Tuesday 14 October 2014

Nasi Dagang Terengganu bersama gulai ikan tongkol kerisik

     Saya tak pernah memasak nasi dagang Terengganu. Kebetulan beras nasi dagang masih berbaki lagi dan kerana takut rosak dibiarkan lama-lama maka saya mencadangkan kepada En. Somi untuk memasak nasi dagang cara Terengganu. Semasa bercuti ke Terengganu tempohari, sempat pula kami singgah ke Pasar Payang dan saya tak lepaskan peluang membeli rempah ikan (khusus untuk lauk nasi dagang). Saya difahamkan rempah ikan berjenama Bunga Ros paling sedap & femes dikalangan pembikin nasi dagang Terengganu ni, tapi puas melilau tak jumpe rempah tu. Nasib baik baik di tingkat paling bawah Pasar Payang mata terkerling dengan satu kedai yang menjual pelbagai jenis rempah & saya bersyukur diantara byk2 rempah , terselit pula rempah ikan ini.
   Pada hari itu juga sebagai lauk sampingan saya memasak ayam berempah yang dimakan bersama nasi dagang ini.


Nasi dagang terengganu bersama gulai ikan dan ayam berempah
Resepi Nasi Dagang Terengganu

Bahan-bahan:
5 cawan beras siam wangi cap Bird of Paradise(Saya guna beras nasi dagang+ 1pot beras pulut)
2.5 cawan santan cair & 2 cawan santan pekat
5 ulas bawang merah - dimayang halus
1 inci halia - mayang halus
3/4 sudu besar halba
1 sudu besar garam kasar (paras rata) - dicampur ke dalam santan pekat
beberapa helai daun pandan (untuk mewangikan nasi)

Cara cara:
Beras dibersih dan direndam dgn air semalamam sebelum dikukus. Letak air ke dalam pengukus sehingga mendidih.

Masukkan beras ke dalam pengukus dan kukus sehingga separuh masak (nampak wap keluar lebih kurang 20-30 minit.

Bila separuh masak, angkat kemudian masukkan ke dalam bekas yg besar lalu siramkan santan cair dan kacau rata.

Masukkan semula ke dlm pengukus bersama daun pandan dan kukus sehingga masak.

Bila masak, angkat masukkan ke dlm bekas besar bersama halba, halia, bawang merah dan dgn serta merta siram dgn santan pekat dan kacau perlahan sehingga rata.

Kemudian rata dan kemaskan nasi.  Bila nak hidangkan ceduk dari tepi perlahan lahan sambil digembur gemburkan.

Gulai ikan tongkol kerisik

 Gulai Ikan Tongkol

Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol hitam (lebih kurang 1 kg) 
3 cawan santan pekat  
3 sudu besar cili kering kisar - tambah jika suka pedas
1 pek rempah gulai cap bunga rose (bancuh dg sedikit air) (saya guna rempah ikan nasi dagang yang dibeli secara bertimbang)
8 gram rempah masak cap bunga rose (tak gunapun)
2 keping asam keping
2 sudu besar gula melaka/gula atau secukup rasa
10 biji cili api
6 - 7 biji belimbing buluh
Garam secukup rasa
kerisik

Bahan kisar:
10 ulas bawang merah 
4 ulas bawang putih 
1 inci halia 
2 hiris lengkuas 

Cara cara:
Ikan dibersihkan kemudian direbus bersama 4 keping asam keping dan garam sehingga airnya tinggal separuh. Kalau rebus dan dibiarkan semalaman, lagi sedap. 

Dalam periuk lain panaskan minyak, tumis bahan bahan kisar, cili kisar sehingga garing dan masukkan rempah gulai dan goreng lagi sehingga naik bau dan pecah minyak. Nota: Resepi asal Terengganu, santan dimasak sehingga pecah minyak sebelum dimasuk bahan kisar dan serbuk.
masukkan kerisik dan kecilkan api.

Resepi ayam rempah:-

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam - potong kecil
1-2 sudu besar serbuk kari daging
Sedikit serbuk cili atau cili kisar (opsyenal)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan Kisar Halus:
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Bahan Kisar Kasar:
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup (ganti serbuk kunyit)
2 batang serai
sedikit tepung beras (untuk merangupkan ayam)
Cara penyediaan:
Basuh ayam dan potong kecil. Toskan.

Masukkan ayam dan semua bahan kisar halus dan kasar beserta bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk besar. Masukkan tepung beras.

Gaul biar rata dan rempah ratus menyaluti ayam. Perap dulu dalam 1 jam sebelum digoreng. Perap lama sikit lagi best. Boleh disimpan di dalam peti sejuk semalaman untuk lagi mesra.








Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

No comments:

Post a Comment