Selepas berpusing-pusing di Mardi, tengaharinya menjamu selera pula di pusat makanan berhadapan dengan Hotel Jasmine.Lauk-pauknya yang ala kampung tu memang menjadi kegemaran saya. Macam-macam jenis makanan yang ada, dari nasi melayu, sate, nasi ayam malah steamboat juga tersedia. Steamboatnya diletakkan ke dalam periuk elektrik (yang khusus untuk memasak steamboat) boleh tahanlah..Tapi pendapat saya kalau nk makan makanan yang spesel begini, tempat makannya haruslah spesel...
Jam pun dah menghampiri ke 2 petang, kami terus check in ke Hotel Chua Gin.Hotel tu saya tempah dari awal lagi berserta depositnya telahpun selamat kami bank-in.Biliknya taklah besar sangat, cukup utk kami 4 beranak. Ada 2 Katil yang bersize queen, satu almari baju dan tv berskrin bulat.Sengaja kami pilih hotel tersebut sebab jaraknya tak lebih dari 10 minit ke Pasar Malam Brinchang.Pada malam harinya,sekitar pukul 12mlm saya suka memandang keluar tingkap dan melihat panorama disitu.Pemandangan yang jarang kita tengok di tempat-tempat kita yang beriklim panas.Orang ramai mundar mandir di depan pasaraya besar dengan rata-ratanya berbaju panas tebal. Peniaga-peniaga pasaraya pula sebok memunggah dan mengemas barang-barang jualan sebelum kedai di tutup.Lampu jalan yang suram, pejalan-pejalan kaki yang mundar mandir berbaju panas dan cuaca sejuk itu mengingatkan saya pada Novel yang berulangkali saya baca , yang latar ceritanya 100% berkisar di negara Matahari terbit.
Selepas menyegarkan diri dengan mandi-manda dan makeup lebih kurang kami teruskan aktiviti ke Strawberry Big Farm yang jaraknya taklah jauh sangat dari tempat penginapan kami.Sebab mengapa kami sering kesini adalah kerana ingin menikmati strawberry sundaenya yang lazat dan juga wafflenya yang masih berwap panas. Saya gemarkan strawberry sundaenya yang diletakkan didalam gelas tinggi berkaki.lapisan bawahnya merupakan potongan strawbrry segar dilitupi pula dengan whipped cream yang dihias cantik. satu scoop aiskrim perisa vanila dan sedikit syrup gula merah sudah cukup menggiurkan sesiapa saja yang melihatnya...Keadaan persekitaran di BFS tak banyak berubah, kolam ikan kapnya masih ada, bunga2 kaktus dan dahlianya sama pada lokasinya yang lama.Seperti kebiasaannya daun2 salad hijau & ungu dipek segera dan dijual dengan harga yang sangat murah iaitu cuma RM2 untuk satu pek.Salad-salad itu banyak ditanam disitu menggunakan kaedah hidrofonik, sebab itulah daunnya kelihatan bersih, cantik & segar.
Encik Somi bergaya disamping katil kami.Dari tingkap itulah tempat saya melihat pemandangan jam 12mlm sekitar hotel kami. |
Katil Queen size di Hotel Chua Gin |
Anak-anak dan bapak berfoto sakan.. |
Dari pemerhatian saya disini terbahagi kepada beberapa bahagian yang berlainan tanaman dan fungsinya.Dari tempat parking bahagian paling bawah, ada pelbagai jenis bunga yang subur2 belaka khusus untuk jualan seperti dahlia, kaktus, bunga raya yang pokok kecik tapi bunganya lebih besar dari tapak tangan dewasa.Satu sudut yang lain ditanam pokok tomato yang pada masa tertentu kami kesana akan dapat lihat buah2nya yang lebat mencecah ketanah.
Naik keatas melalui tangga yang disediakan bersebelahan kolam ikan kap, sebelah kanannya ditanam
pokok-pokok strawberry.Boleh juga merasai petik sendiri buah2 tersebut dengan kadar bayaran RM35 sekilo (kalau tak silap).Di sebelah kirinya ditanam salad hijau & purple secara hidroponik.Kali pertama sampai kesini memang teruja lihat pokok2 salad yang daunnya kembang semangkuk dan cantik pula.Naik keatas itulah adanya restoren yang manyediakan makanan2 seperti scone panas yang dimakan bersama jem strawberry dan mentega,Waffle, sardine puff,chicken sausage dan sebagainya.
Abis buat lawatan di BFS, saya ajak En.Somi melihat pokok2 bunga di salah sebuah deretan kedai berhampiran Brinchang.Landskap depannya dah menarik hati dengan pokok-pokok strawberry tiruan yang menjulang tinggi.Seperti mana pintu masuknya yang menarik, begitu pula dengan dalaman kedai tersebut.Ade produk pasu-pasu bunga yang cantik, cenderahati, bunga2 tiruan dan sbgnya yang harganya taklah mahal sgt.pokok2 Bunga hidup untuk jualan juga terjaga rapi.saya tertarik dengan susun atur pokok2 bunga disitu yang menjadikan lanskap pemandangannya tampak lebih segar & hidup.
Nak membeli cenderahati juga sesuai sebab banyak pilihan yang ditawarkan.Di kawasan tanaman bunga itu pula diletakkan meja rehat dan kerusi untuk sesiapa yang ingin berehat sambil melihat keindahan bunga-bunga di sana.Boleh juga membeli snek makanan seperti cheese cake, roti dan sebagainya yang ade dijual disitu.
Saya tak melepaskan peluang mengambil gambar-gambar bersama pasu2 dan gelas2 yang berwarna warni walaupun ade larangan mengambil gambar di premis mereka.
Bersambung lagi ke part 4
No comments:
Post a Comment