Thursday 20 November 2014

Resepi Bubur As-Syura gaya Penang ~ Saya tak ade masalah dengannya ~

    Bubur As Syura gaya Penang..Inilah rupa bentuknya.Berbeza sekali dengan yang terdapat di Kelantan. Saya tak pernah berkesempatan bersama-sama mengacau bubur ini disebabkan tuntutan kerja. Nasib baiklah setiap tahun emak mertua saya bermurah hati membekalkan kepada kami. Walaupun saya tidak mempunyai masalah dengan bubur ini, tapi saya lebih menggemari Bubur Assyura gaya Kelantan. Bubur ini bahan asasnya adelah kekacang berbanding Bubur Assyura kelantan yang bahan utamanya adalah beras.



Bubur Assyura gaya Penang

Ada ubi, pisang dan bahan asanya adalah kekacang

Bubur As-Syura ~ Gaya Penang

bahan2nya:

300 gm. kacang tanah 
300 gm. kacang merah 
300 gm. biji sagu 
300 gm. kacang hijau 
3 ketul ubi keledek merah atau kuning
6 batang jagung mentah / 1 tin jagung 
1 ikat pisang raja yang masak 
4 helai daun pandan 
300 gm.biji gandum (gandum untuk dibuat bubur) 
100 gm gula melaka / gula kabung 
200 gm. gula putih 
500 gm pati santan ( 2 biji kelapa diambil santan nya) 
Garam secukup rasa 

CARA CARA MEMBUATNYA: 

1. Kesemua kekacang tadi yakni kacang tanah, kacang merah, kacang hijau dan biji gandum direbus hingga empuk. 

2. Setelah semua kacang empok baru masukkan gula putih, gula kabong atau gula melaka dan sedikit garam.

3. Kemudian masukkan jagong, pisang raja atau pisang tanduk yang telah dipotong nipis serta ubu keledek yang telah dipotong dadu.

4.Setelah ubi keledek lembut barulah kita masukkan biji sagu serta santan. 

5.Setelah puas hati agak2 sejam atau 2 jam dari waktu masukkan biji sagu maka bubur asyura akan pekat. Pekatnya sehingga jika ia sejuk ia akan beku dengan cepat (macam, bekunya agar2 jer...bukan beku keras macam air batu) bolehlah dicedok dan masukkan dalam bekas seperti dulang atau talam.

6. Dah siap....kalau nak hantar ke Surau atau Masjid masukkan dalam bekas plastik cantik2....mudah2an sedekah anda dikira pahala ibadah juga kerana tak semestimnya pada hari asyura saja kita dibenarkan buat bubur asyura kan.

So bila terasa nak buat bubur asyura samaada nak makan sendiri atau nak hantar kepada jiran tetangga. Buatlah kerana setiap pekerjaan yang bermula dengan niat kerana Allah ta'ala akan diberikan ganjaran kebaikan jua.

Nota Kaki: Selamat mencuba!! Resepi ini boleh dimakan seramai 2 keluarga atau lebih. Jika nak masak untuk dimakan oleh 50 orang (50 bekas plastik) maka gandakan bahan2nya kepada 2 kali ganda.



Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

No comments:

Post a Comment