Monday, 15 December 2014

Jeruk Nenas ala Kelate ~ Pengubat sakit kepala

     Pulang dari pejabat petang 15 Dec '14, kami singgah di Giant untuk mencari nenas muda buat pengubat sakit kepala En. Somi. Saya agak ini gara-gara kambing panggang yang kami makan semasa menghadiri kenduri kawin anak teman sekerja hujung minggu lalu. 
   Saya perhatikan orang Penang memang tak gemarkan sangat makanan yang menggunakan cuka tiruan, tak sama dengan kami warga Cik Siti Wan Kembang yang boleh menghirup cuka yang dicampur belacan , gula, garam dan cabai melaka yang kami gelar 'colek' dengan selambanya sampai berpeluh satu badan.  
    Saya tak arif sangat dengan khasiat menghirup colek dari sudut kesihatan, tapi bila pekena menda alah ni, kepala yang berat dan sakit beransur-ansur boleh hilang. Walaupun En. Somi tekaknya tak dapat menerima 'colek' tapi dia tak membantah bila saya menyediakan 'jeruk nenas ala Kelate'. Buktinya hampir sebiji setengah nenas jeruk berjaya dihabiskan dan ternyata, menurutnya beransur kemalam, kepalanya agak lebih ringan berbanding petang tadi.
Makanan yang membangkitkan nostalgia

Pengubat sakit kepala



Jeruk Nenas Ala Kelate

Bahan-Bahan
1 biji nenas muda
10 tangkai cili kering
1 ketul belacan (dibakar)
Gula merah ~ secukup rasa
Cuka makan
garam

Cara-caranya:-
1) Kupas nenas dan potong kecil-kecil
2) Tumbuk cabai kering, belacan, gula merah dan garam
3) Campurkan dan gaulkan kedalam nenas yang dipotong.
4) Campurkan cuka dan perap selama 1 jam




Bapa saya gemar meminta emak menyediakan jeruk nenas spt ini




Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

No comments:

Post a Comment