Pesta Pulau Pinang datang lagi.Untuk mengelakkan kesesakan jalan raya dan ketiadaan tempat parking, kami bergerak seawal 5.30 ptg dari rumah dan tiba disana lebih kurang jam 6, sebaik sahaja Pesta PP dibuka. Pada waktu begini, tempat parkingnya masih banyak dan tak payah susah-susah mencarinya. Kami masuk setelah selesai membeli tiket iaitu (RM3 /dewasa dan RM1 /kanak-kanak). Saya perhatikan tak bayak perubahan yang dibuat dimana lampu-lampu LED dipintu masuk dan sekitar taman mini masih seperti tahun lepas.
|
Pintu masuk ke Pesta PP 2014
Saban tahun, saya selalu teruja apabila memasuki Taman Mini yang letaknya berhadapan dengan gerai makanan. Pelbagai warna lampu-lampu LED menghiasi setiap ruang taman. Ada pula kerusi yang disediakan khas untuk pengunjung yang mahu melepaskan lelah sambil memerhatikan keindahan Taman. |
|
Taman Mini yang terdapat di Pesta PP..Juntaian lampu LED hijau yang memenuhi hampir setiap ruang |
|
berfoto bersama Kaktus comel di Taman Mini |
|
Saya tenggelam disebalik cahaya biru lampu LED..masih di Taman Mini |
|
Panorama yang indah sekali |
|
Pelamin perkahwinan masyarakat Minangkabau di Indonesia... |
|
Lukisan hasil pelukis Indonesia yang tergantung ini berharga RM20 dan boleh letakkan nama secara percuma |
|
Lukisan hasil pelukis Indonesia ini sangat hidup. Entah kenapa lukisan 'sejambak bunga kuning' itu begitu menarik perhatian saya. |
Saban tahun 2 jenis replika rumah iaitu Minangkabau dan Acheh memang tak pernah miss saya lawati. Pelamin yang ada didalam rumah pameran itu sangat berwarna-warni dan memukau pandangan. Jika pengunjung ingin mencuba pakaian pengantin masyarakat Minangkabau sambil berfoto bayaran sebanyak RM5 dikenakan.
|
Lagi pelamain perkahwinan masyarakat Minangkabau, Indonesia. |
|
Ini pula pelamin masyarakat Acheh...salah satu rumah pameran yang setiap tahun tak pernah miss melawatnya |
|
Hasil kerjatangan masyarakat Acheh..Manik-manik dijadikan bakul hiasan yang indah |
|
Saya dan En. Somi tak lepaskan peluang bersanding sekali lagi...
Saya memang penggemar makanan Thailand. Walaupun ada sederet gerai menjual pelbagai makanan di Malaysia seperti nasi atau mee goreng, saya lebih tertarik untuk mencuba ABC, Bihun Tom Yam dan kerabu kaki ayam original dari Negara Gajah Putih ini. Ada pelbagai jenis makanan lain seperti Laksa Siam, Pulut Mangga, Pulut ayam, kerabu seafood, otak-otak dan sebagainya dijual disini dengan kebanyakan harga ialah RM5 sahaja. |
|
Saya tak lepaskan peluang merasa makanan asli Thai yang terdapat disitu...ABC yang sangat manis dan sedap |
|
En. Somi mencuba Nasik Komok yang berharga RM5 sepinggan |
|
Bihun Tomyam dan kerabu kaki ayam.. |
|
Salah satu permainan disitu...CHALLENGER..RM12 per person |
|
Kuda ini sinonim dengan mana-mana Pesta..Semasa anak-anak masih kecik, mereka tak melepaskan peluang menaikinya |
|
Di belakang saya adalah buaian pusing yang boleh membuatkan tangan dan kaki saya berpeluh sakan |
|
Masih di buaian pusing.. |
|
En. Somi berlatarkan wheel yang tinggi menjulang |
|
Baju berserta selendang senada dari Indonesia berharga RM150..Menurut tuan kedai harganya boleh dikurangkan lagi |
|
Deretan baju sesuai untuk majlis kahwin juga berasal dari Indonesia |
|
Saya tertarik dengan baju ini yang berharga RM200 |
|
Cantik sangat lampu yang mengerlip-ngerlip diatas kepala saya |
Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd
No comments:
Post a Comment