Thursday, 22 January 2015

Resepi Biskut Famous Amos yang paling sedap ~ Biskut raya 2014

Assalamualaikum...

   Ini salah satu biskut pilihan saya pada hari raya 2014. Saya copy resepinya dari Blog Azie Kitchen dan ternyata pilihan saya ini sangat tepat kerana rasanya memang sedap, rangup dan berperisa coklat yang lazat. Blog Kak Azie menjadi pilihan utama saya setiapkali ingin  mencuba resepi baru kerana hasilnya memang tak pernah mengecewakan ! 
   Sebut pasal biskut raya teringat saya pada biskut yang sentiasa ada sekitar awal 90-an dulu iaitu tika saya masih lagi muda rumaja dan comel lote lagi (ceewah...dah takde yang puji lebih baik sendiri jerk yang puji) . Samperit, dahlia dan  biskut kacang adalah 3 jenis biskut yang tak pernah miss saya buat. Biskut kacang saya pulak mempunyai corak yang macam-macam sebab saya gunakan penerap biskut yang acuan coraknya berjumlah lebih kurang 20 jenis bentuk yang berlainan. Acuan yang diperbuat dari besi itu dibawa balik oleh abang saya yang bekerja sebagai buruh kontrak di Singapore. 
    Sekarang acuan tersebut dah luput ditelan masa. Biskut raya lani banyak di isi kedalam cawan kertas yang cantik atau yang paling senang ceduk jer dengan sudu dan hempuk kedulang pembakar, macam biskut Famous Amos ni. Senang..tak payah berpeluh ketiak nak mencanai dan menekapnya lagi..

Biskut Famous Amos yang rangup dan bercoklat

Biskut raya pilihan saya pada tahun 2014

Siap berada dalam 

Biskut Famous Amos

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 
Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.
Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.

Nota:
1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)

2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan 

3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.

Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

No comments:

Post a Comment