Wednesday 15 October 2014

Resepi Kek Batik Simple yang Moist.

~ 16 Oct 2014 ~

Kek Batik Simple yang Moist



     Kek batik ini, walaupun nampak simple bahan & cara masakan tapi jika tak kena gaya memang takkan menjadi sempurna. Saya dah mencuba banyak resepi tapi semuanya hancusss...! Selalunya kuih/kek ini akan menjadi lembik dan bila bab memotongnya nescaya akan menjadi sememeh & tak menarik. Namun akhirnya berjaya juga saya menemui resepi terbaik dan hasilnya kali ini boleh tahanlah untuk orang yang taklah perfect dalam dunia masakan..Alhamdulillah..
   Kerana pelbagai masalah yang timbul untuk urusan pembelian kereta baru, saya terpaksa keluar awal dari tempat kerja iaitu jam 3 ptg dan terus menuju ke Maybank di Jalan Jelutong untuk urusan full settlement kereta lama ayah. Selesailah sudah hutang lama...saya boleh lena tidur tanpa dibebani surat-surat tuntutan bayaran.Syukur...Walaupun robek poket tapi perasaan lega tetap ada.
     Oleh kerana sampai dirumah pula agak awal dari biasa, saya mengintai stok-stok lama dalam peti sejuk dan tempat simpanan bahan-bahan kuih. Susu cair masih ada setengah tin dalam peti ais, serbuk koko masih ada, biskut merrie pula masih ada setengah plastik. Jadi otomatik otak saya mula terpikir untuk mengodek  kek batik pulak untuk minum petang.
   


Kek Batik Simple yang Moist 

Bahan-bahannya:-


✿ Biskut Marie  (1/2 bungkus)
✿ 1/2 tin susu cair 
✿ Milo  (1 senduk)
✿ Marjerin  (1/2 bekas)         
✿ 1/2 cawan gula
✿ 1/2 senduk serbuk koko
✿ 2 biji telur (dipukul ringan didalam mangkuk yang lain)

Cara-Caranya:-
✿ patah-patahkan biskut Marie...
✿ Panaskan kuali *gunakan api perlahan
✿ Masukkan susu cair, Milo, gula  & serbuk koko tadi dan kacau…
✿ Kemudian masukkan telur & marjerin
✿ Last sekali masukkan Biskut (yang telah dipatahkan) dan kacau
jangan lama sangat kacau tau…nanti biskut tu lembik pulak
✿  Masukkan kedalam loyang.
✿  Tekan-tekankan  adunan tadi sampai semua mampat
✿  sejukkan dalam peti ais.. 1/2 ke 1 jam gitu dah boleh makan…



Campurkan susu cair, milo, serbuk koko dan gula dan panaskan dengan api perlahan




Masukkan telur & mentega




Masukkan kedalam acuan dan tekan cikit bagi padat

Taraaaa...dah jadik dah

Agak baik kejadiannya

Sesuaaiii utk minum petang

Jemput makan...








Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

No comments:

Post a Comment