Tuesday, 16 December 2014

Mee Kari Tauhu Telor ~ Sedap walau bidan terjun

   Malam 15 Dec '14, adik saya mengongsi masakannya malam itu melalui aplikasi Wassap iaitu Mee Kari yang nampak sedap,pekat dan likat. Melihatkan mee kari yang jarang sekali saya makan, hati jadi kepingin untuk memasaknya.Cadangan En. Somi untuk membuat acara makan-makan kat luar, kiranya terpaksa dibatalkan gara-gara kecur liur melihatkan mee kari adik saya itu.
    Malam sebelumnya saya menjemput emak mertua dan adik beradik adik saya yang datang berkunjung untuk makan-makan dirumah. Saya menyediakan mee goreng, puding gula hangus, kek coklat buah (yang dibeli di Tesco) dan potongan buah tembikai. Bahan-bahan mentah dan asasnya masih lagi berbaki, jadi bolehla menggunakankannya untuk mee kari saya.Disebabkan tiada perancangan khusus untuk memasak menu tersebut, banyak bahan yang tiada, contohnya seperti tauhu kering yang sinonim dgn mee kari tetapi saya gantikan dengan Tauhu telor yang sedia ade dalam peti sejuk.
      Walaupun tanpa byk bahan, mee kari saya rasanya sedap tambahan bila ianya diganding bersama tauhu telor yang digoreng terlebih dahulu bagi menggantikan tauhu kering.


Mee Kari saya yang keciciran banyak bahan tapi pun sedap jgk...huhuuhu

Mee Kari Kerang 


Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - di potong kecil
6 sb rempah kari daging (bancuh dg sedikit air)
1 keping asam keping
2 cawan santan pekat (guna 2 santan kotak 200ml)
5 cawan stok udang
1 kg isi kerang atau lebih
1/2 cawan minyak masak
2 keping fishcake- hiris nipis
10 ketul fish ball- belah 2
1 biji kentang - rebus & tumbuk
Garam dan sedikit gula

Air secukupnya  

Bahan Kisar
6 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 sb cili kisar (boleh juga guna serbuk cili)
1 btg serai
2 sb udang kering- rendam & tos
1 cawan udang hidup (buang kulit & blend dg stok udang)

Bahan Tumis
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
2 batang serai - ketuk

Bahan Utk Mee dan Hiasan
1 kg mee kuning- celur, tos & lumur minyak menggoreng bawang
3 keping tauhu kering - digoreng & hiris nipis
2 fish cake - goreng & hiris nipis
4 biji telur - direbus & belah dua
4 biji limau kasturi - belah 2
Daun bawang dan daun sup- dihiris
Cili merah dan cili hijau - hiris
Sawi - dicelur dan tos
Taugeh - goreng tanpa minyak
Bawang goreng
tauhu kering
Tauhu telor (saya tambah) ~ dipotong bulat dan digoreng
Cara-cara
Buat stok udang dengan membuang kulit dan kepala udang dan asingkan isi. Rebus kulit dan kepala udang seketika. Kisar dengan sedikit air dan tapis airnya. Kemudian kisar isi udang dengan air rebusan kulit udang tadi. 
Panaskan minyak dan tumis bahan bahan tumis. Masukkan pula bahan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau sehingga naik bau.

Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam yg di potong kecil dan biarkan sehingga empuk.
Masukkan  fish cake, fish ball, stok udang dan asam keping. Biarkan sehingga mendidih, bila kuah dah mendidih masukkan santan kotak, garam dan gula.

Masukkan ubi kentang yang telah ditumbuk bertujuan untuk memekatkan kuahnya.
Akhir sekali masukkan kerang dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah tutup api, angkat dan hidangkan. Jangan masak kerang terlalu lama untuk mengelakkan ianya menjadi liat.

Cara Menyediakan Mee Kari Kerang.
Masukkan sedikit mee ke dalam ke dalam mangkuk. Letakkan sawi, taugeh, telur rebus dan tauhu goreng.
Tuangkan kuah di atas mee tadi. 

Tambahkan dengan perahan jus limau kasturi. Akhir sekali taburkan daun sup, daun bawang, cili dan bawang goreng. 

Sedia untuk dimakan






Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

No comments:

Post a Comment