Thursday 27 November 2014

Resepi Pancake untuk minum petang ~ Ada kelainan ~

       Selalunya saya membikin pancake untuk sarapan pagi.Anak-anak pula memang tak pernah menolak jika saya menyarankan untuk bersarapan dengan pancake. Selalunya pancake ini dimakan bersama syrup strawberry (yang sentiasa ada distok simpanan makanan) atau madu.Tapi untuk kali ini saya sediakan susu pekat manis bersama coklat cip, baki dari biskut raya tempohari. 
       Jadi sekarang tak payahla membuang duit membeli tepung segera pancake yang harganya sangat mahal dipasaran. Untuk menghilangkan jemu, boleh juga mencampurkan coklat cip atau serbuk koko kedalam adunan. 

Pancake kegemaran anak-anak saya



Resepi Pancake yang sangat gebus
Bahan-bahan:-
4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 camca soda bikarbonat
1 camca yis (mauripan ~ rendam dalam air suam sampai naik buih)
3 camca mentega dicairkan
1/4 cawan susu cair
esen vanila
garam dan gula
air masak

Cara-caranya:-
Pukul telur bersama sedikit garam dan gula. Masukkan tepung gandum yang telah diayak dengan soda bikarbonat. Masukkan mentega cair, susu cair, yis, esen vanila dan air masak. Kacau sampai rata dan likat. Biarkan selama 1/2 jam. Panaskan kuali dan cedokkan 1 senduk adunan dan bakar. Bila nampak ianya kering dibahagian atas kalihkan dan angkat.

**Cadangan Hidangan : Sedap dimakan bersama syrup strawberry, madu, kaya atau buttercup.

Kegebusannya terserlah

Saya hidangkan bersama susu pekat manis & coklat cip

Emmm...Syedapnya..!

Enak dimakan kala pagi atau petang

Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

Wednesday 26 November 2014

Part 2 - Sekitar Majlis kahwin ~ Goodie bag dan bilik pengantin (DIY)


     Masih bercerita sekitar majlis kahwin adik saya yang berlangsung pada 5 Jun tempohari. Kali ini saya kongsikan persiapan menyediakan goodie bag untuk tetamu. Dalam satu plastik kecik kami isikan dengan sumi, coklat dan biskut wafer. Semuanya dalam kos yang minima.Ada 2 jenis yang kami buat. Satu untuk tetamu dari dekat, menggunakan paper berwarna coklat dan dihias bersama reben dan paper doilies dan satu lagi yang bercorak polka dot juga berhias reben & paper doilies untuk tetamu jauh.
Sumi / gula-gula dan biskut wafer 

Paper doilies digunakan untuk menyediakan goodie bag kami
goodie bag simple sesuai dengan budget yang berjaya disiapkan
Goodie bag untuk tetamu jauh bercorak polka dot.Murah sajer harganya.Kami beli di Mydin


Taraaa..sudah siap.
Adik saya turut sama menyiapkan goodie bag untuk si abangnya

Tengok..! cantik tak kami berposing dengan beg kertas ni..?
Persiapan bilik tidur pengantin tidak kurang penatnya. Beberapa hari sebelum majlis saya sekeluarga dah tiba kerumah keluarga. Barangan dan hiasan termasuk tirai diberi pinjam oleh teman sekerja saya. Jadi memang save la budget. Sesuaila dengan motto kami cantik & save budget...hihihii..
Adik saya tekun memasang dawai untuk tirai katil
Kami memasang satu lampu bermentol kuning untuk menyerlahkan hiasan bilik

Cadar milik adik saya. kelambu putih itu pula saya beli dengan harga RM60. Bunga yang tergantung itu juga saya bikin sendiri

Semuanya hasil usaha & kerjatangan kami semua

Saya bersama adik lelaki yang menjadi raja sehari

Saya dan En. Somi orang yang banyak bertungkus lumus menyediakan bilik pengantin yang serba ringkas 

Lega..segalanya siap sempurna seperti yang dirancang
Tiba masa untuk meja santapan pengantin. Bilik tidur pengantin sudah siap..kami beralih pula ke meja santapan pengantin yang juga mendapat sentuhan kami semua. Tirai belakang yang berwarna merah bata & putih adalah milik emak saya.Ianya merupak tirai untuk katil tapi kami buat untuk meja santapan. Kain putih itu pula milik teman sekerja. 
hasil sentuhan kami semua.Ringkas saje kerana kami dipihak lelaki

Pengantin dan ibubapa kedua belah keluarga makan bersama

Ikan  siakap masak 3 rasa hasil masakan adik dan dihias oleh tangan saya

Simple aje..cabai merah satu kemestian..!

Udang goreng kunyit..dicucuk keatas seketul nenas dgn penyucuk lidi sate


Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

(Part 1) Sekitar Majlis Kahwin ~ Hantaran, bilik tidur, Meja pengantin secara DIY ~

~ 5 June 2014 ~

   Tak banyak yang dapat saya citerkan tentang kisah kenduri adik lelaki saya yang jatuh pada 5 Jun '14 yang lalu, sebab dah hampir 6 bulan ianya berlalu, cuma pada hari ni saja saya berjaya 'merekod'nya. Untuk kenduri kali ni, kami memang tak bercadang untuk menyewa sebarang pelamin dan bilik tidur kerana kami berada dipihak lelaki. Disebelah perempuan memang mereka menyewa pakej lengkap termasuk jurufoto yang diupah.
     Untuk itu tugas kami sekeluarga memang agak berat kerana perlu menyediakan hantaran, pelamin, bilik tidur dan meja santapan pengantin sendiri. Sekitar 2 bulan sebelum majlis, kami telah berbincang dan merekodkan dalam satu buku jenis-jenis hantaran untuk kedua-dua pihak berserta tema warna masing-masing. Untuk hantaran sebelah pihak perempuan kami memilih warna jingga & sebelah lelaki pula kami memilih hijau lumut. 
       
Sebahagian hantaran bertema hijau lumut dari pengantin lelaki ke pengantin perempuan


Kek perkahwinan 2 tingkat (tanpa berkaki) yang ditempah.Harganya RM45



Kek hantaran dari pihak perempuan untuk adik lelaki saya

bertemakan jingga


Tema Jingga dari pengantin perempuan untuk pengantin lelaki

Sirih junjung yang hasil kerjatangan kami adik beradik.Takla menarik sangat kerana kekurangan daun sirih

     Setelah jelas tentang segala macam jenis hantaran dan tema yang dimahukan, bermulalah hari untuk membeli kelengkapan dan menyediakan bekas hantaran.Pulang dari kerja, saya cuba siapkan satu atau 2 jenis hantaran.

set tali pinggang dan purse untuk lelaki




Hantaran untuk minyak wangi. Simple saja, cuma banyak berhias dengan bunga-bunga plastik bertemakan jingga

Seluar dan baju untuk lelaki digubah menjadi sebuah buku

Bekas untuk cincin. Saya kitar semula dari bekas hantaran lama kepunyaan adik perempuan saya

set lengkap jam tangan untuk lelaki & perempuan

Kasut lelaki..Ramai yang tak suka kasutnya dibalut cenggini..tapi saya teruskan jugak..

Lagi hantaran miyak wangi

Deretan hantaran yang berjaya disiapkan untuk pengantin lelaki 



Bekas hantaran bertema hijau lumut dari pengantin lelaki untuk perempuan

Coklat hasil gubahan adik perempuan saya



adik saya tekun menyediakan hantaran coklat

Kasut untuk pengantin perempuan bertemakan hijau lumut, berhias bulu-bulu ayam yang comel.

Baulu dan sumi diletakkn kedalam bekas 
Begini rupenyer setelah tutup bekas dibuka
Bunga telur dan pulut semangat. Pulut itu dimasak dan disediakan oleh bapa saya.
Bekas untuk mengisi gelang tangan untuk upacara membatalkan air sembahyang.Bekas emas berkaki saya beli dengan harga RM4.90. 
pengantin semasa akad nikah
Upacara menyarung cincin
Adik saya dan isterinya mengenakan persalinan jingga dirumah pengantin perempuan
Kmai sekeluarga bergambar kenangan
Katil pengantin dirumah pengantin perempuan

Sumi berbentuk buah-buahan. Asalnya kelopak bunga hiasan itu kosong, tapi saya sapukan gam dikelopak dan taburkan dengan serbuk berwarna emas supaya lebih glamour gitu









Khemah bertemakan hijau dirumah saya.Harga pakej hanya RM350


Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd