Wednesday, 4 February 2015

Cerita Halal Fest 2015 di Penang ~ Mesti masukkan dalam agenda tahunan

    Kali terakhir saya ke Halal Fest adalah sekitar 3 ke 4 tahun yang lalu. Tak banyak yang singgah dalam ingatan saya tentang halal fest, cuma sesaknya manusia yang berkunjung dan ada pula acara testing2 makanan. Itu jer.. Tahun ni tergerak hati pula saya untuk mengunjunginya sekali lagi, itupun sebab takde aktiviti ujung minggu yang lebih bagus. Semetelah teringin pulak saya nak melihat Arena Sport PISA yang dah hampir bertahun dibaikpulih. Halal fest '15 berlangsung dari 30 Jan hingga Feb 1 '15.



Diruangan booth...

      Seperti yang saya agak, memang tempat ni menarik ramai pengunjung. Yang paling seronok setiap booth masing-masing memberi peluang kepada orang ramai merasa setiap produk yang mereka jual. Jam sudah memasuki ke angka 1.00 tghari, masa peyut saya meminta nasi. Disebabkan adenyer acara testing menesting makanan dari setiap booth, maka peyut saya takla meragam sgt...heh.heh...
     Ada kek lapis Sarawak yang rasanya sedap dan cantik tapi mahal harganya..saya agak berat kek tu tak sampai pun 1/2 kg, tapi harganya mencecah RM30..! Ada juga bermacam jenis chinese food (Yang pastinya Halal) seperti Dim Sum (dan macam-macam lagi yang tak saya ketahui namanya tapi yang pasti sedap dan halal).  Pelbagai jenis jenama kopi, coklat dan pelbagai jenis perisa air minuman yang diberi percuma kepada pelawat-pelawat.

Booth menjual makanan traditional. Ada kuih goyang, baulu cermai , kuih gunting dsbnya


Kuih wajik bercorak 'ikan'

     Ada beberapa pameran yang berjaya menarik hati saya seperti pameran kek perkahwinan yang sangat besar dan cantik. Saya membayangkan kek itu seperti dalam rancangan 'Cake Boss' yang bersiaran di channel TLC 707 dimana Buddy Valastro yang mencipta kek-kek tersebut. Huhuhu..

melaram bersama kek ala 'Buddy Valastro'.

Kek yang diberi nama 'Mahligai Cinta'...Syesyuaiii sgt..!

Syasya bersama kek-kek yang cantik. Sekali imbas cam bantal yang empuk ajer bentuk keknyer..

     Salah satu pameran lain yang menarik adalah pameran seniukir buah-buahan yang semuanya berseni halus dan berukir cantik. Diruangan lain ada pula pertandingan masakan dan kita boleh melihat chef-chef berpakaian seragamnya dan bertopi tinggi sibuk memasak pelbagai jenis masakan.

Anak-anak bersama ukiran buah-buahan yang sangat cantik. Salah satu ruang pameran yang mesti singgah..

Saya dan hasil gubahan yang diberi nama 'Royal Wedding'. Emm.. sesuaila sebab ade mahkotakan..?

Sungguh kreatif dan berseni

Sudut dimana chef-chef berpeluh ketiak menunjukkan bakat masing-masing dlm pertandingan masakan. Orang ramai boleh melihat cara mereka bekerja dan hasil masakan dari dekat.

        Memasuki ruang yang besar (Laksana memasuki panggung wayang, siap dengan kerusi dan aircond yang sejuk) booth2 yang dibuka lebih menarik dan tak sepadat dibahagian atas.
Bukan saja beraneka makanan , malah pakaian, tudung dan jubah-jubah cantik mendominasi pula diruangan ni. Ada pula pentas yang menunjukkan demo. masakan kari oleh chef berbangsa Inggeris.
      Apa yang menarik, ada pula artis tanahair yang turut sama membuka booth masing-masing seperti Siti Nordiana, Zul Yahya, Norman Hakim dan isterinya yang sarat mengandung. Petang itu Siti Nordiana menyanyikan lagunya yang popular sedikit masa dulu..sedap suaranya..

Diruangan mirip panggung wayang..lepas membeli makanan boleh lepak disini sambil melihat persembahan artis.
sekali sekala melaram ngan artis la plk..bersama Siti Nordiana yang membuka booth jubah berjenama 'Yang paling comel'..


Masa untuk pulang..Pulang dengan puas hati beb...
Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

2 comments:

  1. Wahh.. Syoknya k.yus dapat bergambar dgn retis.. Hehehe.. Sy taktau la plk ada program ni kat PISA..

    ReplyDelete
  2. Hahhaha...Tulah...ober xcited plk dah...
    Klau ade lgi , Kyus inform awk eeekkk..

    ReplyDelete