Sunday, 7 December 2014

Resepi Lamb Chop Blackpepper, mashed potato with gravy & Creamy Coleslaw ~ Cubaan pertama kali

      Channel 703 benar-benar mempengaruhi selera En. Somi pada hujung minggu 7 Dec yang lalu. Disebabkan keinginannya itu, walaupun badan dah terasa penat kerana sering berulang alik menghantar emaknya ke hospital dan saya sendiri agak lelah membuat persiapan untuk interview kerja bersama BBraun dan malamnya pula menghadiri dinner company tempat saya bertugas, kami gagahkan diri ke Giant membeli kelengkapan untuk menyediakan masakan ini. 
      Kebetulan malamnya pula ade perlawanan Bola separuh akhir Malaysia menentang Vietnam. Kami 'berdinner' dengan pisau dan garfu  sambil menonton perlawanan bola yang berkeputusan Malaysia 1 Vietnam 2. Walaupun kecewa dengan keputusan perlawanan tersebut, tapi En. Somi gembira menikmati mkn malam kami yang sukses katanya.


Lamb Chop, Sosej, kentang goreng dan Mashed potato with gravy..!!

Bahan-bahan untuk Lamb Chop Black Pepper



italian seasoning, seosoning (Maggi) dan daging yang diperap




BLACKPEPPER LAMB CHOP

Bahan :
5 kpg daging kambing
5 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
1 sudu besar serbuk lada hitam ~ yg baru ditumbuk

1 inci halia ~ ditumbuk 
3 sudu besar sos tiram
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula perang/madu
2 sudu besar minyak zaitun

sedikit kicap pekat
sedikit maggi seasoning
sedikit italian seasoning whole ~ gabungan rosemarry/

Cara:
Gaul kesemua bahan kecuali daging kambing.
Lumurkan bahan perapan pada daging dgn rata.
Perap dlm peti ais lebih kurang 1 - 2 jam. (lama lama lagi baik)
Panaskan grill pan dgn api sederhana atau boleh juga guna non stick pan. (saya guna pemanggang ajaib)
Letakkan daging kambing dan panggang lebih kurang 8 - 10 min.
Kemudian balikkan dan panggang lagi sehingga masak. (jangan balik2kan banyak kali, cukup hanya sekali utk menghasilkan daging panggang yg lebih enak).
Angkat dan hidangkan dgn Sos Lada Hitam, Garlic Mashed Potato & Creamy Coleslaw.

SOS LADA HITAM



Bahan2:
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar susu fresh
2 setengah cawan air rebusan tulang ayam/daging @ kiub ayam Knor
1 sudu kecil tepung jagung bancuh ngan air sikit
garam dan sedikit gula perang
minyak untuk tumis (guna mentega pun boleh)
sedikit maggi seasoning

Cara:
1. Tumis bawang besar & bawang putih sampai layu.
2. Masukkan air rebusan ayam.
3. Masukkan lada hitam, sos tiram @ kicap dan tepung jagung dan maggi seasoning
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
5. Lastly, masukkan garam n gula secukup rasa.


Bahan-bahan untuk mashed potato with gravy


Selalu Mashed Potato boleh didapati diKFC, sekarang kalau mengidam, terus boleh membikinnya sendiri

Yummy..!!! 


GARLIC MASHED POTATO


Bahan2:
8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
3 sudu besar butter
2 sudu besar mayonaise
½ cawan susu segar/ fresh cream
1 sudu kecil black pepper


Bahan-bahan untuk gravy : 

2 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu kecil black pepper
1 sudu serbuk lada putih
2 sudu besar Worcestershire sauce ( saya gune maggi seasoning)
4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
2 sudu besar tepung jagung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
sedikit minyak untuk menumis bwg putih- saya gune butter

Cara:
Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.

Untuk Gravy : 

Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)

Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi..



CREAMY COLESLAW
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
1/2 cawan lobak merah yg disagat
1/2 biji bawang besar ~ dihiris halus
4 cawan kobis yg disagat
3 - 4 sudu besar mayonis
2 sudu susu fresh
secubit garam

Cara:
Masukkan kesemua bahan ke dalam sebuah mangkuk dan gaul rata.
Simpan dalam peti ais.
Hidangkan sejuk.

Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

No comments:

Post a Comment