Thursday 29 January 2015

Resepi Preitzel ala Auntie Anne's ~ Renyah tapi berbaloi menyediakannya

    Saya terliur dengan preitzel dikaunter Auntie Anne's semasa aktiviti santai2 kat Queensbay tempohari..Luarannya nampak biasa-biasa jer, tp bila masuk ke mulut, emm.. memang sedap. Inilah salah satu makanan yang simple tapi sedap bagi saya. 

    Pulang dari situ saya berazam sendiri nak mencari dan membuat sendiri preitzel..dan akhirnya berjaya jugak.Rasanya mestila tak setanding 'Makcik Anne's, tapi puas hati ..itu yang penting sebab berjaya juga menyediakan Preitzel untuk makan petang anak-anak.

Preitzel  yang ditaburi almond diatasnya
Preitzel bersalut coklat 

Ditaburi gula diatasnya.



Bahan-bahan ( 12 keping )

  • 1 paket yis
  • 4 cawan tepung serbaguna
  • 1 biji telur dicampur 1 sudu makan air dan dipukul. (Untuk disapu atas pretzel sahaja)
  • 1 1/2 sudu teh Garam
  • 1 sudu makan gula
  • 2 sudu makan mentega yang dicairkan.
  • Minyak sayur (untuk sapuan sahaja)
  • 6 cawan air + 1/3 cawan doda bikarbonat dimasak atas dapur sehingga mendidih.

Hiasan/perasa tambahan (mana-mana pilihan jika suka)

  • Garam laut (sea salt flakes) – untuk hiasan boleh juga guna gula atau serbuk kayu manis..boleh didapati di kedai peralatan kek.
  • Coklat masakan/nuttela
  • Gula karamel

Cara-cara

  1. Masukkan garam, gula dan yis di dalam air suam. Biarkan seketika selama 5 minit tanpa dikacau.
  2. Setelah 5 minit. Masukkan tepung serbaguna satu demi satu pada kelajuan yang rendah (minimum) di selang selikan dengan mentega yang telah dicairkan.
  3. Uli dengan pemutar kek selama 7 minit. Jika diuli dengan tangan doh perlu diuli selama 10 ke 15 minit.
  4. Siap diuli..sapukan minyak sayuran pada mangkuk yang bersih. Ambil doh dan bentukkan menjadi bulat. Letak dlm mangkuk dan sapukan minyak sayuran atas doh supaya permukaannya licin.
  5. Tutup dengan plastik kedap udara selama 1 jam di kawasan yang lembab/tidak sejuk (suhu bilik).
  6. Selepa sejam, ambil doh tersebut dan bahagi kepada 2 bahagian. Setiap 1 bahagian dibahagikan menjadi 6 ketulan kecil.
  7. Uli memanjang menjadi seperti tali dan bentukkan menjadi huruf ‘U’. Ambil hujung doh bawa ke bawah dan tekan hujungnya. Ulangi langkah ni hingga semua doh siap
  8. Di atas dapur: didihkan air yang dicampur soda bikarbonat. Setelah air mendidih masukkan doh yang dibentuk tadi 1 demi 1 selama 30 saat dan angkat dengan spatula.
  9. Sapu dulang pembakar dengan minyak sayuran. Susun atas tray.
  10. Sapukan telur pada setiap doh. Taburkan garam laut/sea salt (garam biasa pon boleh juga) atau serbuk kayu manis. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 10 -15 minit.
  11. Biar pretzel menjadi warna keperangan baru diangkat.. biar seketika lebih kurang 3 -5 minit sebelum dihidangkan.
  12. Jika suka, bolehlah celup pretzel tersebut dalam coklat cair atau boleh juga dalam gula karamel dan biarkan sekejap untuk ianya membeku. Pasti memikat selera siapa sahaja yang melihat.

Auntie Anne's Recipe

Ingredients:

1 1/2 cup warm water
1 1/8 teaspoon active dry yeast
2 tablespoons brown sugar
1 1/8 teaspoon salt
1 cup bread flour
3 cups regular flour
2 cups Warm water
2 tablespoons baking soda
to taste coarse salt
4 tablespoons butter (melted)


Turn this recipe into a puzzle! [click]

Directions:

Sprinkle yeast on lukewarm water in mixing bowl; stir to dissolve. Add sugar, salt and stir to dissolve; add flour and knead dough until smooth and elastic. Let rise at least 1/2 hour. 

While dough is rising, prepare a baking soda water bath with 2 cups warm water and 2 Tbsp baking soda. Be certain to stir often. After dough has risen, pinch off bits of dough and roll into a long rope* (about 1/2 inch or less thick) and shape. Dip pretzel in soda solution and place on greased baking sheet. Allow pretzels to rise again. Bake in 450 oven for about 10 minutes or until golden. Brush with melted butter and enjoy! 

Toppings: after you brush with butter try sprinkling with coarse salt. or for Auntie Anne's famous Cinnamon Sugar, try melting a stick of butter in a shallow bowl (big enough to fit the entire pretzel) and in another shallow bowl make a mixture of cinnamon and sugar. Dip the pretzel into the butter, coating both sides generously. Then dip again into the cinnamon mixture. Enjoy! 

* The longer and thinner you can make the dough rope, the more like Auntie Anne's they will be. (Of course I don't have the counter space!)

Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

Tuesday 27 January 2015

Cara-cara nak letak Facebook Badge di Blog ~ Tutorial yang paling senang

   Saya masih baru dalam dunia blogger.Sebagai orang baru sudah semestinya saya kenalah berguru. Guru yang saya maksudkan bukanlah pompuan, bukan pula laki. Tidak cantik malah tidak pula kacak. Tapi guru saya adalah berbentuk 'tulisan' gak. Alhamdulillah..dah berusia cenggini pun saya masih bersemangat belajar dan belajar...hampir setiap hari mencuba mende-mende baru dalam ilmu IT ni memberi satu kepuasan buat saya.
       Hari ni saya belajar pula meletakkan Facebook badge ke Blog. Dah lama saya teringin tengok blog orang lain diisi dengan FB badge bukan sajer nampak cantik malah kelihatan 'perfect' untuk satu-satu blog.

kredit to : blog http://purplewishess.blogspot.com/

1) Klik link ni https://www.facebook.com/badges/ 

2) Pilih lah nak buat Profile Badge, Like Badge, Photo Badge atau Page Badge. Contoh kita pilih Profile Badge.





3) Katakan kita pilih Profile Badge. Nanti page akan keluar seperti di bawah ni. Kalau nak edit badge boleh click 'Edit this badge', button sebelah kanan atas tu. Kemudian pilih nak letak Facebook Badge ni kat mana. Blogger? TypePad? atau Others??? Pilih lah mana-mana ya. Kalau macam dlm situasi sekarang mestilah kita  pilih Blogger.



4) Katakanlah kita pilih 'Blogger', skrin akan paparkan page macam di bawah ni. Dalam page ni kita just 'Select a blog' dan letak nama dalam ruangan 'Title' tu. Nama boleh letak apa-apa nama. Ikut suka hati lah.



5) Last, click 'Add Widget'. Done!! Yay...dah siap pun Facebook Badge.. Tak susah kan :) Lepas buat semua tadi, kita boleh check di website atau blogspot kita.



Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

Malaysia dijangka membeku 2015? ~ Brazil jadi Kutub Utara manakala India jadi Kutub Selatan.


     Manusia suka kepada perkara ganjil. Bersediakah kita semua untuk menyaksikan fenomena yang menakutkan? Kata Nabi saw :apabila mendengar berita tentang "Pemuda Bani Tamin dan Bendera Hitam dari Timur", segeralah kamu ... walau terpaksa merangkak di atas "salji"  maka, hadis berkenaan menceritakan tentang kesusahan merangkak atas "salji" (salji tebal). Pada asalnya kita anggap ia (hadis) hanya untuk negara Russia atau negara2 sejuk.Ia amat janggal bagi umat Islam di tanah Arab dan Asia Tenggara.  Amat tidak munasabah bagi kita di Asia Tenggara ini. 

Tetapi bayangan mengenai salji itu seolah menceritakan kesusahan yang bakal terjadi (kepada umat Islam) kerana salji menutupi bumi. Memandangkan majoriti penganut Islam berada di daerah panas termasuk kita di Malaysia, ia cukup mencabar akal kita. Rasulullah saw adalah benar, baginda tahu apa yang kita tidak tahu. 



Kini semakin hari semakin jelas perubahan sedang berlaku dimana negara yang dahulunya bercuaca panas pasti akan beralih menjadi negeri bersalji satu hari nanti. Kebenaran hadis tersebut semakin nyata. 






Jangan panik atas kejadian di Mesir dan Vietnam. Malaysia juga bakal menerima nasib sama malah mungkin lebih teruk darinya satu hari nanti. Allah Maha Berkuasa atas segalanya. Maha Adil. Kenyataan alHadis: "matahari akan keluar dari Barat" akan berlaku melalui satu kejadian peralihan kutub dari utara ke selatan begitulah sebaliknya.



Matahari akan keluar dari Barat
MATAHARI AKAN KELUAR DARI BARAT PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH 




Jika ingin ditafsirkan bahawa kiamat semakin dekat, tiada salahnya. Sememangnya kiamat semakin hampir bukannya semakin menjauh.  


 Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari





Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut.


Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. 


Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian. Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas. 


Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013. Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!! Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah. 


Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam. Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. 


Ada tempat berubah menjadi padang pasir. Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku. 

Khatulistiwa pula berada di Antartika Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan " flip" di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan. Semasa pergerakan " flip" peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis. 

Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi laut akan ditenggelami air Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan tenggelam terus. Begitu juga Australia barat. Apabila berlaku "flip" pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan "sun spot". Manakala "flip" juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi, letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu. 


Pergerakan kutub memang sedang berlaku. makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku. 


Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku? 


Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015.  


Hanya Allah yang Maha Mengetahui kerana semuanya adalah perencanan Ilahi. Samada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang lain yang belum muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata sahabat tentang fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir zaman. 


Terdapat sabdaan Rasulullah s.a.w dan Saidina Ali tentang sejenis komet yang memberi indikasi sejarah. Samada hadis dan sabdaan tersebut merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui. Sabda Rasulullah S.A.W " “..antara tanda muncul Imam Mahadi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi langit dan menyebabkan tenggelamnya kawasan pantai” Kata Saidina Ali RA mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), "Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang- orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat". 


Antara fakta Komet ISON ialah: 

1. ISON digelar “ Komet abad ini”
2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013. 
3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013 
4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari. 
5. ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam. 
6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km. 
7. ISON adalah komet yang paling mudah dilihat oleh ramai orang. 
8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan. 
9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm. 
10. Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014. 

Artikel ini ditulis bukan untuk menggempar dan menakutkan. Apa yang bakal terjadi akan tetap terjadi. Semoga setelah membaca artikel ini, saudara- saudari serta anak-anak ku bertambah kesedaran dan keinsafan. Bertambah taat pada Allah. (Persoalan yang mungkin timbul ialah, jika sekiranya India menjadi kutub nanti bagaimanakah caranya kita hendak pergi ke Makkah? Laut sekitar India telah membeku, menghalang lalulintas laut. Penggunaan kapal terbang juga terganggu kerana kabus tebal. 


Mungkinkah kita perlu berjalan kaki mengharung salji untuk ke sana?) Apapun kita tahu Allah Maha Adil, Tambahlah akan amalan agama. Di waktu yang sama terus peka dengan perubahan-perubahan serta lebih rajin membaca dan mengkaji fenomena perubahan kutub ini. - Harakatul Muqawamatul Islamiyyah KOMPAS Kalau ikut arah utara kompas untuk ke Kutub Utara, belum tentu kita sampai ke Kutub Utara sekarang ini. 


Keadaan medan magnet bumi kini sudah berganjak pada kadar 40 batu setahun. Saintis mengatakan ia perkara normal, tapi anehnya mereka mengatakan ia hanya berlaku dalam kekerapan 100,000 tahun sekali; sudah tentu kalau dikira dalam sejarah kewujudan manusia dibumi ia bukanlah sesuatu yang normal untuk umat manusia. 


Ia juga menjadi semakin memberi kesan terhadap kegiatatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Ia memaksa lapangan terbang tersebut ditutup selama sebulan bagi kerja-keja pengubahsuain. Kedudukan arah baru itu bagi mengambil kira anjakan medan kutub utara, yang berganjak dari Kanada Utara kearah Russia pada kadar 40 batu setahun. 


Ini bermakna arah kompas kita berganjak 40 batu menghampiri Russia bebanding setahun lalu. Kira-kira setiap 5 hingga 10 tahun, anjakan kutub magnet bumi akhirnya akan mengakibatkan jajaran kompas and arah utara sebenar semakin ketara. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. 





Wandering of the Geomagnetic poles  Movement of magnetic poles from 1590 to 2010 The magnetic poles or dip pole are computed from all the Gauss coefficients using an iterative method. Magnetic poles derived in this fashion are more closer to the experimentaly observed poles. Based on the current WMM model, the 2010 location of the north magnetic pole is 84.97°N and 132.35°W and the south magnetic pole is 64.42°S and 137.34°E. The Google map below illustrates the movement of the magnetic poles during 1590 to 2010 derived from the GUFM (1590 – 1980) and IGRF (1981 – 2010) models. The GUFM model (Jackson et al., 2000, Four centuries of geomagnetic secular variation from historical records, Phil. Trans. Roy. Soc. Lond. A, 358, 957- 90.) covers the period 1590 -1990 and is based on ship log data. The path reflects the chaotic and independent movement of magnetic poles. For example, the present rate of progression of the north magnetic pole (55 km/year) is significantly higher than that of the South Pole. Figure. Trace of the magnetic dip poles during 1590 - 2010 as derived from geomagnetic models. Click on the icons for the year.  The magnetic field from 1590 - 1980 (green line) is given by the GUFM model, while the field from 1980 - 2010 (red line) is given by the 10th generation of the IGRF. The locations of the poles (1590-2010) are available for download here: North Pole , South Pole. http://www.abovetopsecret.com/ http://abatasa2.blogspot.com/2013/12/brazil-jadi-kutub-utara-manakala-india.html Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win




ajae7.blogspot.com/.
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

Friday 23 January 2015

Resepi Biskut Dahlia yang gebu dan sedap ~ Biskut raya pilihan tahun 2014

    Biskut Dahlia...sesedap nama begitulah cantiknya rupa bentuk biskut ni. Dah lama benar saya tak memilih biskut ni dalam senarai biskut raya saya, cuma tahun 2014 saja saya masukkan sekali biskut klasik ni ke dalam list.

Tepung kastard yang menjadikan warna kuningnya bangkit

Bersama 'teman-teman' yang lain..Biskut Famous Amos dan Biskut Jejari Oat Salju

Siap untuk dibawa balik kampung


Resepi Biskut Dahlia Yang Gebu dan sedap

Bahan-bahannya:

250 g mentega
125 g gula icing 
250g tepung *
125 g tepung kastad *
125 g tepung jagung *
3 biji kuning telur(saiz B)
1 camt esen vanila
secubit garam

50 gm susu tepung
ceri/sebarang hiasan yang korang suka......

Cara membuatnya:

1. Ayak bahan bertanda (*)
2. Putar mentega, gula kastor dan secubit garam hingga kembang,
3. Masukkan kuning telur dan vanila dan putar  lagi hingga sebati.
4. Masukkan tepung-tepung yang telah diayak dan susu tepung. Uli hingga sebati.
5. Picitkan adunan menggunakan acuan dahlia ke dalam loyang. Hias dan bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 15 min. Jangan lupa panaskan oven selama 10 min untuk mendapatkan biskut yang cantik.

P/s: Saya dah cuba berbagai resepi biskut dahlia termasuk resepi tersohor  akan tetapi resepi ini adalah yang terbaik yang pernah mummy cuba sebab setelah dibakar pun kelopak bunga dahlia tidak jatuh dan  terletak cantik.....SELAMAT MENCUBA


Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

Thursday 22 January 2015

Resepi Biskut Famous Amos yang paling sedap ~ Biskut raya 2014

Assalamualaikum...

   Ini salah satu biskut pilihan saya pada hari raya 2014. Saya copy resepinya dari Blog Azie Kitchen dan ternyata pilihan saya ini sangat tepat kerana rasanya memang sedap, rangup dan berperisa coklat yang lazat. Blog Kak Azie menjadi pilihan utama saya setiapkali ingin  mencuba resepi baru kerana hasilnya memang tak pernah mengecewakan ! 
   Sebut pasal biskut raya teringat saya pada biskut yang sentiasa ada sekitar awal 90-an dulu iaitu tika saya masih lagi muda rumaja dan comel lote lagi (ceewah...dah takde yang puji lebih baik sendiri jerk yang puji) . Samperit, dahlia dan  biskut kacang adalah 3 jenis biskut yang tak pernah miss saya buat. Biskut kacang saya pulak mempunyai corak yang macam-macam sebab saya gunakan penerap biskut yang acuan coraknya berjumlah lebih kurang 20 jenis bentuk yang berlainan. Acuan yang diperbuat dari besi itu dibawa balik oleh abang saya yang bekerja sebagai buruh kontrak di Singapore. 
    Sekarang acuan tersebut dah luput ditelan masa. Biskut raya lani banyak di isi kedalam cawan kertas yang cantik atau yang paling senang ceduk jer dengan sudu dan hempuk kedulang pembakar, macam biskut Famous Amos ni. Senang..tak payah berpeluh ketiak nak mencanai dan menekapnya lagi..

Biskut Famous Amos yang rangup dan bercoklat

Biskut raya pilihan saya pada tahun 2014

Siap berada dalam 

Biskut Famous Amos

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 
Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.
Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.

Nota:
1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)

2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan 

3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.

Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

Tuesday 20 January 2015

Resepi sayur campur paling sedap ~ Ala hotel gitu

     Disebabkan takde mende yang spesel untuk dienterkan diblog, saya kongsikan menu tengahari kami pada ujung minggu yang lalu..Apa yang speselnye? Bukan pada rendang ayam..bukan jugak pada kerabu perut lembu plus tauge...tapi sayur campur saya yang spesel pada tekak saya sendirik (Mungkin biasa pada tekak yang lain..ngeh..ngehh..ngehh..)
     Apenyer yang spesel sangat tu? Yaa...saya nak habaq mai...setiap kali berpeluang makan kat hotel (Tak kiralah brape banyak bintangpun) saya tertarik dengan rasa sayur campurnya. Baunya yang harum dan terasa lebih fresh sentiasa menimbulkan pertanyaan dalam hati, agak2 ape bende yang ditaruknya? Tanpa menggugel dari mana2 laman sesawang, saya bereksperimen la sendiri dan hasilnya....? Memang berhasil..! sama rasanya dengan yang dimasak didapur hotel. Jadi lepas ni, mungkin saya dahla tak se-eksited dan sejakun seperti sebelumnya...huhuuhu..
     
Sayur campur ala Hotel
 Resepi Sayur Campur Paling Sedap

Sayur (Kobis bunga/ Brokoli, baby corn )
5 camca minyak bijan
Bawang putih ~ dihiris nipis
Lada Benggala ~Merah dan Hijau
Isi ayam
Sos Tiram
Serbuk pati ayam/ikan bilis
Serbuk lada putih
Garam dan gula secukup rasa
Tepung jagung dibancuh dengan air ~ Untuk memekatkan kuah

Cara-Caranya:-
Rebus air sampai mendidih. Celurkan sayur2 sebentar. Angkat dan toskan. Masukkan minyak bijan dan tumiskan bawang putih.Masukkan isi ayam dan biarkan sampai masak. Masukkan sedikit air panas, sos tiram, serbuk pati ayam, lada benggala, serbuk lada putih, garam dan serbuk perasa. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung kacau angkat dan tuangkan keatas sayur yang telah dicelur tadi.Siapp..

Rendang ayam berkuah- Sesuai untuk dimakan dengan nasi 

Kerabu perut lembu plus tauge


      

Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

Monday 19 January 2015

Resepi Aiskrim yang lemak berkrim ~Semudah ABC

Salam pagi Selasa untuk semua yang sudi menjengah ke blog ini...Kali ini saya bercerita tentang aiskrim ala-ala dalam tupperware kat kedai-kedai tu..Dah lama benar saya teringin menyediakan aiskrim sendiri, tapi nampaknya ujung minggu yang lalu hajat saya akhirnya tercapai..
Bukannya susah rupanya membuat aiskrim sendiri..belanjanya pun tak besau..Malah kita juga boleh bereksperimen mengikut perisa yang kita inginkan...

Aiskrim perisa vanila coklat saya ditaburi coklat rice lagi.. 

Rasanya terangkat malah lebih berkrim dari yang dijual dikedai...ngeh..ngeh..

Lihatlah rupaparas saya dari dekat...Sila terliur...
Vanilla Ice Cream

Bahan-bahan (2 liter)
5 sudu gula pasir
1 tin besar susu sejat/cair
1 sudu besar ovallete
1 biji telur
2 sudu susu tepung
2 penutup esen vanilla

Cara-cara
mix semua bahan dengan mixer selama 5 minit, dengan high speed. Pasangkan freezer bowl dan ON mixer ke level stir.
Atau boleh saje masukkan kesemuanya kedalam blender, dan blendkan sajer.Siap.

Tuangkan adunan ke dalam freezer bowl sehingga mencapai kepekatan yang dikehendaki. Senduk dengan senduk plastik ke dalam bekas berpenutup dan simpan di dalam freezer selama 30 minit.

Setelah agak beku, keluarkan dari peti ais dan blend / mix sekali lagi kemudian baru masukkan kedalam peti ais lagi.Tujuannya adalah agar teksturnya lebih lembut dan sedap.


Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

Sunday 18 January 2015

Resepi Pizza Gebus ~ Aromanya menyamai Domino's Pizza

Malam 17 Jan kami berpesta ria dengan pizza lagi..Inilah makanan yang tak pernah mendapat bantahan sesiapa sebab kami semua memang penggemar pizza terutama En. Somi dan anak lelaki saya. Walaupun saya memiliki resepi khusus untuk pizza (setelah mencubanya beberapa kali dan memilih salah satu resepi yang paling sesuai) namun saya gemar mengolahnya mengikut citarasa saya. Contohnya, saya berkenan dengan harumnya bau pizza domino sewaktu mengunjungi restoren itu lama dahulu, saya tak tau harumnya datang dari mana, tapi bila berpeluang memasak pizza, saya cuba tambah susu tepung yang direnjis diatas permukaan pizza, jadi bila melalui proses membakarnya, bau harum lemak manis yang datang dari susu tepung itu seakan menyamai bau pizza domino. Jadi setiap kali saya membuat pizza susu tepung itu tak lupa saya renjiskan untuk membangkitkan aromanya.




Pizza gaya mamamia


Pizza kedua ready nk masuk oven

Sudah siapp...Untuk pizza kedua. saya membakarnya dalam dulang biskut

Cucuk2kan doh pizza menggunakan garfu bagi memastikan sosnya meresap masuk


Saya ready nk masuk oven dah...






Pizza pertama saya dalam acuan berbentuk bulat

Pizza yang sudah siap dimasak

Untuk Doh Pizza 
  • 1/2 kg tepung gandum 
  • 1 paket yis segera ~ jenama Mauripan
  • 3g / 1/2 sk garam 
  • 5g / 1 sk gula 
  • 10g / 2 sb minyak sayuran atau minyak zaitun 
  • 1/2 cawan air suam untuk menguli
  • 1 camca bread improver
  • 5 camca susu tepung
 Untuk sos pizza 
  • 1 labu bawang besar - cincang halus 
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus 
  • 2 biji tomato - cincang halus 
  • 2 sb minyak masak 
  • 3 sb tomato puri 
  • 2 sb sos tomato 
  • 3/4 st gula 
  • 1 sk oregano / Italian seasoning
  • garam & gula
Untuk Topping 
  • Udang, sosej, daging ayam, daging lembu, tuna/sardin (ikut kesukaan dan citarasa masing-masing) JANGAN dicampur makanan laut dengan darat. 
  • Lada benggala hijau atau merah, tomato 
  • Cendawan butang, bawang besar, nenas 
  • Keju mozzarella, chedar atau parmesan untuk pizza
  • sedikit susutepung untuk ditabur keatas pizza
Untuk membuat  sos Pizza 
Tumis bawang hingga naik bau. Masuk bahan-bahan lain (**bahan untuk sos** tadi). Masak sampai agak pekat. Tutup api & biar sejukkan sebentar.

Untuk membuat Doh Pizza

1. Campurkan tepung gandum, Yis, garam, gula dan juga minyak di dalam satu mangkuk. Gaul rata. Masukkan air suam sikit demi sedikit dan uli sehingg doh menjadi lembut dan tidak lekat di tangan.

PERINGATAN : Pastikan Yis yang korang beli tu aktif. Paling selamat lakukan proses Penapaian. Mudah saje. Ambil air suam dalam 1/3 cawan dan campurkan dengan 1/3 sudu kecil tepung gamdum dan ½ sudu kecil gula dan juga yis. Kalau Yis berbuih maknanya yis tu aktif dan bolehlah korang campur bahan-bahan doh pizza.

2. Sukatan air pula bergantung pada tepung gandum yang korang gunakan, agak-agak supaya doh pizza tu tak melekat di tangan. Lumur doh dengan minyak zaitun atau majerin dan masukkan dalam plastic bersih. Ramas-ramas doh beberapa minit sambal duduk depan TV. Buat lebih kurang 5-10 minit aje. Lepas tu keluarkan dari plastic dan masukkan dalam bekas yang telah disapu sedikit minyak. Kemudian, tutup bekas dengan plastik cling. { boleh juga guna kain putih yang bersih}

3. Letakkan mangkuk yang berisi doh di dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda. Boleh letak tepi ketuhar atau dapur gas.Nak lagi cantik perap di tempat yang ada cahaya matahari. Cara nak tau doh dah cukup perap ialah dengan tekan doh dengan jari, doh tu tak akan memantul. Kira dah cun dah tu.

4. Tumbuk-tumbukkan doh kasi keluar angina. Bukan badan manusia aje ada angin. Doh pizza pun ada angin juga. Lepas tu rehatkan lagi doh lebih kurang 7 minit. Banyak betul doh ni rehat.

5. Minyakkan acuan pizza atau Loyang yang nak diguna. Sampai masanya korang canaikan doh jadi bulan setelaj agak-agak dalam 2 cm. Kalau nak isi cheese kat tepi pun boleh juga. Terpulang pada selera korang. Masukkan doh dalam Loyang dan biarkan ia kembang sikit.

6. Cucuk-cucukkan adunan doh tadi dengan garfu supaya tak gelembung masa bakar. Kemudian bolehlah sapu permukaan Doh dengan sos pizza yang dah dimasak tadi dan ditabur dengan cheese.

7. Tabur topping pizza dan keju parmesan atau chedar cheese sekali lagi untuk bagi rasanya lebih lazat lagi. Taburkan susu tepung keatas permukaan pizza untuk membangkitkan aroma.

8. Akhir sekali bakar pizza gebu ala-ala domino tu selama lebih kurang 25-30 minit pada suhu ketuhar 200 Degree.

Tadaa..
SIAP untuk dimakan…






Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

Friday 16 January 2015

Resepi Waffle yang gebu & sedap ~ Resepi Martha Stewart

    Salam untuk yang sudi menjengah diblog saya yang baru setahun jagung dan hanya biasa-biasa 

ni..Itupun kalau ade yang menjengah..huhuuhu..Kali ini saya akan bercerite tentang waffle yang 

resepinya berlambak-lambak diblog masakan..Tinggal nak pilih yang mana syesuai ajer..Pernah sekali 

saya menggunakan resepi dari satu blog masakan 

(Tak payah sebutlah..nanti ade yang marah saya..huhuuhu)..Resepi ini menggunakan yis dan bahan-

bahan lain macam tepung gandum, telur, susu, dsbnya main campak aje dan tak payah blend atau whisk. 

Apa yang jadi? waffle saya tak sedap langsung..keras dan berbau tepung yang agak kuat.  Balik dari 

pejabat petang semalam, saya 'menggugel' lagi untuk mendapatkan resepi yang rasanya ala-ala di 

Leogmag tu. Pendapat saya, oleh kerana waffle adalah makanan omputih, adalah lebih baik jika 

resepinya juga diambil dari depa jgk. Kali ini saya 'mengopynya' dari Auntie Martha Stewart yang 

terkenal itu.Alhamdulillah..! akhirnya berjaya.Rasanya lembut manis dan lembut sentiasa walaupun 

dalam keadaan sejuk. Saya sengaja letakkan resepi waffle dari pelbagai perisa dan pelbagai sumber 

untuk rujukan saya kelak.

Tips:-Untuk menjadikan bentuknya berlubang cantik mengikut acuan, selesai meletakkan adunan keatas acuan waffle, biarkan selama 2-3 minit barulah pintu acuan waffle ditutup.

Ini waffle saya yang resepinya di'cedok' dari Auntie Martha Stewart


Gambarajah secara dekat



Biarkan adunan berbuih begini baru dibakar

Sangat gebu, lembut dan berbau harum

Garing diluar dan lembut didalam

Yummys....!!

Waffle (Martha Stewart recipe)

INGREDIENTS:-



  • 1 cup all-purpose flour, spooned and leveled
  • 2 tablespoons sugar
  • 1 teaspoon baking powder
  • 1/4 teaspoon salt
  • 1 cup milk
  • 2 large eggs
  • 4 tablespoons (1/2 stick) unsalted butter, melted
  • 2 spoon corn flour ~ saya tambah
  • Esev vanila ~ saya tambah
  • Maple syrup and butter, as desired, for serving

DIRECTIONS

  1. Preheat waffle iron according to manufacturer's instructions. In a large bowl, whisk flour, sugar, baking powder, and salt; set aside.
  2. In a small bowl, whisk milk and eggs; pour over flour mixture, and whisk gently to combine (don't overmix). Gently whisk in butter.
  3. Following manufacturer's instructions, cook waffles until deep brown and crisp. (For a standard waffle iron, pour a generous 1/2 cup of batter into center, spreading to within 1/2 inch of edges, and close; waffle will cook in 2 to 3 minutes.) Serve warm, with maple syrup and butter, as desired.

Resepi Waffle minyak Jagung


Masa: 20 minit
Hidangan: 4

Bahan-bahan



* 1/2 cawan tepung gandum
* 75 ml susu segar
* 2 biji telur ( saiz C) asingkan putihnya
* 1/2 sudu teh baking powder
* 1 sudu teh minyak jagung
* 1 sudu teh gula halus
* secubit garam


Cara membuatnya:


1. Pukul putih telur dan gula hingga kembang dan gebu. Ketepikan.
2. Dalam bekas berasingan, gaul rata telur kuning, tepung (ayak bersama baking powder terlebih dahulu , susu, garam, minyak masak. Masukkan adunan ini ke dalam telur putih tadi. Gaul rata.
3. Panaskan snack maker, sapukan sedikit marjerin ke atas dulang waffle. Masukkan adunan dan bakar kira-kira dua minit. Sedap di makan dengan jem,kaya,aiskrim atau madu berserta buah strawberi.
4. Boleh juga dimasak dalam kuali. Walaupun rupa tak serupa, rasanya tetap sama.

                                                            ********************

NUTELLA WAFFLE

Bahan:-
  • 3 sudu besar butter-dicairkan
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu besar jus lemon - kalau tak letak pun takpe
  • secubit garam
Cara Membuat:-
  1. Campurkan semua bahan, guna blender...blend sebati
  2. Biarkan adunan selama 10 minit**
  3. Tuangkan sesudu adunan dlm kuali non stick yg tlh panas. (kalau nak wat waffle, just tuang dlm waffle maker je la eh, tunggu hingga lampu hijau turn off, angkat laa....sapu apa2 filling disukai)
  4. Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih
  5. Biarkan seketika, bolehlah diangkat.
                                                             *****************

Resepi Waffle bersama serbuk kayu manis


Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung *
  • 3 sdt. baking powder *
  • 1/8 sdt. serbuk kayu manis * (bahan * diayak bersama)
  • 1 sb. gula- hana campur madu
  • 1/2 sdt. garam
  • 3 biji telor - asingkan putih n kuning
  • 1 1/2 cawan susu segar -
  • 5 sb. shortening (lemak sayuran) - dicairkan. (saya gune butter)
  • 1 1/2 cawan epal yang dicincang dadu - hana blend


Cara-Cara
  1. Dalam mangkuk, campurkan bahan yang diayak dengan bahan kering lain.
  2. Pukul putih telor hingga kental (soft peak).
  3. Dalam mangkuk lain, pukul sedikit kuning telor dan campurkan susu, shortening dan kacau rata.
  4. Tuangkan ke dalam adunan kering tadi dan pukul hingga bahan sebati.
  5. Masukkan epal cincang dan gaul.
  6. Perlahan-lahan masukkan putih telor dan kaup balik hingga rata.
  7. Panaskan waffle iron dan sudukan adunan, ratakan. Tutup acuan waffle dan tunggu hingga masak dan garing (kecoklatan).
  8. Hidangkan dengan syrup or filling kegemaran dan makan ketika masih panas n rangup.
                                                             ******************* 

Belgium Waffle Recipe



  • 2 cups all-purpose flour
  • 3/4 cup sugar
  • 3-1/2 teaspoons baking powder
  • 2 eggs, separated
  • 1-1/2 cups milk
  • 1 cup butter, melted
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • Sliced fresh strawberries or syrup

  • Directions

    In a bowl, combine flour, sugar and baking powder. In another bowl, lightly beat egg yolks. Add milk, butter and vanilla; mix well. Stir into dry ingredients just until combined. Beat egg whites until stiff peaks form; fold into batter.

    1. Bake in a preheated waffle iron according to manufacturer's directions until golden brown. Serve with strawberries or syrup. Yield: 10 waffles (about 4-1/2 inches).



    Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd