Thursday, 11 September 2014

Cerita tentang Cameron (Part 2)

     Masih di TAMAN PERTANIAN MARDI..Masa kami singgah kesana tak banyak bunga2 yang ditanam.Kalau ade pun pokok2nya macam dilanyak kereta kebal..senget, kering & patah disana-sini.Selalunya tanah gondol merah tu tumbuh mekar samada bunga ros yang pelbagai warna ataupun kekwa yang kembang semangkuk!
Pun seperti kebiasaan pokok tomato mesti ade.Buah-buahnya yang berwarna jingga dan ranum tu nampak sedap untuk dipegang ataupun untuk dimakan..

Deretan kobis bulat. Tak berapa menarik sangat kali ni..daunnya banyak dimakan ulat..
buah rasberry..Rasenyer masam kelat.
Salah satu dari beratus jenis bunga di situ..sangat cantik
Salah satu chalet yang terdapat di Cameron menawarkan suasana kampung
Lagi bunga yang mencuri perhatian..sangat cantik..!
Bunga yang menarik 
Berlatarbelakang bunga kuning

Nasib kami baik ari tu adanya pokok kacang buncis sebagai penyejuk hati. Pokoknya masih subur dan berbuah lebat.selalu dok tengok pokok kacang panjang jer...kali ni rase teruja jugaklah melihat pokok yang tak pernah kita lihat.

Berlatar belakang pokok kacang buncis yang berbuah lebat.












Lain-lain tanaman lebih kurang sama sajer seperti sayur kobis yang sebesar tudung saji. Pokok terung yang buahnya meleret sampai ketanah, pokok sawi, dan sebagainya.Speselnyer lagi di sana terdapat ialah adanya TAMAN DAPUR dimana satu taman yang mengumpulkan pelbagai jenis sayuran & herba yang biase terdapat di dapur kite & juga dapur Mat Salleh. Pertama kali melihat  daun rosemary, basil,daun pudina, carrot, biji ketumbar dan sebagainya saya begitu teruja. Almaklumla saya cuma pernah melihat daun-daun ini di Channel 703, tapi sekarang boleh pula melihat, merasa & menghidu daunnya. Saya boleh menggambarkan ayam panggang mereka yang ditaburi daun-daun rosemary yang wangi. Jika mereka berbangga dengan rosemary mungkin kita pula boleh berbangga dengan daun pandan ataupun daun kaduk. Boleh ke? hihihi..



***********************

Bersambung kembali ke part 3..
























Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

No comments:

Post a Comment