Thursday 29 January 2015

Resepi Preitzel ala Auntie Anne's ~ Renyah tapi berbaloi menyediakannya

    Saya terliur dengan preitzel dikaunter Auntie Anne's semasa aktiviti santai2 kat Queensbay tempohari..Luarannya nampak biasa-biasa jer, tp bila masuk ke mulut, emm.. memang sedap. Inilah salah satu makanan yang simple tapi sedap bagi saya. 

    Pulang dari situ saya berazam sendiri nak mencari dan membuat sendiri preitzel..dan akhirnya berjaya jugak.Rasanya mestila tak setanding 'Makcik Anne's, tapi puas hati ..itu yang penting sebab berjaya juga menyediakan Preitzel untuk makan petang anak-anak.

Preitzel  yang ditaburi almond diatasnya
Preitzel bersalut coklat 

Ditaburi gula diatasnya.



Bahan-bahan ( 12 keping )

  • 1 paket yis
  • 4 cawan tepung serbaguna
  • 1 biji telur dicampur 1 sudu makan air dan dipukul. (Untuk disapu atas pretzel sahaja)
  • 1 1/2 sudu teh Garam
  • 1 sudu makan gula
  • 2 sudu makan mentega yang dicairkan.
  • Minyak sayur (untuk sapuan sahaja)
  • 6 cawan air + 1/3 cawan doda bikarbonat dimasak atas dapur sehingga mendidih.

Hiasan/perasa tambahan (mana-mana pilihan jika suka)

  • Garam laut (sea salt flakes) – untuk hiasan boleh juga guna gula atau serbuk kayu manis..boleh didapati di kedai peralatan kek.
  • Coklat masakan/nuttela
  • Gula karamel

Cara-cara

  1. Masukkan garam, gula dan yis di dalam air suam. Biarkan seketika selama 5 minit tanpa dikacau.
  2. Setelah 5 minit. Masukkan tepung serbaguna satu demi satu pada kelajuan yang rendah (minimum) di selang selikan dengan mentega yang telah dicairkan.
  3. Uli dengan pemutar kek selama 7 minit. Jika diuli dengan tangan doh perlu diuli selama 10 ke 15 minit.
  4. Siap diuli..sapukan minyak sayuran pada mangkuk yang bersih. Ambil doh dan bentukkan menjadi bulat. Letak dlm mangkuk dan sapukan minyak sayuran atas doh supaya permukaannya licin.
  5. Tutup dengan plastik kedap udara selama 1 jam di kawasan yang lembab/tidak sejuk (suhu bilik).
  6. Selepa sejam, ambil doh tersebut dan bahagi kepada 2 bahagian. Setiap 1 bahagian dibahagikan menjadi 6 ketulan kecil.
  7. Uli memanjang menjadi seperti tali dan bentukkan menjadi huruf ‘U’. Ambil hujung doh bawa ke bawah dan tekan hujungnya. Ulangi langkah ni hingga semua doh siap
  8. Di atas dapur: didihkan air yang dicampur soda bikarbonat. Setelah air mendidih masukkan doh yang dibentuk tadi 1 demi 1 selama 30 saat dan angkat dengan spatula.
  9. Sapu dulang pembakar dengan minyak sayuran. Susun atas tray.
  10. Sapukan telur pada setiap doh. Taburkan garam laut/sea salt (garam biasa pon boleh juga) atau serbuk kayu manis. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 10 -15 minit.
  11. Biar pretzel menjadi warna keperangan baru diangkat.. biar seketika lebih kurang 3 -5 minit sebelum dihidangkan.
  12. Jika suka, bolehlah celup pretzel tersebut dalam coklat cair atau boleh juga dalam gula karamel dan biarkan sekejap untuk ianya membeku. Pasti memikat selera siapa sahaja yang melihat.

Auntie Anne's Recipe

Ingredients:

1 1/2 cup warm water
1 1/8 teaspoon active dry yeast
2 tablespoons brown sugar
1 1/8 teaspoon salt
1 cup bread flour
3 cups regular flour
2 cups Warm water
2 tablespoons baking soda
to taste coarse salt
4 tablespoons butter (melted)


Turn this recipe into a puzzle! [click]

Directions:

Sprinkle yeast on lukewarm water in mixing bowl; stir to dissolve. Add sugar, salt and stir to dissolve; add flour and knead dough until smooth and elastic. Let rise at least 1/2 hour. 

While dough is rising, prepare a baking soda water bath with 2 cups warm water and 2 Tbsp baking soda. Be certain to stir often. After dough has risen, pinch off bits of dough and roll into a long rope* (about 1/2 inch or less thick) and shape. Dip pretzel in soda solution and place on greased baking sheet. Allow pretzels to rise again. Bake in 450 oven for about 10 minutes or until golden. Brush with melted butter and enjoy! 

Toppings: after you brush with butter try sprinkling with coarse salt. or for Auntie Anne's famous Cinnamon Sugar, try melting a stick of butter in a shallow bowl (big enough to fit the entire pretzel) and in another shallow bowl make a mixture of cinnamon and sugar. Dip the pretzel into the butter, coating both sides generously. Then dip again into the cinnamon mixture. Enjoy! 

* The longer and thinner you can make the dough rope, the more like Auntie Anne's they will be. (Of course I don't have the counter space!)

Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

2 comments:

  1. cantik dyorang punya deco...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat datang ke blog mama mia...biase2 jer Cik Candy..Blog baru nak 'jalan'...

      Delete