Wednesday, 8 October 2014

Cerita Hari Raya AidilAdha 2014

~ 5 Oct 2014 ~

Hari raya korban datang lagi...Disebabkan raya posa tempohari beraya di Penang, maka secara otomatiknyer raya korban plk disambut bersama keluarga di Kelantan.Kali ini semua family ada, kecuali Pok Ja & femili shj yang berkecuali.
   Bertolak dari Penang jam 2 pagi pada 4 hb, dan sampai pada jam lbh kurang 8.30 pagi pada hari yang sama setelah berhenti sarapan di Bukit Bunga. Ada sedikit kejadian lawak, dimana femili saya menjadi sang kura2 dan Muni sefemili menjadi si arnab. Beria-ia dia bertolak jam 12 tghmlm, alih2 lena tido pulak di Bukit Bunga betul2 berhadapan gerai yang masih ditutup. Nasib baik En. Somi matanya cerah, boleh nampak keter tersadai ditepi jalan. Apalagi kami dengan rase gelihatinya mengetuk tingkap keter.Sume tertidur mati ala2 berada dikatil yang empuk.Hahahha...Itulah yang dikatakan si Arnab dan kami si Kura2 yang steady ajer...
         Setelah bersarapan nasi kerabu yang nampak simple tp sedap dan harga makan cumalah RM21.00 untuk semua, kami teruskan perjalanan.Dalam keadaan keter yang sedikit buat hal, asyik tersedak macam orang tua batuk, Alhamdulilah berjaya jugak sampai ke kampung tercinta. Sebelum tu En. Somi dah pun merepair keter kami,dah melayang pun RM300. Nasib baik itu semua wang ehsan dari Cik Nicky berjumlah sebanyak RM500.
       Sampai pagi, setelah bersembang-sembang, jam 10.30 pagi bertolak ke kedai ayahanda dengan kelapa yang dah dikopek.Mungkin disebabkan sudah pun tengahari ditambah musim Raya Haji (dan bukannya Raya Posa) jadi permintaaan untuk santan takdelah menggila sgt. Lebihan santan yang tak habis dijual, dimasukkan semula kedalam peti sejuk. Selepas makan nasi berlaukkan ikan patin tempoyak yang dibawa oleh Yo dari rumah, emak & saya teruskan dengan aktiviti membuat ketupat.Dah berapa tahum belajar membungkus ketupat, tp Alhamdulillah tahun ni berjaya jugak wlaupun hasilnya tk sebagus emak saya.
       Malam raya, setelah membuat aktiviti bersembang & mengumpat ala kadar, terpaksa gagahkan diri jugak memasak kari daging untuk dicicah bersama ketupat esok paginya.Almaklumlah daging lembu tu pun hampir tghari baru selesai membaginya.
        Pagi raya macam biasa setelah menguruskan meja makan bersiap untuk kemasjid, tapi malangnya tahun ni bukan rezeki kami untuk bersolat AidilAdha sebab dah terlambat.Jam 8.15 pagi dah kedengaran Imam memulakan sembahyang raya, jadi kami dengan perasaan ralat  terus balik saje kerumah.Setelah bersiap, kami semua ke tempat penyembelihan.Kali ini adik saya, Si Murni bermurah hati melakukan ibadat korban dgn 1 bahagian lembu yang berharga RM500. Kali ini 2 ekor lembu ditumbangkan disitu menjadikan suasana seperti pesta. Itulah  uniknya Raya Korban di tempat saya.Masing2 dengan berbaju raya, berbedak gincu dan berkasut tinggi sabar menunggu acara penyembelihan.

Masing-masing berpakaian raya menunggu sabar upacara penyembelihan korban

Saya bergambar bersama emak.Lokasinya di tempat penyembelihan korban di hujung kampung

Selepas lembu berjaya  dikorbankan

Kaum wanita sebok menyediakan masakan
       Kali ini juga berlaku peristiwa dimana lembu yang disembelih (dengan leher sudah dihiris) bangun hampir 10minit dan memandang lesu kepada org ramai yang sedang berkumpul. Nasib baikla takdenya kejadian lembu naik minyak atau mengamuk.Rupa2nya urat nadinya masih belum dipotong dan setelah tukang sembelih memotongnya, barulah ianya betul2 tumbang.
      Balik dari situ kami kaum wanitanya memulakan acara menyediakan bahan2 untuk memasak daging korban. Lauknya adalah singgang tulang, daging goreng kunyit dan sambal belacan saja.Disebabkan hampir kepukul 2 ptg baru abs masak, jadi yang datang untuk makan takla ramai macam yang lepas.Lagipun kebanyakan daripada mereka melakukan ibadat korban tahun ini. Cuma pada sebelah malamnya saudara emak dari belah Thailand datang bertandang dan makan-makan.
 
 
Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

No comments:

Post a Comment