Thursday, 20 November 2014

Resepi Bubur AsSyura @ Suurho (Gaya Kelantan) ~ Terkenang semasa dulu ~

    Sekarang masih dalam bulan Muharram, maknanya sekaranglah musim adanya bubur Assyura. Ditanah kelahiran saya, Kelantan Darul Naim, ini musim yang kami semua tunggu-tunggu..Yelah dalam setahun cuma satu bulan saje ianya muncul. 
     Saya masih ingat time kecik-kecik dulu, kami budak-budak tak sabar menunggu Suurho masak. Selalunya satu kampung akan saling tolong menolong memasak berkawah-kawah bubur untuk diagihkan pada semua. Bukan kerja mudah , kerana banyak bahan yang akan dicampurkan termasuk daging.Selepas masak, kami semua akan beratur menunggu bubur dicedok kedalam tempurung kelapa yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Rasanya lebih istimewa berbanding yang diletakkan diatas pinggan biasa.
     Saya lebih menggemari Suurho yang diatasnya ditabur dengan  beras kisar sebab bau aroma dari beras kisar itu menjadikan rasanya lebih sedap. Tapi itu kenangan dulu..sekarang mustahillah saya dapat merasa suurho yang dimakan panas yang diletakkan dlm tempurung. Kalau adepun Suurho sejuk yang disimpan emak saya dalam peti sejuk dan rasanya sudah tentu tidak sesedap mana....



Bubur assyura (Suurho) Begitu nostalgianya makanan ini kepada saya


Resepi Bubur AsSyura (Suurho) ~ gaya Kelantan ~


  1. Beras 3 pot- dimasak terlebih dahulu.
  2. Kacang hijau 1 cawan-mesin hampir hancur.
  3. Jagung manis 1 tin- separuh dimesin hampir hancur dan separuh lagi tak perlu. Terpulang kepada selera masing-masing sebab saya lebih suka menggigit jagung manis tersebut kerana rasanya yang enak.
  4. rempah Asyura-1 cawan(ikut selera-sebab ada orang tak sukakan bau rempah, jadi boleh kurangkan)-di jual di kedai yang menjual rempah di Kelantan
  5. Bunga lawang- saya sukakan aromanya, w/pun resepi asalnya iaitu yang dimasak dengan kawah, tak semua orang masukkannya.
  6. halia, serai, bawang merah dan putih- dimesin dan ditumis.
  7. Gula, garam, santan dan gula melaka(jika suka).
  8. Daging ayam/lembu-direbus dan dicarikkan kecil-kecil
  9. Kerisek-setengah cawan
Semua bahan dimasukkan ke dalam rice cooker .Disebabkan apinya yang agak perlahan, tak perlulah selalu dikacau. Apabila hampir kering dan agak susah dikacau, masukkan ke dalam kuali.Kacau sehingga likat. Tuangkan atas bekas beralaskan daun pisang.Tabur sedikit kerisek di atasnya.

Ada juga orang yang masukkan semua bahan tanpa menumisnya terlebih dahulu. Apabila hampir masak, masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah digoreng terlebih dahulu.
Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

No comments:

Post a Comment