Thursday, 25 September 2014

Part 4: Melawat Cendawan tumbuh di S-Corner dan ke Cactus Valley

Part 4: Melawat Cendawan tumbuh di S-Corner

      Masih pada hari ke2 di Cameron, selepas puas berlegar-legar di kedai cenderamata & melihat pokok-pokok bunga pelbagai jenis, kami singgah pula di S-Corner yang jaraknya tak lah begitu jauh dari pekan Brinchang. Yang speselnye di sana adalah salah satu tempat di sini yang mengusahakan penanaman cendawan. Semasa kami tiba, yang tinggal hanya cendawan-cendawan yang kecik saje, sebab menurut pekerja disitu, sudah banyak cendawan yang dipotong untuk jualan.


Cendawan Lhing Zhi


Selepas meninjau-ninjau lebih kurang di situ, kami singgah pula kesalah satu kebun sayur & buah milik pengusaha tempatan. Dapatlah kami lihat pokok lemon yang ditanam didalam pasu, pokoknya masih kecik tapi sudahpun berbuah, pokok bunga yang cantik dan sebagainya.
Bergambar didalam kebun bunga & sayur

Pokok buah lemon

Berdekatan dengan S-Corner terdapat pula Cactus Valley yang papan tandanya yang sangat besar dan boleh dilihat dari tempat kami berdiri. Walaupun papan tandanya menunjukan seolah-olah hanya tanaman caktus yang dipamerkan, tapi ternyata di sini juga ada keistimewaannya yang tersendiri.Pokok-pokok cactus pelbagai jenis rupa & bentuk dipamerkan untuk jualan. Ada yang besar-besar gedebak, ada yang kecik kiut dan berbunga pula. Kesimpulannya memang berbaloilah singgah ke sini walaupun kita membayangkan kaktus yang biasa-biasa, tapi rupa-rupanya ianya lebih dari itu.














Sambung kepart 5

Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

No comments:

Post a Comment