Tuesday 23 December 2014

Bah besar 2014 yang mencatat sejarah di Kelantan ~ sekadar mengimbau kenangan lama

Bulan Dec 2014 mencatat sejarah sendiri di bumi kelahiran saya, Kelantan Darul Naim. Rata-rata di FB, Wassap, TV dan radio orang sebok bercerita tentang Banjir yang terlalu menganas di sini. Terkini, sudah 4 mangsa menjadi korban . Menurut ayah saya, banjir kali ini sangat buruk mengalahkan bah yang paling besar terjadi pada tahun 1927 dimana orang-orang tua menggelarnya sebagai 'Bah Air Merah'.
    Saya begitu takut dan ngeri melihat Kampung lama saya, iaitu Kg. Pasir Tumboh ditenggelami air hingga mencecah kubah Masjid ! Jika kubah masjid boleh menjadi sebegitu, bayangkan pula rumah-rumah penduduk kampung. Kampung lama saya letaknya dihulu Sungai Kelantan yang deras airnya. Di sungai itulah kami penduduk kampung mencuci pakaian dan mandi-manda jika paip air dirumah mengalami masalah.
    Sekitar tahun 1988, bah yang agak besar pernah melanda Kelantan termasuklah Kampung saya terkena tempiasnya,  tapi tidaklah seteruk sekarang. Kebetulan pada masa itu, emak dalam pantang melahirkan adik ke enam saya. Ayah bersama penduduk kampung membuat persiapan untuk pindah kebukit berdekatan.Mereka bergotong royong menebang tebas bukit tersebut dan menunggu masa sahaja untuk pindah.Keluarga saya memang sedikit tertekan dan rimas kerana keadaan emak yang masih lemah itu. Menurut ayah, dia tak dapat tidur lena pada malam itu, kerana setiap masa perlu menyukat ketinggian air bah dilaman rumah dengan penanda yang dibuatnya sendiri.Alhamdulillah, menjelang paginya, hujan mula renyai dan air bah juga mulai surut.
     Bila musim-musim begini, teringat saya akan keenakkan ubi kayu cicah kelapa muda bersama secawan kopi hangat.Musim bah juga kami sekeluarga puas makan ikan-ikan sungai seperti belida, kenerat, patin malah juga ikan kelah. Ada seorang jiran kami yang kami panggil Pok Man suka menyedekahkan ikan-ikan sungai yang ditangkapnya kepada kami. Saya pula gemarkan ikan kenerat yang isinya berwarna oren dan berira-ira, seakan ikan salmon.Agaknya 2 jenis ikan ini bersaudara rapat tapi terpisah jauh pula ...huhuhu..agaknyalah..!
      Ikan-ikan sungai ini sedap dimasak asam pedas tempoyak. Kadang-kadang isteri Pok Man, yang kami panggil Mok Moh, menghulur semangkuk asam pedas tempoyak yang rasanya memang sedap. Walaupun bahan-bahan yang sama saya gunakan dalam asam pedas saya , namun rasanya tak setanding masakan Mok Moh itu. Ini kenangan 20 tahun nan lalu, namun setiap kali musim bah, kenangan musim bah di Kampung PT, G. Musang tak luput diingatan.
   
Begitu hebatnya bah kali ini hingga kubah masjid di Kampung Pasir Tumboh, G.Musang juga hampir tenggelam sepenuhnya

Sekitar masjid di Kampung lama saya

Penduduk bersedia dengan motorboat untuk menyelamatkan diri
Air bah mencecah bumbung dikebanyakan tempat di Kelantan terutama dikawasan Kuala Krai dan Manek Urai
Jambatan diraja 
Sungguh menyedihkan, rumah yang dibina dan dihuni sekian lama musnah dalam sekelip mata dihanyutkan arus bah
Imbas kembali: Keratan akhbar tentang bah yang berlaku pada 1971 hampir menenggelamkan bangunan Sultan Abdul Samad
Stadium bola Sepak diKelantan yang dilimpahi air banjir
Banjir 2014 disekitar Pasar Besar Kuala Krai yang dilanda bah
Lagi keadaan stadium bola sepak di Kota Bharu Kelantan
Keadaan Kota Bharu Kelantan 

Banjir diKelantan 2014, meranapkan apa saja
Add caption
Sayang rumah yang baru dibina hampir ditenggelami air bah : Sekitar kampung lama saya





Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

No comments:

Post a Comment