Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Friday, 14 November 2014

Resepi Roti Sosej Pintal ~ Cubaan pertama kali

    Ini kali pertama saya mencuba Roti Sosej Pintal. Sepatutnya roti ini dibuat menggunakan tepung roti berprotein tinggi, tapi puas melilau di mini market hatta ke supermarket tak ketemu jgk.Last-last saya cuma menggunakan tepung gandum biasa, tapi ditambah lebih bread improver kedalam adunan untuk memberi kelembutan dan kegebusan pada roti saya. 
   Selepas menghadiri kenduri kawin pada tengaharinya, balik dari situ saya bersegera memasak roti ini. Petang itu, dalam hujan renyai saya berjaya menyiapkannya.Kami menikmatinya sambil menonton tv dan saya hidangkannya bersama kopi panas.
Slrruuupp....nikmatnya hidup..! Alhamdulillah...!
Kebetulan kami menerima kunjungan adik saya dan isterinya, jadi dapatla mereka sama-sama merasanya...




Taraaaa...roti sosej pintal saya sudah masak


Cenggini rupe asasnyer...

Bahan-Bahan

300 gm tepung roti  (saya guna tepung gandum biasa)

80 gm tepung gandum 
1 paket yis -saya guna mauripan
2 sudu besar gula 
3 sudu besar tepung susu 
1  sudu kecik Bread Improver 
2 sudu besar water roux 
2 sudu besar shortening 
160ml air suam 
1 sudu kecil esen vanila 
1 biji telur(pukul dengan garfu) 
Sosej(rebus dan toskan) 

Cara membuat water roux 

25gm tepung gandum 
125ml air Masak dengan api perlahan sehingga pekat dan sejukkan. 

Topping 

Sos tomato
Sos cili 
Sayur campuran 
Mozarella parut 
Mayonis 
sosej yang telah dipotong 
kuning telur (untuk disapu keatas roti sebelum dibakar)

Cara-caranya:-


Bagi yang ada BM, uli mengikut aturannya. 


Cara menguli tangan: 

Masukkan tepung, yis, dan bahan lain (kecuali sosej) Adunkan supaya menjadi doh yang kasar. Masukkan dlm plastik dan lenyekkan selama 5 minit. Keluarkan dan uli semula supaya menjadi doh yang bulat. Masukkan dlm bekas mangkuk besi dan tutup dengan plastik pembungkus makanan. Onkan ketuhar dengan suhu 200C dan letakkan adunan tadi DI ATAS ketuhar yang telah di letakkan redai besi.selama 20 minit. Apabila masa ketuhar tamat biarkan lagi selama ketuhar kita panas(20 minit) Adunan yang telah menyembang itu ditumbuk bagi mengeluarkan anginnya. Uli dan bulatkan sebanyak 12 - 13 ketul. Letakkan sosej dan lakukan teknik seperti yang tertera dalam gambar. Letakkan dalam loyang yang telah di alas dengan kertas kek. Biarkan ia mengembang semula(10 minit) Sapukan sos dan tabur dengan sayur campuran dan mozarella. Sapukan juga kuning telur kemudian bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180C selama 20 minit.. Bila sudah masak bolehlah di paipkan dengan mayonis di atasnya. 


Saya kongsikan langkah-langkah mudah menyediakan roti ini:-



1) Balutkan sosej dengan adunan

2) Gulungan haruslah seperti ini..bertutup sepenuhnyer..

3) Potong selebar lebih kurang 1 cm tapi jangan sampai putus

4) Kemudian kelepetkan setiap bahagian jadi cenggini

5) Akhirnya menjadi begini rupe.
Sudah siap...!!






Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

Resepi Roti Mini Ala Pizza..

Keluarga saya memang penggemar Pizza tak kira yang bersize kecik atau besar. Saya pula tak menolak jika anak-anak & En. Somi meminta untuk memasaknya. Kali ini saya cari kelainan dengan membuat pizza ala roti @  boleh jugak diberi nama Roti Mini Ala Pizza...Dua-dua pun sesuai...

Roti Mini Ala Pizza



Bahan-bahan

500g tpg roti@tpg high protien
220ml air - masukkan skit2.
75g butter
100g gula
1 biji telur
1/4 camca shortening
1 camca bread softener
1 camca garam
4 sudu susu tpg
1 paket mauripan (11gram)

Topping.
sayur campur
Sosej dipotong 1 cm
mayonis
cili sos
oregano
keju


Cara-cara
  1. Masukkan bahan-bahan untuk buat doh roti ke dalam breadmaker. Setting untuk doh. Lepas tu ON kan.jika xde BM, uli seperti biasa.
  2. Bila dah siap, tumbuk untuk keluarkan angin. kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian. Buat bentu bulat. Rehatkan selama 10 minit
  3. Ambik sebiji doh. Canaikan biar diameter lebih kurang 10cm. Buat sehingga abih. Biarkan naik 2 kali ganda.
  4. Sapukan kesemua roti dengan telur. Lepas tu letaklah topping di bahagian tengah/ lubang. Topping ni boleh buat apa saja ikut selera masing-masing.
  5. Bakar selama 12 minit pada suhu 180C. Bila dah masak, biarkan dalam 5-10 minit untuk nampak warna lebih perang.


Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd