Manusia suka kepada perkara ganjil. Bersediakah kita semua untuk menyaksikan fenomena yang menakutkan? Kata Nabi saw :apabila mendengar berita tentang "Pemuda Bani Tamin dan Bendera Hitam dari Timur", segeralah kamu ... walau terpaksa merangkak di atas "salji" maka, hadis berkenaan menceritakan tentang kesusahan merangkak atas "salji" (salji tebal). Pada asalnya kita anggap ia (hadis) hanya untuk negara Russia atau negara2 sejuk.Ia amat janggal bagi umat Islam di tanah Arab dan Asia Tenggara. Amat tidak munasabah bagi kita di Asia Tenggara ini.
Tetapi bayangan mengenai salji itu seolah menceritakan kesusahan yang bakal terjadi (kepada umat Islam) kerana salji menutupi bumi. Memandangkan majoriti penganut Islam berada di daerah panas termasuk kita di Malaysia, ia cukup mencabar akal kita. Rasulullah saw adalah benar, baginda tahu apa yang kita tidak tahu.
Kini semakin hari semakin jelas perubahan sedang berlaku dimana negara yang dahulunya bercuaca panas pasti akan beralih menjadi negeri bersalji satu hari nanti. Kebenaran hadis tersebut semakin nyata.
Jangan panik atas kejadian di Mesir dan Vietnam. Malaysia juga bakal menerima nasib sama malah mungkin lebih teruk darinya satu hari nanti. Allah Maha Berkuasa atas segalanya. Maha Adil. Kenyataan alHadis: "matahari akan keluar dari Barat" akan berlaku melalui satu kejadian peralihan kutub dari utara ke selatan begitulah sebaliknya.
Matahari akan keluar dari Barat |
Jika ingin ditafsirkan bahawa kiamat semakin dekat, tiada salahnya. Sememangnya kiamat semakin hampir bukannya semakin menjauh.
Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari
Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut.
Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai. Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru.
Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian. Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas.
Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013. Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!! Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah.
Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam. Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir.
Ada tempat berubah menjadi padang pasir. Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku.
Khatulistiwa pula berada di Antartika Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan " flip" di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan. Semasa pergerakan " flip" peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis.
Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi laut akan ditenggelami air Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan tenggelam terus. Begitu juga Australia barat. Apabila berlaku "flip" pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan "sun spot". Manakala "flip" juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi, letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu.
Pergerakan kutub memang sedang berlaku. makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku.
Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku?
Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui kerana semuanya adalah perencanan Ilahi. Samada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang lain yang belum muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata sahabat tentang fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir zaman.
Terdapat sabdaan Rasulullah s.a.w dan Saidina Ali tentang sejenis komet yang memberi indikasi sejarah. Samada hadis dan sabdaan tersebut merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui. Sabda Rasulullah S.A.W " “..antara tanda muncul Imam Mahadi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi langit dan menyebabkan tenggelamnya kawasan pantai” Kata Saidina Ali RA mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar), "Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad. Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit. Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang- orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat".
Antara fakta Komet ISON ialah:
1. ISON digelar “ Komet abad ini”
2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013
4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.
5. ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam.
6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.
7. ISON adalah komet yang paling mudah dilihat oleh ramai orang.
8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.
9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.
10. Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014.
Artikel ini ditulis bukan untuk menggempar dan menakutkan. Apa yang bakal terjadi akan tetap terjadi. Semoga setelah membaca artikel ini, saudara- saudari serta anak-anak ku bertambah kesedaran dan keinsafan. Bertambah taat pada Allah. (Persoalan yang mungkin timbul ialah, jika sekiranya India menjadi kutub nanti bagaimanakah caranya kita hendak pergi ke Makkah? Laut sekitar India telah membeku, menghalang lalulintas laut. Penggunaan kapal terbang juga terganggu kerana kabus tebal.
Mungkinkah kita perlu berjalan kaki mengharung salji untuk ke sana?) Apapun kita tahu Allah Maha Adil, Tambahlah akan amalan agama. Di waktu yang sama terus peka dengan perubahan-perubahan serta lebih rajin membaca dan mengkaji fenomena perubahan kutub ini. - Harakatul Muqawamatul Islamiyyah KOMPAS Kalau ikut arah utara kompas untuk ke Kutub Utara, belum tentu kita sampai ke Kutub Utara sekarang ini.
Keadaan medan magnet bumi kini sudah berganjak pada kadar 40 batu setahun. Saintis mengatakan ia perkara normal, tapi anehnya mereka mengatakan ia hanya berlaku dalam kekerapan 100,000 tahun sekali; sudah tentu kalau dikira dalam sejarah kewujudan manusia dibumi ia bukanlah sesuatu yang normal untuk umat manusia.
Ia juga menjadi semakin memberi kesan terhadap kegiatatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Ia memaksa lapangan terbang tersebut ditutup selama sebulan bagi kerja-keja pengubahsuain. Kedudukan arah baru itu bagi mengambil kira anjakan medan kutub utara, yang berganjak dari Kanada Utara kearah Russia pada kadar 40 batu setahun.
Ini bermakna arah kompas kita berganjak 40 batu menghampiri Russia bebanding setahun lalu. Kira-kira setiap 5 hingga 10 tahun, anjakan kutub magnet bumi akhirnya akan mengakibatkan jajaran kompas and arah utara sebenar semakin ketara. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai.
Wandering of the Geomagnetic poles Movement of magnetic poles from 1590 to 2010 The magnetic poles or dip pole are computed from all the Gauss coefficients using an iterative method. Magnetic poles derived in this fashion are more closer to the experimentaly observed poles. Based on the current WMM model, the 2010 location of the north magnetic pole is 84.97°N and 132.35°W and the south magnetic pole is 64.42°S and 137.34°E. The Google map below illustrates the movement of the magnetic poles during 1590 to 2010 derived from the GUFM (1590 – 1980) and IGRF (1981 – 2010) models. The GUFM model (Jackson et al., 2000, Four centuries of geomagnetic secular variation from historical records, Phil. Trans. Roy. Soc. Lond. A, 358, 957- 90.) covers the period 1590 -1990 and is based on ship log data. The path reflects the chaotic and independent movement of magnetic poles. For example, the present rate of progression of the north magnetic pole (55 km/year) is significantly higher than that of the South Pole. Figure. Trace of the magnetic dip poles during 1590 - 2010 as derived from geomagnetic models. Click on the icons for the year. The magnetic field from 1590 - 1980 (green line) is given by the GUFM model, while the field from 1980 - 2010 (red line) is given by the 10th generation of the IGRF. The locations of the poles (1590-2010) are available for download here: North Pole , South Pole. http://www.abovetopsecret.com/ http://abatasa2.blogspot.com/2013/12/brazil-jadi-kutub-utara-manakala-india.html Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
ajae7.blogspot.com/.
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
No comments:
Post a Comment