Monday 16 February 2015

Cerita saya sebagai ejen Dropship ~ Rezki saya disini


      Salam untuk semua...Lama saya tak menulis di sini..Agak rindu....huhuuhu..Semenjak 2 menjak ni piyuk belanga saya tolak tepi..Oven dan dapur saya juga senyap tak berasap.Masa memang mencemburui saya.Kesibukan saya agak-agak setara ngan retis dah..heh..heh..
Selain bekerja dipejabat saya gagahkan dan beranikan diri menceburi bisnes online (Dropship). Inilah topik yang saya mahu ceritakan. Satu hari nanti, bila tua-tua (Kalau umur panjang) mungkin saya dapat mengingat kembali perkara yang seronok yang saya lakukan dan Ini salah satunya...!
 Saya agak pemalu orangnya dan lebih suka low profile dalam segenap segi. Ini sifat semulajadi dan tak dapat saya ubah walaupun saya cuba. Jadi bisnes sebegini amatlah sesuai dengan jiwa saya. Tak perlu bertemu customer..tak perlu ayat memujuk bagai..takde perasaan kecewa jika ditolak...dan yang paling penting...tak perlu modal walau sesen..!
        Keuntungannya memang lumayan..Untuk masa sekarang setiap hari duit yang masuk adalah lebih dari gaji saya bekerja 8 jam dipejabat. Saya bukanlah seorang yang gila duit..jauh sekali untuk menjadi kaya..tapi lebih kepada mencuba sesuatu benda baru yang takde kerugian ape-ape dipihak saya. Wassap, Wechat, FB saya manfaatkan menjadi wang bukan sekadar bersahabat semata.
       Langkah pertama saya bermula dengan mencari supplier/pemborong untuk handbag, kasut, jubah pakaian dan barangan kecantikan. Saya mendapat harga yang sangat rendah untuk saya jual.Selepas pastikan tiadanya unsur-unsur penipuan (Sebab mereka juga mempunyai sekelompok group whatssap dan saya adalah salah seorang daripada mereka) saya meminta mereka menghantar gambar produk berserta harga sebagai ejen.(harga yang lebih rendah)
      Setelah mendapat gambar-gambar produk berserta harganya, saya mencari ejen-ejen dibawah saya. Sehingga sekarang saya mempunyai 8 ejen yang aktif  di whatssap/WeChat . Saya meletakkan harga seminima mungkin untuk memberi peluang kepada mereka-mereka untuk berniaga. Contohnya untuk QU PUTEH (gambar dibawah) yang femes sekarang ni,diasaskan oleh Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida)  harga dipasaran sekarang adalah RM250, tapi saya diberi harga yang rendah oleh supplier saya jadi harga yang saya letakkan untuk group saya hanya RM205 termasuk postage. Bayangkan mereka dapat keuntungan sebanyak RM45 untuk produk ni.Sejuk-sejuk jer masuk poket.

 
Untuk melihat-lihat lain-lain produk bolehla menghubungi saya di 0148103803.....(Whatsapp/telegram). Ada lebih dari 600 produk (bergantung pada stok barangan) yang saya ada..

Yang berminat menjadi ejen Dropship juga dipersilakan. Saya addkan anda dibawah satu bumbung agar senang untuk berkongsi niaga. Dipersilakan...saya ada di 0148103803 (Whatsapp/telegram).

 
                   

Inilah QU PUTEH: Harga dipasaran adalah RM250, tapi untuk ejen dropship kendalian saya, saya letakkan harga cuma RM205 termasuk postage



Sebahagian barangan yang mendapat sambutan yang menggalakkan. Tak sampai sejam saya promote di FB saya menerima 2 order dari cust. untuk tudung Instant Shawl Marion.

Ini pula Blouse New Clara yang saya postkan di FB ~ 3 order untuk blouse ini dalam masa tak sampai sejam dipostkan..Syukur..

Ini salah satu jubah yang mendapat banyak respon dari cust.

Saya mendapat baju yang cantik ini dari Supplier berasal dari Indonesia. Sangat cantik dan murah harganya berbanding dipasaran. Sesuai untuk majlis kawin..
     Tidak cukup dengan melayari internet untuk melihat harga dipasaran sekarang , saya mengunjungi pula supermarket2 dan menanyakan harga disetiap kaunter untuk produk tersebut. Begitu tinggi komitmen saya sebab saya nampak peluang yang cerah dgn bisnes online cara sebegini.
Saya window shopping sambil berbisnes. Sambil mencuci mata dan poket di supermarket, duit saya dalam bank saya bertambah. Alhamdulillah..
    Saya sentiasa mohon pertolongan dan petunjuk dari Yang Maha Esa. Saya selalu berkata dalam hati "kenapa saya rasa saya berhak mendapat kerja dan gaji yang bagus selayaknya sebagai orang berijazah dan hampir 13 tahun pengalaman kerja tapi takde peluang kerja yang bagus utk saya walau bermacam interview saya hadiri?". Persaingan disini (Penang) sengit..Saya akui...Bukan mudah berlumba dicelah-celah bangsa Tionghua yang rata-rata paling kurang memiliki dan mahir  3 bahasa (mandarin/hokien/Bahasa Melayu dan English).
Kerja saya tak layak dipanggil sangat bagus, secukup rase jer...tapi Alhamdulillah..ini jalan yang dilorongkan ALLAH untuk saya. berbisnes dan dalam masa yang sama bekerja secara full time dipejabat. Walaupu sedikit kepenatan melayani customer dan supplier yang sentiasa mengupdated barangan terkini, tapi saya merasa sangat puas. Puas kerana dapat memajukan dan mengukur potensi diri. Jika sebelum ini, pulang dari pejabat saya rajin membakar kek, atau mengukus puding, atau menyediakan waffle, tapi sekarang En. Somi terpaksa bersabar kejap, sebab saya sibuk melayani handbag, jubah, kasut dsbnya.HUHUHU...

Baju ala Siti, saya jual hanya RM80 sahaja termasuk postage.

Handbag Dior Grade AAA. 3 beg dalam satu harga. Hanya RM135 shaja termasuk postage


Jubah Sakura: Pelbagai warna dan secantik nama. Bunga-bunga sakura dijahit tabur diatas dress. Harganya hanya RM110 termasuk postage

Handbag jenama Jimmy Choo , Grade AAA (80-90% original- Tak sama yang di pasar malam / tak de grade. Harganya hanya RM130 untuk 2 beg

Couple Set Bovis: 1) Wallet grade AAA, 2) Rayban kaca Grade AAA, 3) Spek Channel/Gucci, 4) Watch Fossil 5) Free 2pcs perfume: Harga RM180 termasuk postage. Sesuai untuk Hantaran. Nampak berprestij dan lengkap barangannya
Jenama Dkny
Gred AAA
Perfume gred AAAAA

Beg sahaja RM120
Set RM140

Harga yang sama spt diatas untuk jenama DKNY, tapi berbeza bentuk dan warna shj.



Cadar Patchwork: Untuk yang malas kemas katil, cantik terletak sentiasa. Harga RM135 termasuk postage

Lagi cadar Patchwork..pelbagai lagi corak yang menarik utk yang berminat



DROPSHIP TU APE?

Dropship sebenarnya salah satu cabang perniagaan internet cara mudah dan simple.

1) Tanpa modal
2) Tak payah pos barang- Semua supplier yang uruskan mengikut alamat lengkap cust. kite yang kite berikan kepada suplier
3) Harga bergantung kepada diri sendiri nak letakkan berapa
4) Tak payah jumpa customer
5) Tak perlu simpan stok barangan
6) Untung atas angin
7) Ada internet- FB, Wassap, WeChat dah boleh buat kerje.

KAEDAH DROPSHIP


Dropship adalah memerlukan anda mempromote barang tersebut dilaman sosial,laman-

laman pengiklanan dan sebagainya. Sesuatu yang menarik, anda tidak perlu beli stok

ataupun menyimpan stok. Anda hanya perlu ambil gambar produk tersebut, iklankan. Bila 

anda dapat tempahan, anda hanya perlu hubungi supplier produk tersebut dan supplier itu 

sendiri yang akan menghantarkan untuk anda. Sebut pula pasal harga, anda jual produk 

tersebut dengan harga pasaran dan anda bayar supplier tersebut dengan harga agent. 

Menarik bukan?




Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

Friday 6 February 2015

Jalan-Jalan di Pulau Pangkor

    Ini cerita percutian kami sekitar Julai '14. Kali pertama ke sini, tak ramai family saya yang mengikut tapi untuk kali ni, luarbiasa ramainya. Berderet dah macam rombongan Cik Kiah dah..Saya booking hotel dari Agoda seawal sebulan dari tarikh kami kesana untuk mengelakkan ketiadaan tempat penginapan. Tak banyak yang dapat di catatkan disini kerana banyak yang hilang dari ingatan dah..almaklumla..ini cerita sejak tahun lepas yang saya peruk lama dan baru hari ni tergerak untuk memaparnya disini.

Saya dan En. Somi  berlatarbelakang pemandangan yang cantik
Bilik Hotel kami yang besar dan selesa. 2 katil bersize queen tersedia.


Saya di chalet penginapan 

Sewaktu bersiar-siar malam harinya ternampak plk botol-botol Shisha yang boleh diguna oleh mereka-meraka yang berminat 


Menaiki motorboat untuk acara snorkeling

Damainya pagi dan kilauan air tersimbah cahaya matahari pagi menjadikan saya rindu nak kesana lagi..huuhuhu

Berada didalam motorboat untuk membawa kami ke Pulau untuk acara snorkeling dan 

Kelihatan ikan-ikan galak dalam air yang jernih




Anak-anak seronok bermain ombak

Tiba di Pulau, berfoto dululah..

Mencuba jet ski 

En. Somi melayan si kenit bermain pasir pantai

Sekeluarga bermain aktiviti pantai

Berehat sebentar di atas batu-batu besar yang banyak terdapat di Pulau

Kedai menjual pakaian terdapat di sepanjang jalan

Sepanjang jalan kedai pakaian, pelampung, makanan, souvenier dsbnya dijual

Bermain bola tampar dikawasan hotel penginapan

suasana petang yang nyaman..Kaum lelaki berpeluh ketiak bermain bola tampar

Saya kagum melihat chalet-chalet dibina menjajar naik keatas. 



Malamnya bersantai di tepi laut

Dari depan hotel penginapan

Kolam ikan yang dibina di depan hotel menyerlahkan lagi Hotel ini

Berfoto kenangan sebelum berangkat pulang

Add caption


Bersantai di kerusi didepan bilik Hotel sebelum berangkat pulang


Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

Wednesday 4 February 2015

Cerita Halal Fest 2015 di Penang ~ Mesti masukkan dalam agenda tahunan

    Kali terakhir saya ke Halal Fest adalah sekitar 3 ke 4 tahun yang lalu. Tak banyak yang singgah dalam ingatan saya tentang halal fest, cuma sesaknya manusia yang berkunjung dan ada pula acara testing2 makanan. Itu jer.. Tahun ni tergerak hati pula saya untuk mengunjunginya sekali lagi, itupun sebab takde aktiviti ujung minggu yang lebih bagus. Semetelah teringin pulak saya nak melihat Arena Sport PISA yang dah hampir bertahun dibaikpulih. Halal fest '15 berlangsung dari 30 Jan hingga Feb 1 '15.



Diruangan booth...

      Seperti yang saya agak, memang tempat ni menarik ramai pengunjung. Yang paling seronok setiap booth masing-masing memberi peluang kepada orang ramai merasa setiap produk yang mereka jual. Jam sudah memasuki ke angka 1.00 tghari, masa peyut saya meminta nasi. Disebabkan adenyer acara testing menesting makanan dari setiap booth, maka peyut saya takla meragam sgt...heh.heh...
     Ada kek lapis Sarawak yang rasanya sedap dan cantik tapi mahal harganya..saya agak berat kek tu tak sampai pun 1/2 kg, tapi harganya mencecah RM30..! Ada juga bermacam jenis chinese food (Yang pastinya Halal) seperti Dim Sum (dan macam-macam lagi yang tak saya ketahui namanya tapi yang pasti sedap dan halal).  Pelbagai jenis jenama kopi, coklat dan pelbagai jenis perisa air minuman yang diberi percuma kepada pelawat-pelawat.

Booth menjual makanan traditional. Ada kuih goyang, baulu cermai , kuih gunting dsbnya


Kuih wajik bercorak 'ikan'

     Ada beberapa pameran yang berjaya menarik hati saya seperti pameran kek perkahwinan yang sangat besar dan cantik. Saya membayangkan kek itu seperti dalam rancangan 'Cake Boss' yang bersiaran di channel TLC 707 dimana Buddy Valastro yang mencipta kek-kek tersebut. Huhuhu..

melaram bersama kek ala 'Buddy Valastro'.

Kek yang diberi nama 'Mahligai Cinta'...Syesyuaiii sgt..!

Syasya bersama kek-kek yang cantik. Sekali imbas cam bantal yang empuk ajer bentuk keknyer..

     Salah satu pameran lain yang menarik adalah pameran seniukir buah-buahan yang semuanya berseni halus dan berukir cantik. Diruangan lain ada pula pertandingan masakan dan kita boleh melihat chef-chef berpakaian seragamnya dan bertopi tinggi sibuk memasak pelbagai jenis masakan.

Anak-anak bersama ukiran buah-buahan yang sangat cantik. Salah satu ruang pameran yang mesti singgah..

Saya dan hasil gubahan yang diberi nama 'Royal Wedding'. Emm.. sesuaila sebab ade mahkotakan..?

Sungguh kreatif dan berseni

Sudut dimana chef-chef berpeluh ketiak menunjukkan bakat masing-masing dlm pertandingan masakan. Orang ramai boleh melihat cara mereka bekerja dan hasil masakan dari dekat.

        Memasuki ruang yang besar (Laksana memasuki panggung wayang, siap dengan kerusi dan aircond yang sejuk) booth2 yang dibuka lebih menarik dan tak sepadat dibahagian atas.
Bukan saja beraneka makanan , malah pakaian, tudung dan jubah-jubah cantik mendominasi pula diruangan ni. Ada pula pentas yang menunjukkan demo. masakan kari oleh chef berbangsa Inggeris.
      Apa yang menarik, ada pula artis tanahair yang turut sama membuka booth masing-masing seperti Siti Nordiana, Zul Yahya, Norman Hakim dan isterinya yang sarat mengandung. Petang itu Siti Nordiana menyanyikan lagunya yang popular sedikit masa dulu..sedap suaranya..

Diruangan mirip panggung wayang..lepas membeli makanan boleh lepak disini sambil melihat persembahan artis.
sekali sekala melaram ngan artis la plk..bersama Siti Nordiana yang membuka booth jubah berjenama 'Yang paling comel'..


Masa untuk pulang..Pulang dengan puas hati beb...
Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd