Wednesday, 29 October 2014

Apa yang menarik di I-City Shah Alam

cantik sangat

Sekitar penghujung tahun 2013, saya dan keluarga besar saya mengunjungi KL dan kami masukkan sekali lawatan ke I-City Shah Alam dalam kalender percutian kami...
Ini serba ringkas berkenaan tempat ini berserta harga tiketnya yang saya gugel sebentar tadi. Tidak dikenakan apa-apa tiket untuk sekadar masuk melihat cahaya lampu digital yang sangat cantik itu, tapi jika ingin mencuba ke Snowalk yang sejuk sampai ketulang atau mencuba menaiki kereta kabel dicelah-celah deretan lampu, harga tiketnya adalah seperti berikut.

Waterworld:
Operation Hours: 11am – 7pm (daily)
Ticket Price: RM40 (Adult) / RM30 (child)

Snowalk:
Operation Hours: 10am – 12am (daily)
Ticket Price:
10am – 5.45pm: RM25 (Adult) / RM20 (child)
6pm – 12am: RM35 (Adult) / RM30 (child)

CityWalk:
Operation Hours: 10am – 12am (daily)
Ticket Price:
Red Carpet: RM80 (Adult Mykad) / RM40 (Child Mykad) / Family 2Adult + 2Child: RM180
Trick Art Museum: RM10 per pax
House of Horror: RM25 (Adult) / RM20 (Child)

Funworld Rides and Attractions
Operation Hours: 6.30pm – 12am (daily)
Ticket Prices: RM5 to RM10 per ride
5D Cinema: RM10 per pax

City of Digital Lights:
Operation Hours: 6.30pm – 12am (daily)
City of Digital Lights Rides & Attractions: RM5 to RM10 per ride

Parking:
Mon – Fri: 6am-7pm: RM1 (1st hour), RM1 (every subsequent hour, max RM3, must exit before 7pm)
Mon-Fri: 7pm-6am: RM10
Sat & Sun, School Holidays, Public Holidays: RM2 (first 2 hour), RM2 (every subsequent hour)

General Information
Operations Hours:
City of Digital Lights: 7pm – 4am daily
Outdoor Park Rides: 6pm – 12am daily
Snowalk: 10am – 12am daily
FunWorld (Red Carpet/Trick Art Museum/House of Horror): 10am – 12am
WaterWorld: 11am – 7pm
Trick Art Museum: 11am – 11pm

Price Guidelines:
Outdoor Park Rides: RM5 to RM10 per pax
Snowalk: RM25 to RM50 per pax
FunWorld Rides: RM5 to RM15 per pax
Red Carpet: RM40 to RM100 per pax
House of Horror: RM15 per pax
Trick Art Museum: RM10 per pax
WaterWorld: RM25 to RM50 per pax

How to get there:
GPS: 3.064753, 101.485391
Bus: From KL take RapidKL U80 to Shah Alam bus station, then switch to U605 to get to i-City
KTM Commuter: From KL take the KTM train to Padang Jawa station, then catch a taxi to i-City (taxi to i-City is estimated around RM5 – RM7)

For tickets information:
Online Tickets: http://iticket.i-city.my/DayPassTicket.aspx

Apa yang menariknya disini bagi saya adalah kerdipan lampu LEDnya yang sangat memukau. Berada dibawah cahaya jutaan lampu yang berwarna-warni, terdetik plk dihati saya, agaknya dekat kayangan rupanya seperti ini la kot....hihiihi..
Limpahan cahaya lampu yang mengasyikkan mata

Diatasnya adalah Rel Funworld Rides & Attraction. Harga tiket dari Rm5 ke RM10 per person

Masing-masing dalam mood hepi

Lampu2 LED berbentuk bunga matahari yang sangat cantik

Bunga matahari yang tinggi menjulang

Saya terasa seperti  dikayangan berada dibawah lampu-lampu ini 

Anak-anak mencuba Funworld rides & attraction

Seperti meluncur diudara

En.Somi sedang terpukau melihat lampu bunga matahari

Emak saya orang yang paling suka dengan tempat ini

Saya dan emak sebok memilih lampu kaler apa yang paling cantik. Saya pilih biru..emak pilih ijau..bapak saya? jawapannya mudah....dia pilih semua kaler..pandai dia..!

Tunggu..tunggu....! nak buat senyum come dulu...

2 pasangan sejoli..
Pada keesokan harinya pula, kami datang lagi ke sini, tp bukan untuk melihat cahaya lampu lagi tapi untuk meneroka Snoworld plk.Setelah masing-masing selesai mengambil tiket, kami diberi pula baju tebal sbg penahan sejuk berada kat dalam. Untuk yang mahu menyewa kasut but getah, ianya perlu dibayar berasingan dan tak termasuk dalam pakej tersebut.
     Kesejukannya memang luarbiasa sebab dinding-dindingnya diselaputi air batu...lantainya juga ditaburi debu ais yang halus seakan air batu campur parut..kalau cedok boh dalam mangkuk, letak plk sirap merah..gerenti jadi ABC yang lazat...huhuuhu..Kesejukannya juga menjadikan ibu jari kaki saya seperti dicucuk beribu jarum dan akhirnya jika dicubitpun dah tak terasa sakitnya.

Emak bergambar bersama penguin yang lawa..

Sebelum jari kaki kaku, abk gambar dulu...dipintu masuk ke snoworld

Adik saya bersama anak & ank2 buahnya


Kesejukkannya dah mula terasa

selfie duloo..

Mencuba pemainan ice skating

terlanggorrr plk...!

Posing dulu...

Syasya dah mula nampak sejuk

Arca ais yang menarik

Lagi lokasi menarik untuk berfoto

Kami tengah sejuk gediiii..

Anak dan bapak tengah bergaya sakan

Dalam kiub ais...

Lagi salah satu tempat yang menarik

Maintain bergaya walau ibu jari kaki dah macam dicucuk jarum

Salah satu background yang menarik

Kmai dah mula kesejukan

Adik & abang berkongsi naik permainan

Apa-apapun..maintain bergaya..peaceee!! kata En. Somi

Gaya relek adik saya 

Masuk dalam 'kasut' dan meluncur turun atas ketulan ais...saya takut mencubanya...


Kami aksyen macam dok kt obersee..

Salah satu permainan yang dok ade  kt cini




Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

Tuesday, 28 October 2014

Kisah Menaiki keretapi dari Butterworth ke KL..Ala Backpacker gituu...!

Sekitar Dec 2013

Sekitar awal December 2013 saya dan family memulakan misi buat pertama kali.Kami memilih cara ala-ala backpacker gitu.Perjalanan dari Penang ke KL dilakukan tanpa menaiki kereta tapi memilih untuk menaiki feri , keretapi, komuter dan seterusnya adik ipar akan mengambil kami dari stesen Komuter untuk kerumahnya. En. Somi, anak-anak dan 2 anak saudara saya adalah orang-orang yang teruja kelas tertinggi...almaklumlah, mereka tak pernah ade pengalaman menaiki mende alah ni..lainla macam saya..dari zaman sekolah dahulu memang membesar dengan keretapi. Cuma bezannya dulu keretapi bergerak agak slow dengan bunyi dan goyangannya agak kuat, tapi sekarang dahla ada aircond yang sejuk, laju dan senyap jer perjalanannya..tak ubah macam naik bas ajer..
     Sekitar jam 6 lebih kami sudahpun tiba di stesen Butterworth..Kelihatan tak ramai lagi yang berada disitu.
Kedai-kedai yang berada berdekatan dengan stesen pun banyak yang masih ditutup. Berkat selalu membelek internet tentang perjalanan menaiki keretapi saya tau yang saya perlu menyediakan bekalan makanan dari rumah untuk dikunyah semasa berada dlm perut keretapi. Pepagi lagi saya dah mula memasak sandwich dan beberapa kotak air minuman telah pun ready kami bawak sebab memang benarlah, kedai2 makan tidak dibuka seawal pagi disini.


Suasana di Stesen keretapi Butterworth

Masing-masing masih menahan mengantuk

Misi berjalan tanpa kereta sudah bermula...anak perempuan saya dan sepupunya dalam mood teruja
Kami tengah ready...!!

Sempat lagi dengan game..

Ready dengan segala beg pakaian 
Keretapi tiba distesen tepat pada masanya..Kami memilih tempat duduk berdasarkan nombor yang tercetak pada tiket. Tetiba saya merasakan seperti naik bas plk..sangat berbeza dengan keretapi yang pernah saya naiki dulu..huhuuhu...
kerusi dan langsirnya mengingatkan saya pada sebuah bas..

Orang-orang yang tengah teruja

Sarapan dalam keretapi ajer...Saya menyediakan roti sandwich dan air kotak unttuk ank2

Sangat selesa perjalanan kami

Giliran abah dan mamanya berposing..

Abang ni hencemlaa....posing pun gaya cam patung..hahaha


Suasana di Kantin keretapi..Ada Ramly burger lagi

Suasana lebih releks disini


Anak-anak memilih burger yang berharga RM4.50.

Sangat santai..makan sambil menikmati keindahan alam...Cheeewaah..!

Lihatlah bentuk donut yang gedebak...Harganya lebih kurang RM3.50 sebijik..sangat gebus..!
Masih dikantin

Kiri kanan dengan pokok kelapa sawit

Berhenti sebentar di stesen keretapi yang bangunananya sangat menarik..Saya lupa dimana
Berlatar belakang keretapi 

Turun dari keretapi, menaiki Komuter pulak ke stesen komuter Sg.Buloh

Orang-orang Penang yang pertama kali menaiki komuter.En.Somi terlajak teruja..
Selesailah sudah misi menaiki keretapi & komuter buat kali ini. Perjalalanan kali ni terasa lebih puas & lain dari yang biasa. Apabila balik ke Penang plk, selepas turun dari stesen Komuter, kami memilih menaiki Feri untuk pulang kerumah. Jam menghampiri 12 tgh malam, dan hati terasa macam tak percaya yang kami masih berlegar2 dengan beg pakaian kerana selalunya pada jam begitu saya dan En.Somi tengah sedap beradu dikatil peraduan.Huhuhu..

Sedang menunggu ketibaan Feri.Jam sudahpun melepasi 12 mlm.

Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd