Wednesday 19 November 2014

Resepi Kuey Teow Th'g ~ Pertama kali mencuba ~

 Sebenarnya saya lebih menggemari kuey Theow / bihun yang ade t'ng-t'ng ni berbanding sup-sup yang biasa.
Petang isnin 17 nov, hujan turun renyai-renyai.Macam biasa kalau cuaca mendung begini perut saya lebih kerap meminta makanan...huhuuhu..Tetiba teringin plk untuk pekena kuey Theow t'ng. En. Somi mengajak singgah makan di gerai simpang jalan yang menjadi tempat kegemaran kami untuk acara makan petang, tapi saya kata, saya sendiri akan memasaknya. Rajin plk saya...
   Simple saje masakan saya ni, tanpa fish cake, tanpa bawang goreng...just a little bit of vegetable, isi ayam yang dicarik-carik dan sambal...




Bahan-bahan Untuk sup :
Ayam (saya  guna yg bahagian isi jer iaitu bahagian dada)
Kaki ayam ( if suka makan kalau tak suka makan it just good for the sup taste. Boleh juga ditukar dengan tulang2 ayam yg boleh dibeli di pasar malam)
Air (suka hati banyak mana untuk buat sup)
Halia sedikit mengikut ukuran air.. ala mcm kita buat sup ayam biasa tu
1 biji Ubi sengkuang ~  dipotong besar
Gula batu (secukup rasa)
Sos ikan
Lada sulah
Kiub ayam (satu)
Garam secukup rasa

Bahan sampingan :
1 labu bawang putih ditumbuk halus
Minyak untuk menumis bawang putih 
Fish cake
Bebola kesukaan( ayam / udang / sotong)
Daun bawang dihiris
Taugeh dicelur
Cilipadi digunting kecil, dicampur dengan kicap 

Bahan-Bahan sambal:-
Cili Boh
Sedikit sos tiram
garam dan gula

Cara-Cara buat sup:-
Rebuskan ayam, kaki ayam, halia dan juga sengkuang dan juga garam secukup rasa
Bila isi ayam dah masak keluarkan dan disiat kecil. Lepas siat masukan tulang ayam ke dalam sup balik. just to make sure sup tu akan lebih sebati ngan rasa ayam.
Masukan gula batu, kiub ayam, lada sulah dan sos ikan(secukup rasa) 
Bila dah menidih and nampak sengkuang dah masak boleh tutup api dah. kalau boleh biar menidih lama sikit supaya air sengkuang betul2 sebati ngan kuah sup. And kalau nampak air kurang boleh tambah air lagi.

Cara-Cara buat sambal:-
Masukan sedikit minyak. Bila minyak panas tumis cili boh, letak sos tiram, garam & gula..Siapp

Nota Kaki:-* tujuan sengkuang untuk menyedapkan sup 
* sup ni memang rasanya manis sikit.. Itulah tujuan kegunaan gula batu. Tp pandai-pandai la kita agak. Jgn buat manis sgt. 

Untuk bahan sampingan :
1) Minyak Bawang putih : 
Tumiskan bawang putih dgn minyak yg sudah dipanaskan.
Perlahan api dan kacau2 sampai la bawang jadi kekuningan.

2) Rebus and potong bebola and fish cake mengikut saiz yang anda suka.
Celur Keow Teow / mee / bihun
Celur Taugeh 
Hiris daun bawang 
3) Potong cilipadi and dicampurkan dengan kicap

Cara hidangan :

Masuk kan keow teow dan semua bahan sampingan ke dalam mangkuk. Termasuklah minyak bawang putih yg kita tumis tadi. 
Dan masukan kuah sup mengikut saiz mangkuk anda. 
Last sekali taburkan bawang goreng & serbuk lada putih.
Peringatan : Kalau tak letak minyak bawang putih tu mmg tak akan sedap kuah thng tu tadi. Sukatanya agak-agak la bersesuaian dgn saiz mangkuk kita tadi. Kalau semangkuk keow teow thng yang nak dihidangkan mungkin anda boleh letak sesudu kecil miyak bawang putih tadi.





Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

No comments:

Post a Comment