Monday 13 October 2014

Menikmati Musim Buah di Kampung

~07 Oct 2014 ~

Sekarang musim buah duku, langsat, rambai & dokong di kampung saya.Dimana-mana saja pokok ini terdapat, buahnya tergantung penuh dipokok. Kebetulan pulak di keliling kelalang rumah ibu bapa saya banyak menanam pokok-pokok ini, apalagi kepala saya asyik mendongak keatas pokok. 
    Pokok rambai disebelah rumah pula sejak saya masih kecik lagi pokoknya sudah ada disitu. Sekarang walaupun pokoknya kelihatan sangat tua dengan daunnya yang jarang-jarang, tapi masih menabur bakti dengan berbuah lebat sentiasa. Berjuntai-juntai disana-sini. Daunnya kadang-kadang dipetik ibu saya untuk membungkus tapai beras pulut ketika musim hari raya. Tapi saya lebih menggemari tapai yang dibungkus dengan daun getah berbanding dengan daun rambai kerana rasanya yang sedikit kelat pada lidah saya.

Pokok Rambai disebelah rumah keluarga saya berbuah lebat

Walaupun sudah berusia tapi buahnya masih elok dan manis pula
      Inilah istimewanya tinggal dikampung. Redup pokok-pokok keliling kelalang rumah boleh mengubat kekusutan hati, tambahan pula jika pokoknya berbuah lebat. Begitu juga dengan pokok rambutan yang ditanam ibu saya sempena kelahiran anak saya 12 tahun nan lalu. Sekitar bulan Julai membawa ke Ogos, buahnya yang merah ranum itu boleh dipetik dan makan dibawah pokok sahaja. 
   Jika di Penang sekarang, buah duku ini boleh dibeli dengan harga sekitar RM3-3.30 sekilo, tapi dikampung saya buah ini tiada harganya kerana kebanyakan rumah masing-masing pokok ini berbuah lebat.

Pokok Dokong dihadapan rumah.Walaupun masih kecik, tapi sudah pandai berbuah lebat

Mengambil buah dokong untuk dibawa pulang ke rumah

Fuyyyooo...Berbuah sangat lebat.Alhamdulillah

Pokok buah katak puru yang ada disebelah tepi bahagian dapur rumah emak

Dimana-mana sahaja berbuah lebat.

Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

No comments:

Post a Comment