Showing posts with label Masakan Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Masakan Kelantan. Show all posts

Thursday, 20 November 2014

Resepi Bubur AsSyura @ Suurho (Gaya Kelantan) ~ Terkenang semasa dulu ~

    Sekarang masih dalam bulan Muharram, maknanya sekaranglah musim adanya bubur Assyura. Ditanah kelahiran saya, Kelantan Darul Naim, ini musim yang kami semua tunggu-tunggu..Yelah dalam setahun cuma satu bulan saje ianya muncul. 
     Saya masih ingat time kecik-kecik dulu, kami budak-budak tak sabar menunggu Suurho masak. Selalunya satu kampung akan saling tolong menolong memasak berkawah-kawah bubur untuk diagihkan pada semua. Bukan kerja mudah , kerana banyak bahan yang akan dicampurkan termasuk daging.Selepas masak, kami semua akan beratur menunggu bubur dicedok kedalam tempurung kelapa yang telah dibersihkan terlebih dahulu. Rasanya lebih istimewa berbanding yang diletakkan diatas pinggan biasa.
     Saya lebih menggemari Suurho yang diatasnya ditabur dengan  beras kisar sebab bau aroma dari beras kisar itu menjadikan rasanya lebih sedap. Tapi itu kenangan dulu..sekarang mustahillah saya dapat merasa suurho yang dimakan panas yang diletakkan dlm tempurung. Kalau adepun Suurho sejuk yang disimpan emak saya dalam peti sejuk dan rasanya sudah tentu tidak sesedap mana....



Bubur assyura (Suurho) Begitu nostalgianya makanan ini kepada saya


Resepi Bubur AsSyura (Suurho) ~ gaya Kelantan ~


  1. Beras 3 pot- dimasak terlebih dahulu.
  2. Kacang hijau 1 cawan-mesin hampir hancur.
  3. Jagung manis 1 tin- separuh dimesin hampir hancur dan separuh lagi tak perlu. Terpulang kepada selera masing-masing sebab saya lebih suka menggigit jagung manis tersebut kerana rasanya yang enak.
  4. rempah Asyura-1 cawan(ikut selera-sebab ada orang tak sukakan bau rempah, jadi boleh kurangkan)-di jual di kedai yang menjual rempah di Kelantan
  5. Bunga lawang- saya sukakan aromanya, w/pun resepi asalnya iaitu yang dimasak dengan kawah, tak semua orang masukkannya.
  6. halia, serai, bawang merah dan putih- dimesin dan ditumis.
  7. Gula, garam, santan dan gula melaka(jika suka).
  8. Daging ayam/lembu-direbus dan dicarikkan kecil-kecil
  9. Kerisek-setengah cawan
Semua bahan dimasukkan ke dalam rice cooker .Disebabkan apinya yang agak perlahan, tak perlulah selalu dikacau. Apabila hampir kering dan agak susah dikacau, masukkan ke dalam kuali.Kacau sehingga likat. Tuangkan atas bekas beralaskan daun pisang.Tabur sedikit kerisek di atasnya.

Ada juga orang yang masukkan semua bahan tanpa menumisnya terlebih dahulu. Apabila hampir masak, masukkan bawang putih dan bawang merah yang telah digoreng terlebih dahulu.
Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

Friday, 26 September 2014

Resepi Nasi Dagang kelantan yang sedap

~ 16 Feb 2014 ~


Sebagai memenuhi permintaan anakanda tercinta yang 
teringin sangat nak makan nasi dagang, maka dengan bersemangatnye saya angkat periuk belanga yang sedikit bersawang.Almaklumlah, sejak anakanda dok kat asrama maka jarang sangatlah masak..abis2 beli lauk dan cuma masak nasik, atau makan kedai terus ataupun menapau dari rumah mak mertua..Cubaan kali pertama dulu memang tak memuaskan hati langsung, tapi belajar dari pengalaman, hasilnya kali ni sedikit membanggakan.Sume pun macam bersemangat makan....Alhamdulillah.Tercapai jugak hati si anakanda.Untuk menghasilkan nasik yang lembut dan elok, beberapa perubahan telah dibuat, termasuklah menggunakan 3 jenis beras dan juga meletakkan beberapa helai daun pandan bagi mewangikan nasi.








Resepinyer adalah:-


Untuk Nasi 
1 kilo beras nasi dagang
1 cawan setengah beras pulut
1 cawan beras biasa
(Campurkan bersama & rendam semalaman)
daun pandan 
1/2 kilo santan
secubit garam
sebuku halia-mayang halus
10 ulas bawang merah- mayang halus
halba
Cara-caranya:-
Sejatkan air, letak dalam pengukus dan kukus.Bila sudah mengewap, keluarkan nasi.Campurkan santan,bawang merah dan halia yang dimayang halus, halba dan secubit garam kedalam mangkuk dan sebatikan.Masukkan campuran kedalam nasik sambil di gaul balikkan sampai nasi sedikit lembut.Masukkan daun pandan yang telah dicarik-carik kedalam nasi, dan kukus lagi untuk kali kedua.Bila sudah keluar wap dan buka tudung pengukus, gaul-gaulkan sedikit, tutup lagi dan biarkan ia masak serata.

 Untuk Sambal ikan 
2 ekor ikan selayang/curut-dibakar atau rebus dan diambil isinya sahaja
kelapa parut-disangrai (seperti membuat kerisik)
3 batang serai
4 ulas bawang merah
sedikit garam dan gula
sedikit lada hitam (disangrai bersama kelapa parut)
Cara-caranya:-
(Apabila kelapa parut sudah berwarna kecoklatan, semua bahan diatas ditumbuk bersama sampai halus)

Untuk Gulai ikan cara Kelantan
Ikan kayu/Aya -Di kukus semalaman (rebus dengan mencampurkan garam, asam keping & 2 camca cuka (Untuk mengelakkan isi ikan hancur)
Sebuku lengkuas
7 ulas bawang merah
Sedikit kunyit hidup
10 Biji cili kering
1 kilo santan
Asam keping
Cabai hijau
secubit beras-Untuk melikatkan gulai
Cara-caranya:-
Kisar semua bahan sampai halus.(lengkuas, bawang merah, kunyit, cili kering & beras)
Tuangkan sanatan kedalam ikan yang telah dikukus. Masukkan bahan yang telah dikisar & gaulkan sebati.
Masukkan garam, asam keping dan sedikit gula.
Biarkan sampai mendidih.Kecilkan api & masukkan cabai hijau.

Nasi Dagang bersama kari ayam, gulai ikan kayu/Tongkol/Aya, sambal kelapa dan acar mentah




Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd