Saya dah banyak kali menjejakkan kaki di tanah Cameron..sampai kami dah gelarkan Cameron sbg 'Rumah ke 3'..(Pertama rumah sendiri, kedua rumah mak ayah di kampung..dan ke3 Cameron) tapi kali ni kami luangkan masa bersama 4 beranak saje.Selalu berderet-deret macam rombongan Kak Kiah..hihihii..
Bertolak seawal pagi dan tiba kesana, embun pun masih belum kering.Barulah nampak suasana berkabus & suasana pun lebih tenang.Takdelah sibuk dengan jammed sepanjang jalan.
Kami terus menuju ke Ladang Boh untuk minum teh susu bertemankan udara pagi yang masih bersih.
Breakfast ala mat salleh style..Hazelnut tea..Sardine Puff, Scone, Marble cheese cake & kek coklat.. |
Muka masih mengantuk tapi segar bila pekena hazelnut tea yang lazat.. |
Senarai harga makanan & minuman disana |
Gambar kenangan anak2 bersama bapak mereka selepas upacara minum tea..Kelihatan Matahari pagi baru jer keluar dari peraduan..Cheewahh!! |
Strawbery Jar yang cantik Harganya cuma RM12.Saya menyesal tak membelinya...huuhuhu |
En.Somi bergambar lucu... |
Saya bergaya bersama barang jualan.. |
Nama buah ni Fingered Citron Melon...Pelik bentuknya..Berjemari mari lagi..Entah boleh dimakan atau tidak tak taulah.. |
Hasil dari buluh..Harga lebih kurang RM30 lebih (Kalau tak silap) Akan berbunyi berdenting-denting bila ditiup angin |
Setelah itu kami teruskan acara no 2 ke TAMAN PERTANIAN MARDI..yang tidak jauh dari situ.Lebih kurang 10 minit pada kiraan saya.Tak ramai lagi pelawat disana..Maklumlah hari pun masih pagi benar. Ramai yang mengambil keputusan berselimut dibilik Hotel yang sejuk daripada keluar berjalan-jalan...huhuuhu..
Cantik bunga kuning tu...Moga cinta kami akan mekar cantik seperti itu..Amin. |
Musim bunga mekar makin habis...tinggal tanah merah yang akan ditanam semula dengan bunga2 lain. cerita bersambung di part 2 |
No comments:
Post a Comment