Wednesday 10 December 2014

Sepetang di Ladang Anggur Tasik Beris, Sik Kedah ~ Teruja dengan keindahan panoramanya

Pada 15 Sept. '14 kami sekeluarga memulakan misi ke Ladang Anggur Tasik Beris, Sik Kedah. Kami teruja setelah melihat post2 menarik dalam internet. Perjalanan terasa jauh semetelah plk beberapa kali tersesat sebab tempatnya jauh nun kedalam dan agak terpencil dari pandangan mata.
     Dahla menempuh perjalanan yang panjang iaitu sekitar 3 jam lebih dari Penang ke Sik, sesampainya disana hanya tinggal setengah jam sahaja sebelum ditutup. Hampa seketika...Menjengok kedalam dari pintu masuk, tak banyak buah anggur yang bergantungan, rupe-rupenya mereka baru saja selesai mengutip buah-buah untuk dijual. Itu kata pekerja di kaunter jualan.
     Terus saja kami singgah ke kaunter menjual segala souvenier dan hasil-hasil yang diproses daripada buah anggur yang terdapat disitu seperti mandian, syampoo, lilin dan sebagainya. Buah anggur yang besar gedebak hasil dari kebun tersebut pula dijual dengan harga sekilo RM13.00. Buahnya manis dan setanding dengan yang import semetelah plk buahnya masih dalam keadaan yang fresh.
          Tiket Masuk dewasa : RM6.00
          Tiket masuk kanak-kanak : RM3.00
          Operating Hour: Isnin - Ahad (8.30pagi hingga 6.30petang)

       
Family saya bergambar berlatar belakang kan pemandangan yang menarik




Bayaran Masuk dan waktu operasi tertera untuk rujukan

Pemandangan dari pintu masuk .


Ini pemandangan dari sebelah kiri pintu masuk. Sangat tenang jika boleh lepak-lepak kat sini


   
Magnet untuk fridge dan keychain yang bertemakan ldg anggur yang dijual dikaunter jualan


Buah anggurnya setanding dengan yang diimport
Saya dan En. Somi bergaya romantik


Ladang anggur di Sik Kedah. Sumber: google

Ibu Bapa saya beraksi kelako...


Hepi together-gether..

Saya, En. Somi, anak , adik dan anak2 penakan


Berlatar belakang kabus yang memutih..sangat indah...!

Pemandangan yang sangat memukau disini. Terasa tenang dan menggamit kenangan tersendiri..huuhuhu..

Walaupun kami sedikit kecewa kerana tak dapat masuk ke tempat penanaman anggur, tapi melewati pintu keluar, perasaan itu bertukar menjadi seronok & teruja. Terpukau seketika pandangan mata melihat panorama indah terbentang didepan mata. Hujan yang turun sekejap-kejap menjadikan warna hijau pokok-pokok nampak terserlah dan indah sekali. Kabus memutih di kawasan berbukit menambahkan lagi keindahan lanskap disitu.
     Sayangnya kami tak berpeluang melabuhkan punggung dikerusi yang terdapat disitu disebabkan kesuntukan masa. Kami pulang dengan sedikit hampa tapi seronok & teruja.


























Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

No comments:

Post a Comment