Monday 29 September 2014

Memborong majalah-majalah lama di Bazar Chowrasta

~ 28 Januari 2014 ~ 

      Hari Ahad datang lagi. Minggu ni anakanda tak balik kerumah.Disebabkan saya masih tidak begitu sihat setelah diserang demam dan batuk yang agak kronik, saya mencadangkan untuk jalan-jalan & makan kat luar sajer. Setelah mengambil Alongnya diasrama Al Masyhoor jam 12.00 tghari, kami menuju ke Bazar Chowrasta. En. Somi mencadangkan agar kami  singgah makan di satu-satunya kedai makan melayu di atas bazar itu. Dia tahu saya suka makan disitu berbanding kedai nasi kandar yang bersepah di sana. Masakan ala kampungnya seperti asam pedas pari, ikan bilis goreng bersama kacang tanah, kerabu dan ikan cengcaru sumbat menambat hati saya. Disebabkan badan yang kurang segar lagi, teringin pula saya untuk makan benda-benda yang bersifat masam. Pilihan saya ialah semangkuk  kuah asam pedas ikan termenung (Takde pari plk ari tu), ikan cengcaru sumbat dan sawi goreng. 
      Selesai makan, seperti yang telah dirancang dalam kepala saya sedari awal lagi iaitu shopping majalah lama di situ. Dahulu kedai2 buku & majalah lama letaknya kedalam bazar & agak tercorok dari pandangan mata, tapi sekarang mereka telah mengalihkannya di muka pintu masuk. Apalagi saya tekunlah mencari Majalah Jelita & Nona yang tajuknya menarik hati saya. 4 buah majalah (Edisi khas Ramadhan, Syawal & perkahwinan) saya borong. 


Anak teruna saya sedang sebok mencari mana-mana buku yang berkenan

Saya pun sebok sama mencari yang saya suka

Ini baru satu kedai...dah macam library plk dah..

Antara majalah yang saya beli. Rm5 untu satu

Masih tercari-cari yang berkenan dihati antara ratusan majalah

Bersedia untuk ketempat yang lain pula
     


Setelah penat mencari majalah, ke Prangin Mall plk untuk aktiviti 'window shopping' sebelum menghantar si Along pulang ke asrama
     Alongnya pula bertanyakan tentang kamus BI-BM. Setelah menanyakan tuan kedai, maka dapatlah kamus yang masih baru dan Kosa katanya lengkap. Saya berpuas hati dengan 4 buah majalah & satu kamus dengan harga cuma RM30 kesemuanya.Satu kamus lengkap berharga RM10 sebuah dan RM5 untuk setiap majalah.Ianya agak berbaloi bagi saya..
       Saya memang 'hantu buku dan majalah'. Tak cukup dengan majalah baru, saya akan membeli jugak majalah lama dimana saja saya terjumpa tidak kira dikedai buku atau dipasar malam. Sekali imbas, memang takde faedahnya mengutip majalah2 lama ini sebab ruangan fesyennya bukan up to date. Isu yang di tulis juga bukanlah isu baru & terkini. Tapi saya mempunyai beberapa alasan untuk ini:-
       1) Ruangan resepinya releven pada bila2 masa pun
       2) Soal agama juga tidak berubah mengikut masa
       3) Boleh melihat fesyen pakaian dahulu berbanding sekarang
       4) Kupasan isunya ada yang masih relevan sampai sekarang
       5) Penulisan cerpen yang tidak terikat dengan sesuatu zaman
       6) Boleh membandingkan dekorasi rumah dahulu dan sekarang
Pernah En. Somi bercadang membuang sebahagian majalah lama saya kerana masalah tempat yang terhad untuk menyimpannya tapi saya tegaskan pada dia, 'Pinggan mangkuk saya boleh dibuang, tapi tidak majalah saya'. Begitulah saya, seorang yang taksub pada buku & majalah. Nasib baiklah En. Somi ni jenis orang yang memahami & bertolak ansur. Kalau tidak mau jadi 'perang dingin' jika tetiba saya ingin memborong majalah lama setelah majalah keluaran baru pun saya beli. Terima kasih En. Somi....!

Read more: http://www.adibsite.com/2014/11/pasang-facebook-comments-responsive.html#ixzz3Pd3lfqkd

No comments:

Post a Comment