli dan bulatkan sebanyak 12 - 13 ketul. Letakkan sosej dan lakukan teknik seperti yang tertera dalam gambar. Letakkan dalam loyang yang telah di alas dengan kertas kek. Biarkan ia mengembang semula(10 minit) Sapukan sos dan tabur dengan sayur campuran dan mozarella. Sapukan juga kuning telur kemudian bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180C selama 20 minit.. Bila sudah masak bolehlah di paipkan dengan mayonis di atasnya.
Saya kongsikan langkah-langkah mudah menyediakan roti ini:-
1) Balutkan sosej dengan adunan |
2) Gulungan haruslah seperti ini..bertutup sepenuhnyer.. |
3) Potong selebar lebih kurang 1 cm tapi jangan sampai putus |
4) Kemudian kelepetkan setiap bahagian jadi cenggini |
5) Akhirnya menjadi begini rupe. |
Sudah siap...!! |
No comments:
Post a Comment