Wednesday 17 December 2014

Resepi Kuih Poli Ubi Kayu ~ Kuih traditional Kelantan yang tak lapuk dek hujan

    Rasanya mungkin ramai generasi sekarang yang tak mengenali ape itu kuih Poli Ubi kayu. Semasa kecik-kecik dahulu dan masih dibawah ketiak keluarga , emak saya gemar memasak kuih ini. Yang istimewanya kuih ini dimakan bersama beras goreng yang ditumbuk pecah 4 atau 5. Bau harum beras goreng bercampur gula melaka dan ubi kayu parut yang di kukus dalam daun pisang melekat diingatan saya. 
    Sangat jarang kuih ini dijual walaupun beberapa kali saya mengintainya di Pasar sekitar Pasir Puteh, Kelantan. Tak seperti Kuih Katun, yang diperbuat dari tepung beras pulut juga dimakan bersama beras goreng, ianya kelihatan banyak dijual sekitar Pasar di tanah tumpah kelahiran saya.

Rupa kejadian Kuih Poli Ubi Kayu



Kuih Poli Ubi Kayu 

bahan2: 
3 tongkol ubi kayu~diparut
1/2 biji kelapa parut 
gula melaka~secukup rasa 
daun pandan
sedikit garam 
sedikit gula pasir
segenggam beras ~ disangrai dan ditumbuk pecah 4 @ 5
daun pisang~utk membungkus

Cara membuatnya: 
1. ubi kayu yang telah diparut diperah terlebih dahulu utk membuang airnya....*saya guna kain perca...letak ubi dalam kain,then perah sehingga kuar air... 
2. Letak satu senduk kedalam daun pisang dan bungkus.
3. Kukus sampai masak.
4. Bila masak sejukkan sebentar dan potong 4 segi. Gaulkan kedalam kelapa parut yang dicampur sedikit garam.
5. didihkan gula melaka sampai hancur , bersama daun pandan dan gula pasir sampai likat.
6. Sangrai beras sampai keemasan dan tumbuk pecah 4/5

Cara menghidang:-
Ambik kuih poli yang telah siap digaul kelapa parut, letak gula merah dan taburkan beras goreng.


Ubi kayu yang siap diparut

Perahkan airnya menggunakan kain dan letak satu senduk keatas daun pisang

Ubi kayu yang siap berbungkus bersedia dikukus 

Berada dalam pengukus

Beras yang disangrai sampai keemasan.Tumbuk pecah 4 @ 5 dan ditabur keatas kuih




Ready untuk makan...

Emmm...Terliurnya saya



Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

No comments:

Post a Comment