Friday 24 July 2015

Kelebihan Surah Al Insyirah ~ Satu amalan yang tak harus di tinggalkan


Kelebihan Surah Al Insyirah - Sewaktu membeli supplement untuk minda (otak), si penjual yang juga merupakan kawan saya ada memesan supaya membaca surah al Insyirah sebelum menelan pil/kapsul minda tersebut. Saya yang jarang menggunakan surah al Insyirah dalam kehidupan harian agak tertanya-tanya apakah rahsia dan kelebihan surah al Insyirah dan kaitannya dengan makanan untuk otak tersebut?

Sesampai di rumah, saya terus meendapatkan tafsir al Quran dan mencari rahsia dan makna di sebalik surah al Insyirah tersebut.



Surah al Insyirah 







Bacaan dalam rumi:

‘Alam Nashraḥ Laka Ṣadrak, Wa Wada‘nâ ‘Anka Wiz-Rak, ‘Allazii ‘Anqada Ẕahrak,  Wa Rafa‘-Nâlakaẓikrak, Fa-‘Inna Ma-‘Al-‘Usri Yusrâ, ‘Inna Ma-‘Al ‘Usri Yus-Râ  Fa ‘Izâ Faraġta Fanṣab  Wa ‘ilâ Rabbika Farġab


Maksudnya:


Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang.

Terjemahan Surah Al-Insyirah.


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

1) Bukankah kami telah melapangkan bagimu, Dadamu (wahai Muhammad dengan mengisi petunjuk dan hidayah)


2) dan Kami telah meringankan daripadamu : Bebanmu (menyiarkan Islam)


3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan pelbagai kemudahan dalam melaksanakannya)


4) dan Kami telah meninggikan bagimu : sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)


5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan


6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan


7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh) maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)


8) dan kepada Tuhanmu saja tempat engkau memohon. (apa yang engkau gemar dan ingini)


Keterangan Surah al Insyirah


Erti terbuka dada Muhammad ialah senang hatinya, dan tenteran jiwanya, kerana telah memperoleh ilmu pengetahuan (wahyu) yang dianugerahkan Allah  kepadanya. Sebetulnya nama nabi Muhammad itu telah ditinggikan Allah, iaitu namanya mahsyur di mana-mana. Tiap-tiap azan terdengar nama Muhammad. Di mana-mana pun di seluruh dunia mengenali Nabi Muhammad.
Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari yang kemudian, jika ditimpa musibah, ia teringat akan firman Allah ini, iaitu, "Di samping kesusahan ada kesenangan, di samping kesempitan ada kelapangan. Sesudah bala menggoda, di belakangnya nikmat berlipat ganda. Sebab itu ia tidak berduka cita atau berkeluh kesah atas cubaan dari Allah itu. Kerana ia mempunyai kepercayaan, bahawa Allah akan mengganti kesusahan itu dengan kesenangan, jika tidak hari ini mungkin esok hari. Inilah orang yang berhati sabar, yang tidak berputus asa kerana ditimpa satu cubaan melainkan ia terus berusaha untuk mencapai hajatnya. Adapun orang yang tidak beriman kepada Allah, maka ia sangat berkeluh kesah dan berduka cita kerana ditimpa sesuatu bala, kadang-kadabg ia membinasakan dirinya sendiri. Inilah bahayanya jika tidak beriman kepada Allah.

Dan kepada Allah, berharaplah!


Kelebihan Surah Al Insyirah


1. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".

2. Barangsiapa membiasakan membaca Surah Al-Insyiraah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya. 


3. Sesiapa yang membaca Surah Al-Insyiraah nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat. 


4. Barangsiapa membaca Surah Al-Insyiraah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan. 


5. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah jadi wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, nescaya hilang dukacita nya dan mengurniailah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya dengan beberapa banyak. 


6. Siapa-siapa sentiasa banyak membaca Surah Al-Insyiraah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas. 


7. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan mudah oleh Allah s.w.t. akan rezekinya. 


8. Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 40 (empat puluh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya kekayaan. 



Kelebihan membaca surah al Insyirah ketika susah:

Siapa-siapa susah pada suatu pekerjaan, hendaklah sembahyang dengan cara yang tersebut di bawah ini, nescaya sampai maksudnya, iaitu: 

1. Sembahyang sunat dua rakaat. 


2. Pada tiap-tiap rakaat baca Surah Al-Fatihah dan surah (mana-mana surah) 


3. Lepas sembahyang, duduk menghadap kiblat dengan tetap bersungguh-sungguh ingatlah akan Allah s.w.t., dan baca Surah Al-Insyiraah sebanyak bilangan hurufnya. 


4. Sesudah membaca Surah Al-Insyiraah, pohonkanlah apa-apa yang di hajati daripada Allah s.w.t. 


a) Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 200 (dua ratus) kali pada tiap-tiap hari ketika matahari naik (waktu dhuha), nescaya memperlihat oleh Allah s.w.t. kepadanya perkara-perkara yang ajaib.
  
b) Siapa-siapa berhajat sesuatu perkara, bacalah Surah Al-Insyiraah 700 (tujuh ratus) kali atau 1000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari selama ia mengusahakannya, nescaya beroleh apa-apa yang di hajati. 
  
c) Siapa-siapa menulis Surah Al-Insyiraah pada suatu bekas dan menghapuskannya dengan air mawar kemudian minum, nescaya hilang dukacitanya dan terpelihara daripada terkejut.

Insya Allah, semoga perkongsian ilmu yang sedikit di atas dapat memberikan 1001 manfaat dan kebaikan kepada kita semua.




Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015 ~ Sedondon berbaby Blue

Salam Aidilfitri untuk yang sudi menjengah blog saya.Masih tak terlambat untuk kami sekelurga mengucapkan selamat hari raya aidilfitri mohon maaf zahir batin jika terdapat sebarang kata-kata yang mengguris hati sepanjang hampir setahun saya berblogging.

Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin untuk semua.

Sedondon berbaby blue..Berfoto kenangan bersama ibu dan ayah saya

  Syawal kali ini jatuh pada 17 Julai dan kami menyambutnya di tanah kelahiran saya, Kampung Tok Dir, Selising Pasir Puteh Kelantan. seawal 3 ari sebelum raya kami sekelurga selamat tiba ke kampung halaman. Adik-beradik saya yang seramai 7 orang bersama pasangan masing-masing juga berhari raya bersama. Alhamdulillah..setelah lama tak bersua , akhirnya dapatlah bersama..usik mengusik, gelak tawa memenuhi setiap ruang rumah pusaka keluarga.
   Seronok melihat balang-balang biskut raya tersusun rapi di bahagian dapur. Masing-masing menunjukkan bakat bercookies. Adik ipar saya menyediakan biskut tart nenas, jejari oat dan biskut nestum sementara adik perempuan saya menyediakan biskut untaian kasih, biskut dahlia, cornflakes madu dan beberapa jenis biskut raya yang ditempah spt jejari oat, biskut coklat dan banyak lagi.
Saya pula hanya setia dengan 4 jenis biskut, jejari oat, samperit susu, biskut oat kelapa dan biskut arab. Bayangkan apabila biskut2 ini bersatu, memang penuh mejalah jawabnya.


Biskut Oat kelapa hasil air tangan saya

Biskut Jejari oat- Biskut yang paling laku 

Biskut Arab

Biskut semperit susu

Biskut arab

    Menu raya saya lebih banyak kali ni.Ketupat palas dan tapai pulut hasil air tangan ibu saya, rendang ayam, gulai daging, nasi himpit yang dimakan bersama kuah kacang hasil masakan saya menjadikan kami kekenyangan. Ade pula nasi dagang lauk ikan aya dan gulai serati yang di hantar oleh sanak saudara saya menjadikan raye kali ni berat badan saya confirm bertambah.Huhuhu..
    Malam raye seperti biase laman rumah dipenuhi kanak-kanak yang datang untuk bermain  mercun dan bunga api.Pelita-pelita raya yang dipasang memenuhi laman rumah pusaka keluarga menjadikan suasana lebih hidup dan meriah. Tahun ini saya mensponsor lampu lup lip- lup lip agar rumah kami lebih berseri. Dalam sibuk memasak rendang dan gulai daging sempat juga saya menjengah laman rumah melihat kanak-kanak riang bermain bunga api..suasana yang jarang kita lihat pada hari biasa.

Rumah keluarga menjadi tempat utk kanak-kanak berkumpul pada malam raya. Photo ini disnap oleh adik saya 4 ari sebelum raya sebaik saja lampu lup lip yang saya sponsor selamat tergantung
 
      Selepas solat Aidilfitri, rumah kami mula dikunjungi sanak saudara dan rakan taulan. Petangnya sanak saudara dari Kota Bahru pula datang berkunjung. Sejak nenek dan datuk saya meninggal dunia memang sangat jarang kami menjengah sanak saudara sebelah sane.Rindu tu memang ade sebab kami sekeluarga pernah tinggal disana selama hampir 5 tahun sebelum pindah ke Gua Musang dan kembali menetap di Kg Selising ini. Tapi apakan daya, kekadang masa yang terhad dan masa yang kadang-kadang tak mencukupi pun bersama keluarga sendiri menjadikan ianya bukanlah satu bebanan yang berat.
     Jika pada tahun lepas kami 4 beranak sedondon berbaju hijau lumut tahun ni warna baby blue pula menjadi tema kami. Walaupun sedari awal saya plan untuk memilih emerald green, tapi hati tertarik pula pada baju biru sedondon yang dipasang pada patung di salah satu butik pakaian di Tesco baru-baru ini. Harganya hanyalah RM139 untuk setiap pasang baju.
      Semoga Aidilfiti tahun depan dan tahun-tahun seterusnya kami kekal ceria bersama. Tautan kasih sayang kami sekeluarga moga sentiasa utuh sampai hayat di kandung badan. Sesungguhnya ibu bapa saya pandai mengajar kami adik beradik agar sentiasa bersatu dalam apa sajer keadaan. Bukan sedikit cubaan dan badai yang melanda kami, tapi berkat eratnya ikatan keluarga, semuanya berjaya di atasi dan kami kekal atas paksi 'Keluarga Pokya Hepi Sokmo'. Ya Allah..! berkatilah keluarga kami, kurniakanlah zuriat dan keturunan yang terbaik buat kami dan murahkanlah rezki untuk setiap ahli keluarga kami.Ameen...!

Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

Wednesday 1 July 2015

Resepi Kuih Nekbat~ Jadi pilihan warga Kelantan di Bulan Ramadhan

Di bulan-bulan puasa memang kuih Nekbat jadi pilihan keluarga saya sejak turun temurun lagi. Tak mustahillah biarpun kami adik beradik nun jauh berada di Pulau Mutiara, ayah tak lupe menghantar kuih nekbat (kering) untuk kami semua. Tima kasih untuk ayah dan mek..
     Bulan ramadhan memang banyak membangkitkan ingatan saya pada kampung halaman. Banyak kuih muih yang saya suka makan di bulan ramadhan tak nampak hatta bayangnya disini contoh macam jala mas, bunga tanjong, puding tembikai dan banyak lagi. Kuih akok walaupun ade dijual di sini tapi sudah pastinya rase tak sehebat akok Pasir Mas yang dibakar menggunakan sabut kelapa. Sangat lemak dan harum baunye.
       Jika berkesempatan balik berbuka di Kelantan saya sering meminta ayah membeli kuih akok Pasir Mas yang special ni. Begitu juga dengan air nira atau kami panggil air tuak memang sinonim dengan masyarakat Kelantan apabila tibanya bulan Ramadhan, pun takde langsung kelibat bayangnya disini.
Air tuak yang berwarna putih keroh telah menjadi air kegemaran En. Somi dan jika pulang berbuka puasa di Kelantan, sempat juga kami singgah beli air tuak yang dijual disepanjang jalan menuju ke Kampung saya.
            Berbalik kepada Nekbat tadi, disebabkan penyediaannya amat mudah, jika pulang lambat dan tak sempat menyediakan kuih untuk berbuka puasa, saya  menjadikan kuih nekbat ini sbg alternatif.

Kuih yang menjadi pilihan orang Kelantan apabila tibanya bulan Ramadhan
Kuih nekbat yang siap dimasak dengan syrup gula

Sangat gemilang warnanya..


Bahan-Bahan:-
7 biji Nekbat kering
Gula pasir - Kena lebih sebab kuih ni mesti kena manis
daun pandan
bunga cengkih
pewarna oren
4 cawan air

Masak air diatas dapur.Masukkn gula, bunga cengkih daun pandan dan pewarna oren.
Bila air gula dah mendidih, masukkn nekbat kering. jangan dikacau dikhuatiri kuih tu boleh hancur.tutup api dan angkat.


Bentuk kejadiannya sangat elok. Berada plk dlm pinggan klasik begini..Memang serasi.

Bentuk kuih nekbat kering (Yang belum dimasak dengan syrup gula)



   
Yang ni pulak resepi untuk membuat kuih nekbat kering:-

Bahan-bahannya:

1kg tepung beras
12   biji telur ayam
500g gula
5 helai daun pandan

Cara menyediakannya:

·  Tepung beras di sanggai dengan api sederhana sehingga kering. Biarkan ianya sejuk. Telur dipukul hingga kembang dan berbuih.
·  Panaskan acuan dan sapu acuan dengan minyak kemudian taburkan sedikit tepung didalam adunan telur sedikit demi sedikit.
·  Tuang adunan tepung ke dalam acuan dan bakar hingga kuning.
·  Untuk siranya, masukkan 2 gelas air dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih, masukkan nekbat yang telah siap dibakar.




Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd