Friday, 12 December 2014

Resepi Penang Char Kuey Teow ~ Simple tapi sedap

      Disebabkan kenaikan berat badan yang boleh dikatakan agak mendadak, saya biasekan perut melayu ni cuma mengambil satu kali sahaja nasi untuk satu hari. Malamnya kami tukarkan menu kepada masakan berasaskan mee samada kuey teow, bihun atau spagheti..
       Oleh kerana selalu tidak puas pekena char kuey teow kat kedai2 makan kerana rasanya yang memang terangkat habis tapi kuantitinya mmg ciput sangat, maka dengan bersemangatnya saya menyediakannya untuk makan malam kami berdua.
       Semasa menyediakan masakan ni hati jadi teringat pulak dekat anakanda berdua yang berada bersama Tok Ayah dan Tok Meknya dikampung.Anak-anak saya terutama si Alongnya memang suka makan apa-apa saja yang dimasak oleh tangan ibu mereka, kerana inilah saya cepat teringat pada mereka. Tapi saya cuba sabarkan hati dan berjanji sendiri akan cuba menyediakan masakan-masakan yang selalu saya sediakan sepanjang bersama abah mereka apabila mereka pulang kepangkuan saya pada penghujung Dec nanti.Insyaallah..
        Oklah..tak mau larut sangat dengan kerinduan pada anakanda berdua, saya sharekan resepi Char Kuey Teow yang pasti sedap dan tak rugi mencubanya.

Taraaa...Char Kuey Teow penang style dah siap di makan..


Char Kuey Teow Penang

Bahan-bahan (untuk paste)

200g udang 
250ml air 4 ulas bawang putih (diketuk) 
6 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap pekat 
3 sudu besar kicap manis 
2 sudu besar kicap Char Kuey Toew (saya tambah)
1 sudu kecil petis
2 sudu besar pati ikan bilis/udang (saya tak letak) 
garam & gula secukup rasa 

Bahan untuk mi 

1 paket kuey toew
2 sudu besar cili boh (lebihkan jika suka pedas) 
kucai taugeh udang/sotong/kerang 2 biji telur 
3 sudu besar minyak masak 

Cara membuatnya 

1. Rebus udang, bila udang masak angkat udang dan masukkan semua bahan untuk paste char kuey teow (kecuali udang) dan rebus hingga pekat 
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis cili boh hingga berbau harum. Tambahkan paste char kuey teow 3-4 sudu besar atau secukupnya (lebih boleh simpan) dan secawan air (char kuey teow ni berkuah sikit), masak hingga mendidih.
3. Masukkan kuey teow, udang/sotong/kerang, kucai & taugeh, dan telur. 
4. Masak sebentar sambil dikacau agar telur rata dan kuah memekat sedikit 
5. Hidangkan panas-panas 












     
Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

No comments:

Post a Comment