~ 5 June 2014 ~
Tak banyak yang dapat saya citerkan tentang kisah kenduri adik lelaki saya yang jatuh pada 5 Jun '14 yang lalu, sebab dah hampir 6 bulan ianya berlalu, cuma pada hari ni saja saya berjaya 'merekod'nya. Untuk kenduri kali ni, kami memang tak bercadang untuk menyewa sebarang pelamin dan bilik tidur kerana kami berada dipihak lelaki. Disebelah perempuan memang mereka menyewa pakej lengkap termasuk jurufoto yang diupah.
Untuk itu tugas kami sekeluarga memang agak berat kerana perlu menyediakan hantaran, pelamin, bilik tidur dan meja santapan pengantin sendiri. Sekitar 2 bulan sebelum majlis, kami telah berbincang dan merekodkan dalam satu buku jenis-jenis hantaran untuk kedua-dua pihak berserta tema warna masing-masing. Untuk hantaran sebelah pihak perempuan kami memilih warna jingga & sebelah lelaki pula kami memilih hijau lumut.
|
Sebahagian hantaran bertema hijau lumut dari pengantin lelaki ke pengantin perempuan |
|
Kek perkahwinan 2 tingkat (tanpa berkaki) yang ditempah.Harganya RM45 |
|
Kek hantaran dari pihak perempuan untuk adik lelaki saya |
|
bertemakan jingga |
|
Tema Jingga dari pengantin perempuan untuk pengantin lelaki |
|
Sirih junjung yang hasil kerjatangan kami adik beradik.Takla menarik sangat kerana kekurangan daun sirih |
Setelah jelas tentang segala macam jenis hantaran dan tema yang dimahukan, bermulalah hari untuk membeli kelengkapan dan menyediakan bekas hantaran.Pulang dari kerja, saya cuba siapkan satu atau 2 jenis hantaran.
|
set tali pinggang dan purse untuk lelaki |
|
Hantaran untuk minyak wangi. Simple saja, cuma banyak berhias dengan bunga-bunga plastik bertemakan jingga |
|
Seluar dan baju untuk lelaki digubah menjadi sebuah buku |
|
Bekas untuk cincin. Saya kitar semula dari bekas hantaran lama kepunyaan adik perempuan saya |
|
set lengkap jam tangan untuk lelaki & perempuan |
|
Kasut lelaki..Ramai yang tak suka kasutnya dibalut cenggini..tapi saya teruskan jugak.. |
|
Lagi hantaran miyak wangi |
|
Deretan hantaran yang berjaya disiapkan untuk pengantin lelaki |
|
Bekas hantaran bertema hijau lumut dari pengantin lelaki untuk perempuan |
|
Coklat hasil gubahan adik perempuan saya |
|
adik saya tekun menyediakan hantaran coklat |
|
Kasut untuk pengantin perempuan bertemakan hijau lumut, berhias bulu-bulu ayam yang comel. |
|
Baulu dan sumi diletakkn kedalam bekas |
|
Begini rupenyer setelah tutup bekas dibuka |
|
Bunga telur dan pulut semangat. Pulut itu dimasak dan disediakan oleh bapa saya. |
|
Bekas untuk mengisi gelang tangan untuk upacara membatalkan air sembahyang.Bekas emas berkaki saya beli dengan harga RM4.90. |
|
pengantin semasa akad nikah |
|
Upacara menyarung cincin |
|
Adik saya dan isterinya mengenakan persalinan jingga dirumah pengantin perempuan |
|
Kmai sekeluarga bergambar kenangan |
|
Katil pengantin dirumah pengantin perempuan |
|
Sumi berbentuk buah-buahan. Asalnya kelopak bunga hiasan itu kosong, tapi saya sapukan gam dikelopak dan taburkan dengan serbuk berwarna emas supaya lebih glamour gitu
|
|
Khemah bertemakan hijau dirumah saya.Harga pakej hanya RM350 |
Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd
No comments:
Post a Comment