Friday, 14 November 2014

Resepi bihun tomyam bersusu cair

    Saya memang penggemar Tomyam. Jika kedai makan itu adalah kedai pertama kali saya singgah, benda yang saya akan cuba ialah tomyamnya.Pendapat saya jika tomyamnya serasi masam, masin & manisnya, sudah pasti masakan yang lain juga lazat. Begitulah saya yang taksub kepada makanan ni. Tomyam lazat yang kena dengan selera saya ialah di Restoran Horizon yang terdapat di tanah kelahiran saya, Kelantan Darul Naim. Kuahnya pekat, rasanya serasi dan kena denganya.
Setiap kali makan disitu, hati tertanya-tanya perencah apakah yang mereka gunakan sebab berlainan sekali dengan Tomyam yang saya bikin.
     Akhirnya pada satu petang, pertanyaan saya terjawab.Melalui channel 703, ada ditunjukkan cara yang menjadikan masakan tomyam kita menjadi lazat. Bahannya ialah SUSU CAIR...! Ooo..patutlaa kuahnya sedap, pekat dan ade sedikit rasa lemak. Malamnya saya tak tunggu lama..selongkar punya selongkar peti ais, terjumpalah stok2 lama yang boleh diramu menjadi bihun tomyam.


Semangkuk bihun tomyam yang lazat..!







Perencah Tomyam yang biasa saya gunakan

Bahan Sup Tom Yam:
Ayam - potong kecil
Makanan laut (udang, sotong, lala)
1 labu bawang besar-di potong 6
5 ulas bawang putih-di ketuk
1 inci lengkuas - di ketuk
2 batang serai - di ketuk
6 helai daun limau purut
2 biji buah tomato - belah 6
Pes tomyam
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis
5 sb susu cair 
6 biji cili padi-di ketuk
Garam
Daun ketumbar
Bihun yang telah dicelur

Sayuran:
Bunga kubis
Karot
Cendawan
Putik jagung


Cara cara:
Rebus ayam beberapa minit. Masukkan bawang besar, bawang putih dan daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas. 

Lepas tu masukkan sotong dan udang atau apa apa makanan laut yang disukai. Biarkan sebentar. 

Bila sudah sebati mendidih, masukkan sayur sayuran. Kemudian masukkan pes tom yam , sos ikan, perahan limau nipis dan garam.

Tutup api masukkan susu cair dan daun ketumbar. Bolehlah dihidangkan semasa masih panas panas.





Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

No comments:

Post a Comment