Part 6 ~ Melawat Lavender Garden yang serba ungu.
Lawatan terakhir ke Cameron bagi tahun 2014 adalah Lavender Garden. Dari jauh kelihatan serba ungu dari bunga lavendernya, hiasan-hiasan kedai & bangunan2nya. Sebagai salah satu tempat yang baru dibuka, kami begitu teruja untuk melawat kesini. Selepas membayar tiket masuk dikaunter iaitu RM5 untuk dewasa & RM3 (untuk kanak2 bawah 12 tahun), kami masuk melalui pintu yang disediakan. Sebaik saja menjejakkan kaki kedalam, seorang jurufoto disitu menarik tangan En.Somi untuk bergambar kenangan. Semasa mengambil gambar memang tk dikenakan ape2 bayaran, tapi bila melalui pintu keluar, mereka akan menunjukkan gambar yang telah diambil tadi sambil memujuk untuk membelinya.
Saya kagum seketika dengan pemandangan yang menarik dengan pokok2nya subur dan terjaga rapi.Al maklumla tempatnya masih baru saja dibuka.Begitu teruja melihat pokok Begonia yang daunnya berwarna merah serta berkilat-kilat pula.Pokok ini ditanam bersebelahan pokok bunga yang bentuk bunganya seperti bunga matahari tapi bersize kecik. Sangat cantik dan gemilang warna kuningnya. Sementara itu ladang lavender pula letaknya bersebelahan dengan bunga kuning tersebut (yang tak dikenali namanya) Bentuk daun & bunga lavender berbentuk tirus panjang. Saya mencium bau harum lavender yang segar apabila melewati tanaman tersebut.
Naik keatas saya terpukau seketika melihat bunga-bunga seakan 'morning glory' tumbuh melata di kawasan sedikit berbukit.Bunganya yang berwarna purple lembut , merah pulut dan putih itu begitu memukau menyebabkan kaki seakan terpaku sebentar ditempat itu. Naik keatas, pemandangannya lebih menarik.Dari kawasan tanah tinggi itu kita dapat melihat pemandangan dibawah yang sayup mata memandang. Disediakan juga kerusi untuk berehat dan pengunjung boleh menikmati buah strawberry masak ranum yang dijual digerai berdekatan. Restoren kecil tapi nampak ekslusif yang menyediakan makanan ringan seperti cheese cake, sardine puff & sebagainya juga tersedia bagi mereka yang gemar bersantai sambil menikmati makanan ringan yang disediakan.
Dikawasan itu juga ditanam bunga daisy pelbagai warna, merah, putih, pink dan kuning untuk dijual. bersebelahannya pula ditanam strawberry juga untuk jualan.Dari arah pintu keluar, boleh pula berhenti seketika di tempat permainan yang disediakan seperti berada ditempat ekspo plk rasanya. Menyelusuri jalan keluar juga ada keistimewaannya yang tersendiri. Gerai-gerai baju, cenderahati, makanan dan sebagainya dibina dengan begitu terperinci dan cantik tersusun sepanjang jalan turun. Yang paling istimewa gerai jualan dindingnya dibuat dengan ayaman buluh dan atapnya pula dari daun nipah. Saya membayangkan tahun 60-an apabila melihat gerai -gerai jualan tersebut.
Berdekatan dengan pintu keluar, ada kaunter yang menjual gambar keluarga yang telah mereka 'snap' semasa mula-mula memasuki tempat tersebut. Dengan harga sebanyak RM20, saya membeli foto kami 4 beranak yang berlatar belakang kebun Lavender.
|
Sebelum masuk, snap gambar dulu |
|
Pokok Begonia yang mempunyai daun berkilat cantik |
|
Salah satu tempat menarik untuk berfoto. Kereta Volkswagen yang berpolkadot ungu sangat menarik |
|
Alongnya tenang melayan si adik. |
|
Berlatar belakang bunga-bunga kuning yang gemilang warnanya |
|
Dua dunia.Lavender & bunga kuning... |
|
Bunga seakan 'morning glory' tumbuh melata dikawasan berbukit |
|
Pemandangan dari atas. Dihujung jalan merupakan deretan kedai.Nampak klasik kerana dindingnya daripada buluh |
|
Bunga daisy pelbagai warna |
|
Lagi daisy |
|
Tempat kegemaran saya untuk berfoto |
|
Berehat dikerusi yang disediakan berlatarbelakang replika bangunan yang menarik |
|
'Jagung rebus..' |
|
Menuju jalan keluar. Bergambar dulu dengan Mr.Despicable |
|
Patung bergaun biru yang ceria |
|
'jagung rebus lagi..' |
Kesimpulannya percutian ke Cameron Hinglands kali ini memang banyak keistimewaannya. Kami lebih releks & enjoy menikmati sebarang aturcara yang kami berdua susun untuk menggembirakan anak-anak. Sebelum balik singgah dulu membeli teh, jem strawberry, sayur & buah-buahan untuk keluarga mertua & untuk kami juga.
Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd
No comments:
Post a Comment