Wednesday 15 October 2014

Puding Gula Hangus Yang Simple Dan Gerenti Jadi

~ 16 Oct 2014 ~

   (Panjangnya tajuk saya kali ni...ekekeeke) Sebenarnya puding gula hangus ini saya bikin masa bulan Ramadhan tempohari, tapi disebabkan saya belum lagi menceburi (Cheeewah) bidang pembloggan ini, maka foto2 tu hanya terperuk dalam henpone cikai saya. Puding ini menjadi kegemaran adik lelaki saya. Jadi setiap kali saya membuatnya pada bulan Ramadan lepas, saya akan wassapkan padanya tentang puding ni, dan selalunya dia akan menjadi tetamu dirumah saya untuk acara berbuka puasa. Begitulah penangan puding ni pada dia yang agak cerewet memilih makanan.


Puding gula Hangus..Sangat gemilang warna kejadiannya..


Puding Gula Hangus Yang Simple & Gerenti Jadi

Bahan-Bahan:-
  • 1 tin susu cair (nak guna fresh milk pun boleh!)
  • 5 sudu besar gula halus
  • 6 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • sedikit sunquik (optional)
  • 1 camca tepung kastard (optional)

Bahan² untuk buat karamel (gula hangus)

  • 5 sudu besar gula pasir kasar 
  • 4 sudu besar air

Cara-caranya:-

1)  Masukkan 5 sudu besar gula ke dalam periuk....Bila hampir kewarna perang, masukkan 4 sudu besar air.Dan kacau.Masak gula guna api kecil atau sederhana....kena sentiasa pantau ye....tunggu sampai warna gula berubah jadi keperangan....macam gold gitu...bukan sampai hangus tau!! mentang² namanya gula hangus....agak² dah bertukar kaler perang tu terus tutup api....okeh??

2)  Dalam bekas/mangkuk lain, masukkan kesemua telur, gula, esen vanila & pati sunquik....kacau menggunakan garfu sahaja (Bukan menggunakan whisker @ pengadun kek).Ia adalah untuk menjadikan puding kita berlubang halus yang cantik.

3)  Then, tuang bancuhan tadi ke dalam acuan karamel/gula hangus....SILA TAPIS masa menuang! sebab dalam bancuhan tu kan ada ketul² telur tu....

4)  Seterusnya, kukus selama 30 minit dengan api sederhana....atau sehingga puding betul² masak....


Puding gula hangus

Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

No comments:

Post a Comment