Masih lagi dalam aktiviti keluarga sempena balik kampung untuk berhari raya AidilAdha bersama keluarga. Pada sebelah petangnya teringat pulak untuk mengambil ubi kayu dikebun emak. Menurut emak saya, tak banyak yang tinggal kerana penangan 'si Khinzir' yang suka menyondol dan makan isinya. Hajat dihati dari rumah saya (di Penang) lagi mahu makan kuih Poli ubi kayu. Saya teringin selepas melihat gambar kuih itu yang diwassapkan oleh adik saya tempohari. Dah lama benar kuih tu tak saya lihat dan jamah.Jika ke kedai-kedai kuih disekitar Kelantan ni pun sungguh sukar untuk menemui kuih tersebut. Jadi balik kampung kali ni, besarlah harapan saya untuk menikmati kuih buatan emak ini, tapi malangnya ubi kayu dah banyak yang rebah ketanah. Jadi hancur berkecailah harapan saya...!
Ubi Kayu rebus cecah kelapa parut yang digaul gula dan sedikit garam.. |
Beginilah rupanya kuih poli ubi kayu yang dibungkus denagn daun pisang |
Kuih Poli selepas dipotong dan digaul bersama kelapa parut, dimakan pula dengan gula melaka cair |
En. Somi mencadangkan agar merebus sahaja ubi kayu itu dan dicecah bersama kelapa parut muda yang digaul bersama gula dan sedikit garam. Kami bercadang untuk menikmatinya malam nanti semasa menonton tv.Maka bertungkus lumusla En. Somi bersama adik lelaki saya menarik isinya dari dalam tanah.
Gaya En.Somi menarik perdu ubi kayu |
Dibantu pula oleh adik saya |
Emak saya berdiri mencekak pinggang...'habislaa ubi kayu akuu'.. |
Pemandangan sekitar kebun sayur emak.Ada pokok pisang, jagung,betik,cili dan sebagainya |
Lagi pemandangan kebun sayur.Pokok kelapa yang ayah tanam masih kecik lagi |
Ubi kayu yang berjaya ditarik |
Ubi Kayu rebus cecah kelapa parut yang digaul gula dan sedikit garam.. |
No comments:
Post a Comment