Monday, 3 November 2014

Gambar-Gambar Menarik Pesta Pulau Pinang 2013

      Hampir setiap tahun saya dan keluarga jadi pengunjung setia Pesta Pulau Pinang. Tahun lepas (2013) kami kesana selepas pulang dari mengunjungi adik saya di Kuala Lumpur.Selepas mabuk lampu-lampu LED di I-City Shah Alam, sekali lagi kami mabuk lampu di Pesta PP. Ternyata tahun ni, lampu-lampunya bertambah banyak dan cantik-cantik belaka. Pada masa ni, kesedihan ayah begitu ketara berpisah dengan cucu-cucunya yang sebelum ni tinggal bersama dia di kampung. Walaupun ditengah terang lampu, saya masih melihat raut wajah ayah yang masih muram. Almaklumla..bukan mudah untuk dia melupakan kenangan setiap hari menghantar dan mengambil cucunya ditadika. Dia mengadu balik nanti tak tau macamana nak hilangkan sunyi sebab setiap hari cucunya ade, sekarang semua dah hilang dari pandangan mata dia. Emmm...diam-diam saya begitu simpati dengan ayah..Ternyata emak saya lebih tabah daripada dia...


Saya memangku anak saudara berlatar belakang lampu kuning yang menarik


Anak & sepupunya ditengah keriuhan pesta PP

Kami mabuk lampu di I-City dan sekali lagi di sini

Penjual belon yang berwarna-warni disini

Posing dalam tamannya yang dilimpahi lampu

Ayah saya tersenyum dalam sedih

Sangat indah pemandangan disini


Lampu kuning yang ceria

Ditengah-tengah simbahan cahaya lampu

Replika kaktus bercahaya

Cerianya anak-anak penakan saya

Syasya dan 'lampu ajaib'nya..

salah satu pemandangan menarik

Lampu-lampu yang berwarna warni

Mencuba salah satu permainan disini

Hampir setiap tahun permainan ini yang dicari oleh anak saya..keretapi ulat yang hepi..

Sedang teruja menunggu kertapi bergerak

Roket

masing-masing dalam mood teruja..

Ayuh...bergerak maju...!!

Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

No comments:

Post a Comment