Sekitar Dec 2013
Sekitar awal December 2013 saya dan family memulakan misi buat pertama kali.Kami memilih cara ala-ala backpacker gitu.Perjalanan dari Penang ke KL dilakukan tanpa menaiki kereta tapi memilih untuk menaiki feri , keretapi, komuter dan seterusnya adik ipar akan mengambil kami dari stesen Komuter untuk kerumahnya. En. Somi, anak-anak dan 2 anak saudara saya adalah orang-orang yang teruja kelas tertinggi...almaklumlah, mereka tak pernah ade pengalaman menaiki mende alah ni..lainla macam saya..dari zaman sekolah dahulu memang membesar dengan keretapi. Cuma bezannya dulu keretapi bergerak agak slow dengan bunyi dan goyangannya agak kuat, tapi sekarang dahla ada aircond yang sejuk, laju dan senyap jer perjalanannya..tak ubah macam naik bas ajer..
Sekitar jam 6 lebih kami sudahpun tiba di stesen Butterworth..Kelihatan tak ramai lagi yang berada disitu.
Kedai-kedai yang berada berdekatan dengan stesen pun banyak yang masih ditutup. Berkat selalu membelek internet tentang perjalanan menaiki keretapi saya tau yang saya perlu menyediakan bekalan makanan dari rumah untuk dikunyah semasa berada dlm perut keretapi. Pepagi lagi saya dah mula memasak sandwich dan beberapa kotak air minuman telah pun ready kami bawak sebab memang benarlah, kedai2 makan tidak dibuka seawal pagi disini.
|
Suasana di Stesen keretapi Butterworth |
|
Masing-masing masih menahan mengantuk
|
|
Misi berjalan tanpa kereta sudah bermula...anak perempuan saya dan sepupunya dalam mood teruja |
|
Kami tengah ready...!! |
|
Sempat lagi dengan game.. |
|
Ready dengan segala beg pakaian |
Keretapi tiba distesen tepat pada masanya..Kami memilih tempat duduk berdasarkan nombor yang tercetak pada tiket. Tetiba saya merasakan seperti naik bas plk..sangat berbeza dengan keretapi yang pernah saya naiki dulu..huhuuhu...
|
kerusi dan langsirnya mengingatkan saya pada sebuah bas.. |
|
Orang-orang yang tengah teruja |
|
Sarapan dalam keretapi ajer...Saya menyediakan roti sandwich dan air kotak unttuk ank2 |
|
Sangat selesa perjalanan kami |
|
Giliran abah dan mamanya berposing.. |
|
Abang ni hencemlaa....posing pun gaya cam patung..hahaha
|
|
Suasana di Kantin keretapi..Ada Ramly burger lagi |
|
Suasana lebih releks disini |
|
Anak-anak memilih burger yang berharga RM4.50. |
|
Sangat santai..makan sambil menikmati keindahan alam...Cheeewaah..! |
|
Lihatlah bentuk donut yang gedebak...Harganya lebih kurang RM3.50 sebijik..sangat gebus..! |
|
Masih dikantin |
|
Kiri kanan dengan pokok kelapa sawit |
|
Berhenti sebentar di stesen keretapi yang bangunananya sangat menarik..Saya lupa dimana |
|
Berlatar belakang keretapi |
|
Turun dari keretapi, menaiki Komuter pulak ke stesen komuter Sg.Buloh |
|
Orang-orang Penang yang pertama kali menaiki komuter.En.Somi terlajak teruja.. |
Selesailah sudah misi menaiki keretapi & komuter buat kali ini. Perjalalanan kali ni terasa lebih puas & lain dari yang biasa. Apabila balik ke Penang plk, selepas turun dari stesen Komuter, kami memilih menaiki Feri untuk pulang kerumah. Jam menghampiri 12 tgh malam, dan hati terasa macam tak percaya yang kami masih berlegar2 dengan beg pakaian kerana selalunya pada jam begitu saya dan En.Somi tengah sedap beradu dikatil peraduan.Huhuhu..
|
Sedang menunggu ketibaan Feri.Jam sudahpun melepasi 12 mlm. |
Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd
No comments:
Post a Comment