Showing posts with label Kuih Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kuih Kelantan. Show all posts

Wednesday, 1 July 2015

Resepi Kuih Nekbat~ Jadi pilihan warga Kelantan di Bulan Ramadhan

Di bulan-bulan puasa memang kuih Nekbat jadi pilihan keluarga saya sejak turun temurun lagi. Tak mustahillah biarpun kami adik beradik nun jauh berada di Pulau Mutiara, ayah tak lupe menghantar kuih nekbat (kering) untuk kami semua. Tima kasih untuk ayah dan mek..
     Bulan ramadhan memang banyak membangkitkan ingatan saya pada kampung halaman. Banyak kuih muih yang saya suka makan di bulan ramadhan tak nampak hatta bayangnya disini contoh macam jala mas, bunga tanjong, puding tembikai dan banyak lagi. Kuih akok walaupun ade dijual di sini tapi sudah pastinya rase tak sehebat akok Pasir Mas yang dibakar menggunakan sabut kelapa. Sangat lemak dan harum baunye.
       Jika berkesempatan balik berbuka di Kelantan saya sering meminta ayah membeli kuih akok Pasir Mas yang special ni. Begitu juga dengan air nira atau kami panggil air tuak memang sinonim dengan masyarakat Kelantan apabila tibanya bulan Ramadhan, pun takde langsung kelibat bayangnya disini.
Air tuak yang berwarna putih keroh telah menjadi air kegemaran En. Somi dan jika pulang berbuka puasa di Kelantan, sempat juga kami singgah beli air tuak yang dijual disepanjang jalan menuju ke Kampung saya.
            Berbalik kepada Nekbat tadi, disebabkan penyediaannya amat mudah, jika pulang lambat dan tak sempat menyediakan kuih untuk berbuka puasa, saya  menjadikan kuih nekbat ini sbg alternatif.

Kuih yang menjadi pilihan orang Kelantan apabila tibanya bulan Ramadhan
Kuih nekbat yang siap dimasak dengan syrup gula

Sangat gemilang warnanya..


Bahan-Bahan:-
7 biji Nekbat kering
Gula pasir - Kena lebih sebab kuih ni mesti kena manis
daun pandan
bunga cengkih
pewarna oren
4 cawan air

Masak air diatas dapur.Masukkn gula, bunga cengkih daun pandan dan pewarna oren.
Bila air gula dah mendidih, masukkn nekbat kering. jangan dikacau dikhuatiri kuih tu boleh hancur.tutup api dan angkat.


Bentuk kejadiannya sangat elok. Berada plk dlm pinggan klasik begini..Memang serasi.

Bentuk kuih nekbat kering (Yang belum dimasak dengan syrup gula)



   
Yang ni pulak resepi untuk membuat kuih nekbat kering:-

Bahan-bahannya:

1kg tepung beras
12   biji telur ayam
500g gula
5 helai daun pandan

Cara menyediakannya:

·  Tepung beras di sanggai dengan api sederhana sehingga kering. Biarkan ianya sejuk. Telur dipukul hingga kembang dan berbuih.
·  Panaskan acuan dan sapu acuan dengan minyak kemudian taburkan sedikit tepung didalam adunan telur sedikit demi sedikit.
·  Tuang adunan tepung ke dalam acuan dan bakar hingga kuning.
·  Untuk siranya, masukkan 2 gelas air dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih, masukkan nekbat yang telah siap dibakar.




Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

Wednesday, 17 December 2014

Resepi Kuih Poli Ubi Kayu ~ Kuih traditional Kelantan yang tak lapuk dek hujan

    Rasanya mungkin ramai generasi sekarang yang tak mengenali ape itu kuih Poli Ubi kayu. Semasa kecik-kecik dahulu dan masih dibawah ketiak keluarga , emak saya gemar memasak kuih ini. Yang istimewanya kuih ini dimakan bersama beras goreng yang ditumbuk pecah 4 atau 5. Bau harum beras goreng bercampur gula melaka dan ubi kayu parut yang di kukus dalam daun pisang melekat diingatan saya. 
    Sangat jarang kuih ini dijual walaupun beberapa kali saya mengintainya di Pasar sekitar Pasir Puteh, Kelantan. Tak seperti Kuih Katun, yang diperbuat dari tepung beras pulut juga dimakan bersama beras goreng, ianya kelihatan banyak dijual sekitar Pasar di tanah tumpah kelahiran saya.

Rupa kejadian Kuih Poli Ubi Kayu



Kuih Poli Ubi Kayu 

bahan2: 
3 tongkol ubi kayu~diparut
1/2 biji kelapa parut 
gula melaka~secukup rasa 
daun pandan
sedikit garam 
sedikit gula pasir
segenggam beras ~ disangrai dan ditumbuk pecah 4 @ 5
daun pisang~utk membungkus

Cara membuatnya: 
1. ubi kayu yang telah diparut diperah terlebih dahulu utk membuang airnya....*saya guna kain perca...letak ubi dalam kain,then perah sehingga kuar air... 
2. Letak satu senduk kedalam daun pisang dan bungkus.
3. Kukus sampai masak.
4. Bila masak sejukkan sebentar dan potong 4 segi. Gaulkan kedalam kelapa parut yang dicampur sedikit garam.
5. didihkan gula melaka sampai hancur , bersama daun pandan dan gula pasir sampai likat.
6. Sangrai beras sampai keemasan dan tumbuk pecah 4/5

Cara menghidang:-
Ambik kuih poli yang telah siap digaul kelapa parut, letak gula merah dan taburkan beras goreng.


Ubi kayu yang siap diparut

Perahkan airnya menggunakan kain dan letak satu senduk keatas daun pisang

Ubi kayu yang siap berbungkus bersedia dikukus 

Berada dalam pengukus

Beras yang disangrai sampai keemasan.Tumbuk pecah 4 @ 5 dan ditabur keatas kuih




Ready untuk makan...

Emmm...Terliurnya saya



Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

Friday, 14 November 2014

Kuih Puteri Mandi ~ Kuih tradisi kami

    Setiap kali tibanya ramadhan, saya tidak lupa memasukkan kuih ini dalam kalender menu berbuka saya. Sejak masih remaja lagi, saya sudah mula pandai membuat kuih ini. Penyediannya yang tidak rumit dan bahannya yang ringkas menjadikan kuih ini tidak jemu saya bikin. Walau macamanapun kuih ini bukanlah menjadi kegemaran En. Somi kerana beliau tidak sukakan kuih muih yang manis. Di tempat saya kuih ini di beri nama 'kepek hidung'...Tak manis sekali bunyinya..hihiihi
   Emak saya memang suka membuat kuih ini untuk dimakan diwaktu petang. Selalunya beliau meletakkan satu kaler sahaja iaitu hijau untuk kuih ini, tapi saya terpikat dengan warna kuih yang dibuat oleh adik ipar saya, sangat berwarna warni.. ade warna putih, merah, hijau dan purple..!! Oooh..! sangat gemilang warnanya..

Kuih sebelum di gaul kelapa parut
Tips:- Gunakan kelapa parut muda untuk kuahnya kerana rasanya lebih sedap dan sebati dengan kuih.

Kuih puteri mandi menjadi salah satu kuih kegemaran saya

Puteri Mandi @ Kepek Hidung

Bahan kuih:

1 cawan tepung pulut
1/2 sk air kapur
Pewarna
Sedikit air 


Bahan kuah:
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
1/2 biji kelapa parut muda.
2 helai daun pandan
Garam

Cara-cara:
Tepung pulut dicampur dengan air kapur. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga tepung tak melekat di tangan dan bekas. 

Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan warnalah ikut yang disukai. Biasanya warna hijau dan putih. 

Sementara itu, didihkan setengah periuk air.

Bila dah siap menjadi doh, ambil sedikit adunan tadi dan gentel bulat bulat sebesar ibu jari dan tekan sedikit di tengah tengahnya.
Masukkan ke dalam air mendidih. Adunan akan timbul bila dah masak. Angkat guna penapis teh dan masukkan ke dalam semangkuk air sejuk untuk mengelakkan ianya melekat.

Untuk kuah
masakkan air, gula, garam dan daun pandan sehingga gula larut. Masukkan kelapa parut dan kacau hingga pekat. 

Masukkan puteri ke dalam kuah dan kacau rata. Bolehlah dihidangkan ketika sejuk.

Langkah-langkah membuatnya:-


Adunan yang telah siap. Ready untuk digentel

Buat bentuk bulat dan tekan dengan hujung jari ditengahnya



























Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd