Saturday 11 October 2014

Kek Butter Oren yang Gebus

   Anak sulung saya memang hobinya adalah makan. Jadi apabila saya suarakan nak buat kek butter oren, dia nampak seronok dan jadi tak sabar nak merasanya. Dalam keadaan yang sedikit tergesa-gesa kerana baru pulang dari tempat kerja, saya mengangkat segala bahan untuk membuat kek dan mula mengodeknya. Hasilnya boleh tahan, dengan harum kek oren memenuhi segenap ruang rumah membuatkan saya jadi tak sabar memotongnya. 
Kek Butter Oren


Enak dimakan ketika sejuk



Bahan-bahannya:-

260 gm butter (pastikan butter pada suhu bilik)
1/2 tbsp Ovalett
1 cawan gula kastor ( asingkan 2 tbsp gula untuk dipukul bersama putih telur)
2 cawan self raising flour
4 biji telur grade A (asingkan putih dan kuning telur)
2 or 3 biji oren diparut kulitnya (hanya parut kulit yang kuning dan jangan sampai isi putih...nanti rasa pahit pula) dan hanya diperlukan jus perahan oren dari 2 biji oren sahaja
1 tsp orange paste/sunquick(optional)
sedikit serbuk koko (optional)
Cara membuatnya:-

1. Panaskan oven pada suhu 175*C. Lenserkan loyang 8x8x3" dengan butter. 

2. Pada kelajuan tinggi mixer, pukul butter,ovalett dan gula hingga putih.
3. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul hingga gebu.
4. Masukkan pula parutan kulit oren, orange paste/sunquick serta pewarna oren dan pukul hingga sebati.
5. Kemudian, sambil pukul adunan, masukkan tepung diselang-selikan dengan jus oren sampai habis.
6. Dalam mangkuk yang lain, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan 2 tbsp gula yang diasingkan tadi, pukul lagi hingga putih telur menjadi kental (meringue).
8.Gaul putih telur kedalam adunan no 5 secara kaedah kaup balik hingga sebati. 
9. Tuang adunan kedalam loyang atau acuan silicone.
10.Bancuh serbuk koko dengan air panas .Tuang dan lorekkan keatas kek.
11.Bakar  selama 40-45 minit atau hingga masak.

Itu sahaja caranya...Mudahkan...SELAMAT MENCUBA.

Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

No comments:

Post a Comment