Sunday, 12 October 2014

Yang Menarik di Quensbay Mall pada hujung minggu


~ 12 Oct 2014 ~

    Minggu ni Si Along hanya dibenarkan outing sahaja. Jam 12.00 selesai mengambilnya di Asrama, kami  singgah makan di Nasi Kandar Pelita dkt Auto Juru dan terus ke Quensbay Mall untuk aktiviti 'window shopping'. Selain dari Supermarket ini yang terpanjang & terbesar di PPinang, saya gemar menghabiskan hujung minggu disini kerana penangan 'Country's Tid-Bits & Candies Cottage' yang berada di LG-96 (North Zone). Disini menjual pelbagai jenis tid-bit seperti marshmallow, asam, buah-buahan kering, kopi, sotong kering, pelbagai jenis biskut & pelbagai makanan ringan yang lain. Kopi-kopi yang dijual disini pula kebanyakannya adalah kopi khusus daripada Penang dan ada sesetengahnya pula kopinya hanya terdapat di sini sahaja. Istimewanya lagi disini adalah kerana kita dapat merasa setiap makanan ringan yang ada disitu sebelum mengambil keputusan untuk membelinya. Sepanjang masa, kedai ini mendapat rating pengunjung yang tertinggi sekali...Sentiasa sesak dengan pengunjung yang rata-ratanya dengan mulut sedang mengunyah makanan !...hihihi..
Syabas untuk Tid-Bits (Sekadar menyebut nama pendeknya shj)
Kedai yang menjual pelbagai makanan ringan berupa Marshmallow, asam,biskut,kopi dsb

Pelbagai jenis gula-gula & marshmallow.Boleh mencubanya dahulu sebelum membeli

Dried pineapple- RM3.09 untuk 100gm
Dried Kiwi

Kurma Cina yang manis
     Pada hari itu apa yang menariknya disini ialah adanya pameran Halloween. Ada beberapa jenis hantu yang dipamerkan disitu dengan muka yang mengerikan dan badan bersimbah darah. Cam biasa jgk, Halloween ni mmg tak lepas dari buah Labunya yang bergigi seriau & jugak kelawar. Disitu juga mereka menggantungkan beberapa ekor model kelawar yang dibuat dari kertas hitam disepanjang tangga menuruni lift. Sangat kreatif...!

Syasya dengan muka takut bergambar sebelah replika hantu nurse yang kudung tangannya

Rangka manuasia dan Labu Halloween

Tak taula motifnyer ape disini..

Saya bersama zombie yang bermuka ngeri

Berlatarbelakang labah-labah & sarangnya.

     Sempena Deepavali tak lama lagi, ada plk hiasan cantik ditingkat bawah. (Berdekatan dengan pameran kereta) Quensbay Mall memag terkenal dengan hiasan mengikut tema Raya kaum di Malaysia. Hiasannya sangat kreatif & menepati ciri2 bangsa itu sendiri. Contohnya pada tahun ni hiasan Hari Raya Aidilfitrinya bertemakan rumah tradisional melayu sangat cocok dengan adanya basikal tua & lesung batu lama.

Replika perayaan Deepavali yang berwarna-warni

Syasya bergambar berlatarbelakang replika perayaan Deepavali

Anakanda tercinta


Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

No comments:

Post a Comment