Friday 14 November 2014

Kuih Puteri Mandi ~ Kuih tradisi kami

    Setiap kali tibanya ramadhan, saya tidak lupa memasukkan kuih ini dalam kalender menu berbuka saya. Sejak masih remaja lagi, saya sudah mula pandai membuat kuih ini. Penyediannya yang tidak rumit dan bahannya yang ringkas menjadikan kuih ini tidak jemu saya bikin. Walau macamanapun kuih ini bukanlah menjadi kegemaran En. Somi kerana beliau tidak sukakan kuih muih yang manis. Di tempat saya kuih ini di beri nama 'kepek hidung'...Tak manis sekali bunyinya..hihiihi
   Emak saya memang suka membuat kuih ini untuk dimakan diwaktu petang. Selalunya beliau meletakkan satu kaler sahaja iaitu hijau untuk kuih ini, tapi saya terpikat dengan warna kuih yang dibuat oleh adik ipar saya, sangat berwarna warni.. ade warna putih, merah, hijau dan purple..!! Oooh..! sangat gemilang warnanya..

Kuih sebelum di gaul kelapa parut
Tips:- Gunakan kelapa parut muda untuk kuahnya kerana rasanya lebih sedap dan sebati dengan kuih.

Kuih puteri mandi menjadi salah satu kuih kegemaran saya

Puteri Mandi @ Kepek Hidung

Bahan kuih:

1 cawan tepung pulut
1/2 sk air kapur
Pewarna
Sedikit air 


Bahan kuah:
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
1/2 biji kelapa parut muda.
2 helai daun pandan
Garam

Cara-cara:
Tepung pulut dicampur dengan air kapur. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga tepung tak melekat di tangan dan bekas. 

Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan warnalah ikut yang disukai. Biasanya warna hijau dan putih. 

Sementara itu, didihkan setengah periuk air.

Bila dah siap menjadi doh, ambil sedikit adunan tadi dan gentel bulat bulat sebesar ibu jari dan tekan sedikit di tengah tengahnya.
Masukkan ke dalam air mendidih. Adunan akan timbul bila dah masak. Angkat guna penapis teh dan masukkan ke dalam semangkuk air sejuk untuk mengelakkan ianya melekat.

Untuk kuah
masakkan air, gula, garam dan daun pandan sehingga gula larut. Masukkan kelapa parut dan kacau hingga pekat. 

Masukkan puteri ke dalam kuah dan kacau rata. Bolehlah dihidangkan ketika sejuk.

Langkah-langkah membuatnya:-


Adunan yang telah siap. Ready untuk digentel

Buat bentuk bulat dan tekan dengan hujung jari ditengahnya



























Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

No comments:

Post a Comment