Sejak dari zaman sekolah menengah lagi saya sudah mula pandai membikin kek gula hangus AKA sarang lebah ini. Sepupu saya plk gemar meminta saya membuat kek ini untuk diposkan kepada tunangnya yang bekerja di KL. Sekarang mereka dahpun berkahwin dan punya 5 orang anak yang comel-comel belaka.
Setelah sekian lama tak membuatnya , kek itu sudah tak menjadi ditangan saya...Puas saya pikirkan kenapa tak jadi sama seperti yang saya buat masa zaman sekolah dulu. Bila dipikir dan dicongak-congak, rasanya tak ade bezapun dengan cara yang saya lakukan dulu tapi kenapa tk jadi???...
Walau macamanapun, saya tak putus asa mencuba & terus mencuba dan alhamdulilah..saya berjaya...! Yesssss...!! kek ini memang mempunyai sentimental value kepada saya...Inilah satu-satunya kek kegemaran arwah nenek saya. Dia boleh makan berkeping-keping jika diberikan kek ini, tapi tidak untuk butter kek atau ape-ape kek yang lain.
Tidak hairanlah setiap kali saya membuat kek ini, saya jadi teringat kepada beliau..
Berbalik kepada kek itu tadi, ade beberapa kesalahan yang menyebabkan kek tak jadi yang berjaya saya kesan:-
1) Tak perlu nak blend telur bagai nak rak..cukup hanya memukul telur menggunakan garfu sahaja.Ini menjadikan ira kek lebih menarik & menonjol
2) Setelah semua adunan/bancuhan siap, rehatkan selama 2 atau 3 jam insyaallah menjadi
3) Selepas siap semua bancuhan pukul sekali lagi dengan garfu kemudian baru dibakar.
Bahan-bahan
1 1/4 cawan gula halus
2 cawan air
1/2 cawan butter-dipanaskan hingga cair dan dibiarkan
6 bj telur A
1/2 tin susu pekat manis
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla
2 camca serbuk koko- Bagi memberi warna gelap
Cara-caranya:-
Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk menbuat gula hangus.
Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.
Bila gula dah cair barulah tuangkan air.
Bila dah cair sejukkan.Tunggu dia betul-betul sejuk dan mencapai suhu bilik.
Dalam bekas periuk kecil yang lain, cairkan mentega
Kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik
Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah sediakan bahan yang lain.
Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu/ garfu hingga ia cair dan rata
Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga ita biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais)
Kemudian kacau rata perlahan aje
Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan juga.
Ayak tepung gandum dan soda bikarbonat serta serbuk koko.Masukkan tepung gandum yang telah diayak, esen vanila dan akhir sekali gula hangus itu tadi. Simpan selama 1 jam atau lebih baru dibakar.
Bila dah 3 jam di perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C dengan hanya api bawah sahaja yang di on.
Bakar selama 45 minit
5 minit terakhir buka api atas dan bawah. Taraaaa...dah pun siap....
Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd
No comments:
Post a Comment