Sunday, 28 December 2014

Fenomena awan berlubang cetus panik ~Kejadian pelik

***Copy dari laman Astro Awani...


Anda di sini: Laman Utama | Kini Trending »

Fenomena awan berlubang cetus panik

email
comments
Fenomena awan berlubang cetus panik
Fenomena awan berlubang, gambar daripada akaun Twitter Maximo @maximosis
Fenomena awan berlubang ataupun fallstreak hole di sebuah pekan kecil Wonthaggi, Australia mencetuskan keadaan panik dikalangan penduduknya.

Kejadian berlaku tepat pukul satu petang waktu tempatan.

Ramai yang berkongsi di twitter dan menganggap ia angkara makhluk asing.

Malah ada seorang penduduk menelefon stesen radio tempatan bagi mendapatkan penjelasan.

Dunia akhir zaman ini memperlihatkan banayak kajadian pelik & aneh

Mohon dijauhkan dari segala perkara yang buruk-buruk


Orang ramai mula berteka-teki mengenai fenomena itu sehinggalah seorang wakil jabatan meteorologi mengesahkan ia sebuah kejadian alam yang normal.Kejadian pada awan ini berlaku apabila suhu air awan jatuh di bawah paras beku tetapi air tidak membeku, lalu jatuh atau terpisah dari awan dan membentuk sebuah lubang.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Gohttp://onthego.astro.com.my



Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

Tuesday, 23 December 2014

Bah besar 2014 yang mencatat sejarah di Kelantan ~ sekadar mengimbau kenangan lama

Bulan Dec 2014 mencatat sejarah sendiri di bumi kelahiran saya, Kelantan Darul Naim. Rata-rata di FB, Wassap, TV dan radio orang sebok bercerita tentang Banjir yang terlalu menganas di sini. Terkini, sudah 4 mangsa menjadi korban . Menurut ayah saya, banjir kali ini sangat buruk mengalahkan bah yang paling besar terjadi pada tahun 1927 dimana orang-orang tua menggelarnya sebagai 'Bah Air Merah'.
    Saya begitu takut dan ngeri melihat Kampung lama saya, iaitu Kg. Pasir Tumboh ditenggelami air hingga mencecah kubah Masjid ! Jika kubah masjid boleh menjadi sebegitu, bayangkan pula rumah-rumah penduduk kampung. Kampung lama saya letaknya dihulu Sungai Kelantan yang deras airnya. Di sungai itulah kami penduduk kampung mencuci pakaian dan mandi-manda jika paip air dirumah mengalami masalah.
    Sekitar tahun 1988, bah yang agak besar pernah melanda Kelantan termasuklah Kampung saya terkena tempiasnya,  tapi tidaklah seteruk sekarang. Kebetulan pada masa itu, emak dalam pantang melahirkan adik ke enam saya. Ayah bersama penduduk kampung membuat persiapan untuk pindah kebukit berdekatan.Mereka bergotong royong menebang tebas bukit tersebut dan menunggu masa sahaja untuk pindah.Keluarga saya memang sedikit tertekan dan rimas kerana keadaan emak yang masih lemah itu. Menurut ayah, dia tak dapat tidur lena pada malam itu, kerana setiap masa perlu menyukat ketinggian air bah dilaman rumah dengan penanda yang dibuatnya sendiri.Alhamdulillah, menjelang paginya, hujan mula renyai dan air bah juga mulai surut.
     Bila musim-musim begini, teringat saya akan keenakkan ubi kayu cicah kelapa muda bersama secawan kopi hangat.Musim bah juga kami sekeluarga puas makan ikan-ikan sungai seperti belida, kenerat, patin malah juga ikan kelah. Ada seorang jiran kami yang kami panggil Pok Man suka menyedekahkan ikan-ikan sungai yang ditangkapnya kepada kami. Saya pula gemarkan ikan kenerat yang isinya berwarna oren dan berira-ira, seakan ikan salmon.Agaknya 2 jenis ikan ini bersaudara rapat tapi terpisah jauh pula ...huhuhu..agaknyalah..!
      Ikan-ikan sungai ini sedap dimasak asam pedas tempoyak. Kadang-kadang isteri Pok Man, yang kami panggil Mok Moh, menghulur semangkuk asam pedas tempoyak yang rasanya memang sedap. Walaupun bahan-bahan yang sama saya gunakan dalam asam pedas saya , namun rasanya tak setanding masakan Mok Moh itu. Ini kenangan 20 tahun nan lalu, namun setiap kali musim bah, kenangan musim bah di Kampung PT, G. Musang tak luput diingatan.
   
Begitu hebatnya bah kali ini hingga kubah masjid di Kampung Pasir Tumboh, G.Musang juga hampir tenggelam sepenuhnya

Sekitar masjid di Kampung lama saya

Penduduk bersedia dengan motorboat untuk menyelamatkan diri
Air bah mencecah bumbung dikebanyakan tempat di Kelantan terutama dikawasan Kuala Krai dan Manek Urai
Jambatan diraja 
Sungguh menyedihkan, rumah yang dibina dan dihuni sekian lama musnah dalam sekelip mata dihanyutkan arus bah
Imbas kembali: Keratan akhbar tentang bah yang berlaku pada 1971 hampir menenggelamkan bangunan Sultan Abdul Samad
Stadium bola Sepak diKelantan yang dilimpahi air banjir
Banjir 2014 disekitar Pasar Besar Kuala Krai yang dilanda bah
Lagi keadaan stadium bola sepak di Kota Bharu Kelantan
Keadaan Kota Bharu Kelantan 

Banjir diKelantan 2014, meranapkan apa saja
Add caption
Sayang rumah yang baru dibina hampir ditenggelami air bah : Sekitar kampung lama saya





Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

Monday, 22 December 2014

Majlis Hari Jadi 2013 ~ Istimewa untuk anakanda

Saya berblogging sekitar September '14, jadi banyak gambar-gambar kenangan yang terpaksa saya 'recall' sebagai kenang-kenangan sendiri. Tak kisahlaa....yang pasti cerita dan gambar kenangan kami tersimpan dan boleh 'rewind' bila-bila masa sahaja.Ini pula entry tentang Hari Jadi anak sulong saya. Tak seperti tahun sebelumnya, hari jadi kali ini kami sekadar menyambutnya di restoran Makanan segera sahaja.Semetelah pula saya bekerja dari Isnin ke Sabtu. Ada keinginan untuk menyediakan kek harijadi sendiri, tapi dengan masa yang terhad begini, lebih afdal beli saje dikedai.
     "Selamat Hari Lahir untuk anakanda Mohd. Shahmie Iman..Moga sentiasa menjadi anak yang baik untuk mama dan abah dan berjaya dunia akhirat"

Kek Black Florest untuk anakanda tercinta

Happy Birthday untuk Mohd. Shahmie Iman...

Nenek dan cucu sedang ber acting potong kek

Emm..Lazatnyer..Mama dan Abah sentiasa mahu memberi yang terbaik untuk anakanda berdua..


Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

Sekitar Hari Jadi 2013 ~ Sederhana saja..yang penting ingatan dari semua.

   Sebagai kenang-kenangan untuk tarikh yang istimewa dalam hidup Syasya dan saya sendiri, saya masukkan entry tentang hari lahir kami berdua pada tahun lepas yang mempunyai persamaan bulan. Majlis yang serba ringkas ini kami adakan di KFC dengan hanya menjemput neneknya dan adik saya bersama gelfrennya (masih belum kawin lagi pada masa itu) 
Yang penting adalah ingatan dari En. Somi yang bersusah payah membuat perancangan dan belanja kami makan..ekekekeee...
      Syasya nampak seronok mendapat hadiah anak patung berserta koleksi bajunya yang cantik-cantik hadiah dari saya dan En. Somi dan jugak dari pak sedaranye. Neneknya pula menghadiahkan sehelai baju.Pastinya bukan hadiah yang saya mau, tapi makna ikatan keluarga itu yang penting dimana mereka sudi bersama dan meluangkan masa mereka untuk meraikan kami.
    SELAMAT HARI LAHIR UNTUK ANAKANDA TERCINTA DAN SAYA SENDIRI..MOGA MURAH REZKI, BERJAYA DUNIA AKHIRAT DAN BAHAGIA SENTIASA..

Anak dan mak bergaya dengan kek masing-masing

Tahun 2013 kami sambut Besday dua beranak di KFC Tesco

 En.Somi mengambil peluang ketika anak sulong kami pulang dari asramanya

Add caption

Kek Besday Syasya

Kek Besday si Mama


Syasya  bersama hadiah-hadiahnya

Sebahagian hadiah Besday kali ini

Cantik-cantik sekali koleksi baju anak patung...



Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

Thursday, 18 December 2014

Gambar Menarik Pesta P.Pinang 2014 ~ Setahun hanya sebulan


      Pesta Pulau Pinang datang lagi.Untuk mengelakkan kesesakan jalan raya dan ketiadaan tempat parking, kami bergerak seawal 5.30 ptg dari rumah dan tiba disana lebih kurang jam 6, sebaik sahaja Pesta PP dibuka. Pada waktu begini, tempat parkingnya masih banyak dan tak payah susah-susah mencarinya. Kami masuk setelah selesai membeli tiket iaitu (RM3 /dewasa dan RM1 /kanak-kanak). Saya perhatikan tak bayak perubahan yang dibuat dimana lampu-lampu LED dipintu masuk dan sekitar taman mini masih seperti  tahun lepas. 
Pintu masuk ke Pesta PP 2014

Saban tahun, saya selalu teruja apabila memasuki Taman Mini yang letaknya berhadapan dengan gerai makanan. Pelbagai warna lampu-lampu LED menghiasi setiap ruang taman. Ada pula kerusi yang disediakan khas untuk pengunjung yang mahu melepaskan lelah sambil memerhatikan keindahan Taman.
Taman Mini yang terdapat di Pesta PP..Juntaian lampu LED hijau yang memenuhi hampir setiap ruang

berfoto bersama Kaktus comel di Taman Mini

Saya tenggelam disebalik cahaya biru lampu LED..masih di Taman Mini

Panorama yang indah sekali
Pelamin perkahwinan masyarakat Minangkabau di Indonesia...

Lukisan hasil pelukis Indonesia yang tergantung ini berharga RM20 dan boleh letakkan nama secara percuma 

Lukisan hasil pelukis Indonesia ini sangat hidup. Entah kenapa lukisan 'sejambak bunga kuning' itu begitu menarik perhatian saya.
Saban tahun 2 jenis replika rumah iaitu Minangkabau dan Acheh memang tak pernah  miss saya lawati. Pelamin yang ada didalam rumah pameran itu sangat berwarna-warni dan memukau pandangan. Jika pengunjung ingin mencuba pakaian pengantin masyarakat Minangkabau sambil berfoto bayaran sebanyak RM5 dikenakan.
Lagi pelamain perkahwinan masyarakat Minangkabau, Indonesia.
Ini pula pelamin masyarakat Acheh...salah satu rumah pameran yang setiap tahun tak pernah miss melawatnya

Hasil kerjatangan masyarakat Acheh..Manik-manik dijadikan bakul hiasan yang indah

Saya dan En. Somi tak lepaskan peluang bersanding sekali lagi...

Saya memang penggemar makanan Thailand. Walaupun ada sederet gerai menjual pelbagai makanan di Malaysia seperti nasi atau mee goreng, saya lebih tertarik untuk mencuba ABC, Bihun Tom Yam dan kerabu kaki ayam original dari Negara Gajah Putih ini. Ada pelbagai jenis makanan lain seperti Laksa Siam, Pulut Mangga, Pulut ayam, kerabu seafood, otak-otak dan sebagainya dijual disini dengan kebanyakan harga ialah  RM5 sahaja.
Saya tak lepaskan peluang merasa makanan asli Thai yang terdapat disitu...ABC yang sangat manis dan sedap

En. Somi mencuba Nasik Komok yang berharga RM5 sepinggan

Bihun Tomyam dan kerabu kaki ayam..
Salah satu permainan disitu...CHALLENGER..RM12 per person

Kuda ini sinonim dengan mana-mana Pesta..Semasa anak-anak masih kecik, mereka tak melepaskan peluang menaikinya

Di belakang saya adalah buaian pusing yang boleh membuatkan tangan dan kaki saya berpeluh sakan

Masih di buaian pusing..

En. Somi berlatarkan wheel yang tinggi menjulang


Baju berserta selendang senada dari Indonesia berharga RM150..Menurut tuan kedai harganya boleh dikurangkan lagi

Deretan baju sesuai untuk majlis kahwin juga berasal dari Indonesia
Saya tertarik dengan baju ini  yang berharga RM200 
Cantik sangat lampu yang mengerlip-ngerlip diatas kepala saya

Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd