Friday 9 January 2015

Sepetang di Wet World Shah Alam ~ Kagum dengan lanskapnya yang menarik

Petang 3 Januari '15, kami sekeluarga ke Wet World Shah Alam.Pada hemat saya tempat ini lebih bagus berbanding Taman Tema Air di Bukit Merah. Tiket masuk untuk dewasa adalah berharga RM20 dan kanak-kanak pula RM16. Kebetulan hari ini adalah public holiday sempena Maulidur Rasul, maka tak dapatlah merasa discount 50% untuk harga tiket yang dibeli menggunakan kredit kad. Jika hari cuti biasa, discount 50% diberi untuk pengunjung yang menggunakan kredit kad, bermakna mereka cuma membayar RM10 untuk tiket dewasa.Bila masuk kedalam, rasanya berbaloi membayar harga tiket sebanyak itu..lanskapnya menarik...dan banyak permainan air yang disediakan. Beberapa kawasan pula redup dibayangi pohon kayu hutan menjadikan suasana lebih menarik dan menenangkan.


3 pelampung digerakkan bersama..agak mencabar kerana pelampung kami berpusing-pusing mengikut arus air.

Operating hour
Pintu masuk ke Wet World's Shah Alam
Memasuki ruang tema air mata terkesima melihat pokok-pokok yang digantung merapati siling
Sudah semestinya anak-anak adalah orang yang paling gembira...
Gelagat bapa saya sebaik saja kaki menyentuh air..nampak kepeningan disitu...
Anak perempuan saya bergambar ceria bertemankan patung anjing laut berwarna coklat..emm..mcm tak kena jerk..
Salah satu permainan yang patut dicuba..menaiki pelampung menyusuri laluan berliku..Uiishhh!! Saya tak berani
Anak saya dan sepupunya dikolam yang dijamin tak menakutkan sesiapa...
Lanskap yang menarik yang disnap dari pondok istirehat kami
Pose menarik yang kamera saya sempat membidiknya..terima kasih En. Samsung..
Sekeluarga berfoto kenangan selepas acara mandi manda
Anak lelaki & bapa saya bergambar berhadapan pondok istirehat yang cantik tak ubah macam katil pengantin..siap berkelambu-lambu lagi..huhuuhu
Saya berkenan sekali dengan pondok ini. Tak melepaskan peluang bergambar bersamanya
bersama emak & anak saudara bergambar kenangan sebelum melangkah kaki pulang kerumah
Harga Tiket masuk















Lanskap dan permainan air yang disediakan memuaskan hati
Terpukau dengan kejernihan air dan binaan tamannya yang menarik
Pondok istirehat ini begitu memikat hati saya.ianya boleh disewa  
Pondok istirehat: CABANA SILVER, RM80+RM50=RM130 (RM80 untuk sewa dan RM50 untuk bayaran deposit yang akan dikembalikan sebaik sahaja kunci dipulangkan


Bayaran untuk sewa pelampung. Sumber: Google
Gerai-gerai makanan banyak terdapat dimerata ceruk disini....sangat hawaiian style.Ada jual aiskrim, wafel, jagung rebus malah spagheti pun ada.Terbaeklah..!!


Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

1 comment:

  1. Hi, my name is Amirul and I'm contacting you from Wet World Shah Alam. We would like to invite you to a splashing new event happening very soon and would like to request you for your contact details such as your email address. Please contact me at amirulasyafi@owg.com.my with your details. Thank you.

    ReplyDelete